Saturday, July 25, 2015

SET HAMIL SHAKLEE

Last entry saya share tentang TTC (try to conceive) dan testimoni sahabat saya yang berjaya hamil dengan Shaklee. Kali ni saya nak kongsikan pula apakah suplemen yang Shaklee syorkan untuk membantu tingkatkan kesuburan seterusnya membuka peluang untuk hamil. Suplemen-suplemen inilah yang diamalkan oleh sahabat-sahabat saya, even saya sendiri berjaya hamil anak keempat setelah mengambil GLA dua tahun yang lalu. Dengan izinNya jua.

Untuk pengetahuan anda, kesuburan boleh ditingkatkan degan pengambilan suplemen, selain berikhtiar dengan pelbagai cara yang lain. Masalah suami perokok, berat badan berlebihan, stress, pcos, cyst, kekurangan nutrisi dan sebagainya mesti ditangani terlebih dahulu sebelum tubuh betul-betul bersedia untuk hamil. Sebab itulah bagi sesetengah customer kami, proses untuk hamil mengambil masa. Dan tentu anda pernah dengar kes di mana ramai yang 'lekat' sebaik sahaja berjaya menurunkan berat badan.

SET ASAS KESIHATAN KELUARGA SHAKLEE - 
DIAMBIL OLEH SUAMI DAN ISTERI UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN


Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Dan jangan tak tahu, mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki!!.
B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma. Vitamin B amat penting untuk menghilangkan stress ok!.
Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik dan lembab akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
Energizing Soy Protein (ESP) - ESP merupakan soya pemberi tenaga kepada suami isteri untuk bersama. Selain itu ia juga merupakan protein untuk membanyakkan sperma kerana sperma bersumberkan protein.

Suami isteri dinasihatkan untuk mulakan ikhtiar hamil dengan Shaklee melalui pengamalan set kesihatan keluarga ini terlebih dahulu. Tubuh yang sihat akan bersedia dengan sendirinya untuk proses kehamilan berlaku. Jika telah hamil pun, teruskan consume set ini kerana suplemennya juga merupakan sebahagian set hamil, malah set berpantang dan menyusu juga. Berbaloi-baloi kan!

SET KESUBURAN SHAKLEE (SUAMI)


Vita E Complex dengan Selenium Vitamin E ni dikenali sebagai vitamin seks. Ianya merupakan vitamin wajib untuk suami dan isteri. Bagi isteri, selenium membantu mengeluarkan lendir semasa bersama untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya. Ia juga boleh bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan yang boleh menghapuskan radikal bebas dalam tubuh manusia yang menjadi punca kerosakan sperma dan ovum. Bagi lelaki pula, vitamin E membantu menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. 


Zinc Complex - Zinc adalah wajib untuk suami kerana ia meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma. Zinc juga mampu memanjangkan jangka hayat sperma dan meningkatkan bilangan dan kualiti sperma. Selain itu, Zinc boleh melawan bakteria dalam vagina isteri.

SET KESUBURAN SHAKLEE (ISTERI)

GLA Complex – Tujuan asalnya adalah untuk membetulkan kitaran haid atau membetulkan hormon kita, kerana kitaran haid yang tidak teratur menjadi punca utama ketidaksuburan wanita. Jika isteri tidak mempunyai masalah kitaran haid, GLA bertindak dengan lebih cepat untuk membantu menghasilkan cecair pada faraj yang subur dan berkualiti. Ini amat penting untuk membantu sperma dapat hidup dengan lebih lama dalam rahim isteri.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.
VITAMIN TAMBAHAN (UNTUK SUAMI ISTERI) :
COQ Health Plus – Memberi tenaga luar biasa kepada sperma supaya mampu bertahan lama dan berenang dengan lebih jauh ke rahim isteri. 

set kesuburan shaklee coq



Vivix - Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya. 

Fungsi Resveratrol itu tadi juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKANVivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.

Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan. 

Apapun, kita hanya mampu berusaha sehabis daya dan berikhtiar dengan apa sahaja cara yang terbaik. Selebihnya bertawakkallah kepada Allah, semoga dipermudahkan urusan kita. 
Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, July 22, 2015

TTC (TRY TO CONCEIVE) : UJIAN ATAS KASIH DAN SAYANG

Assalamualaikum. Baru sempat menjenguk, nasib baik tak sempat bersawang lagi blog ni. Hehe. 

Hari ni nak sembang-sembang tentang TTC ni. Istilah baru ni. Sebab baru dengar. Kot orang dah guna lama dah tak taulah pulak kan. Walaupun tak pernah mengalami (maybe alami, tapi tak menunggu lama), tapi ramai kenalan, sama ada rakan atau saudara mara yang melalui pengalaman ini. 




Everything happened for a reason. InsyaAllah jika mereka berpandangan positif dan redha dengan apa sahaja ketentuanNya, maka InsyaAllahlah, semuanya akan dilalui dengan sabar dan mudah. 

Memang adat orang kita suka bertanya... Bila nak kahwin, bila nak dapat anak, kenapa tak dapat anak, tak buat apa-apa ke nak dapat anak, tak nak anak ke?

Nasihat: Biarlah orang nak tanya apa, kita jangan stress dan jawab la baik-baik. Di samping itu berdoa dan berusahalah. 



Ada doa utk kita baca bila dilanda masalah/kesusahan/stress. Doa ni ialah doa Nabi Ibrahim semasa baginda dibakar, Nabi Musa semasa dikejar Firaun dan Doa Nabi Muhammad  S.A.W. semasa dikecam oleh kaum Qur'aisy.

"Hasbunallahu wa ni'mal wakil", 
bermaksud "Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia sebaik-baik penolong"

Jadikan ini amalan kita @ zikir harian. InsyaAllah, moga dipermudahkan segala urusan kita.

Kenapa ada orang lambat dapat permata (zuriat)?
Nasihat: Allah lebih tahu perancanganNya. Mungkin Dia bagi kita rezeki lain dulu seperti duit banyak, beli rumah, kereta, travel jauh-jauh, ketenangan. Atau mungkin kita atau pasangan sebenarnya tidak bersedia atau tak boleh dengan budak, jadi Allah knows best. 

Ada 1 pasangan ni dah nikah 12 tahun. Isterinya nak sangat anak sebab nak bagi sesuatu yang boleh membanggakan suami (perasaan setiap isteri). Lepas dah dapat anak, pasangan itu bercerai. Barulah beliau tahu, yang suaminya memang tidak bersedia nak anak lagi. 

Ada orang pulak kata, beliau belum bersedia sebab lebih sanggup biarkan anak saudaranya menangis 2 jam sampai tertidur sendiri daripada dia yang pujuk. 
Allah know best. Ada la hikmahnya daripada apa yang Allah uji sebenarnya. Kebahagiaan rumahtangga itu subjektif, dan tidak semestinya datang dengan adanya anak sahaja.

Kadangkala, dalam situasi lain, si suami sangat memahami, tetapi orang lain pula yang tidak faham dan membuat persepsi yang bukan-bukan. Agak menyedihkan sekiranya orang lain itu merupakan kenalan atau keluarga terdekat yang sepatutnya cuba memahami dan memberikan kata-kata dorongan serta semangat. 

Tapi tak mengapa, pasangan TTC sebenarnya berpeluang untuk menikmati bahagia dengan cara tersendiri. Paling best, jika kita redha dan sabar, pahala sabar tu sangat besar. Ustazah pesan, banyakkan bersedekah, qiamullail dan berpuasa sunat. Teruskan berbuat baik kepada semua, teruskan memberi kasih sayang, Insya Allah what you give, you will get back, mungkin dalam bentuk anugerah yang lebih baik, lebih besar dan lebih bermakna. Tapi jika diizinkan Allah memperoleh zuriat kemudiannya, didiklah dengan penuh kasih sayang, jagalah dengan baik kerana hanya anda berdua sahaja yang tahu nikmat di sebalik UJIAN ATAS KASIH DAN SAYANG!!

Sebenarnya baru saja menerima berita gembira ni. Customer saya, seorang doktor, baru disahkan hamil setelah bertahun berusaha pelbagai cara. Rasanya, termasuk beliau, dah empat customer saya yang bergelar doktor berjaya hamil dengan Shaklee. Alhamdulillah, mereka memilih untuk berusaha dengan Shaklee kerana tahu kebaikan dan keberkesanannya. Alhamdulillah dengan izin Allah jua. 

Saya nak share testimoni beberapa customer merangkap rakan-rakan baik saya ni yang berjaya hamil dengan Shaklee.

TERKINI - Dr. Farhah yang hamil setelah berikhtiar dengan GLA Complex dan Alfalfa Complex. Beliau tidak konsisten pun, tapi jika Allah mengkehendaki, mudah sahaja bagiNya.

Liza - Beliau merawat diri sendiri dengan ESP dan Vita E Complex setelah mengalami keguguran sebelumnya. Beliau juga mengamalkan GLA Complex yang akhirnya membantu beliau hamil semula dengan izin Allah.


Dr Rozi - Customer saya ini seorang pengamal perubatan. Beliau telah berkahwin selama 5 tahun dan belum pernah merasai nikmat mengandung. Lagipun, beliau mengalami masalah haid yang tidak tetap. Pada 1 September 2013, beliau mula mencuba GLA, Vit E dan ESP. 9 hari kemudian, haid beliau datang dan sejak itu perjalanan menstrual beliau bertambah baik. Sebulan kemudian (21 Oktober 2013), beliau repeat order, tapi kali ini beliau menambah COQHealth atas saranan rakan beliau, seorang pakar perubatan dari luar negara. 

Beliau mengakui perjalanan menstrualnya semakin baik, sakit-sakit yang biasanya dialami menjelang haid semakin berkurangan dan paling seronok apabila beliau memaklumkan bahawa mula merasakan tanda-tanda sedang berovulasi / menghasilkan telur pada pertengahan kitaran menstrualnya. 3 bulan kemudian (12 Jan 2014), beliau mengkhabarkan berita gembira bahawa beliau baru sahaja disahkan hamil anak sulung. Kehamilan pada masa itu sudahpun berusia 5 minggu. Seronok tidak terkira kerana telah lama menunggu. Pada 1 September 2014, iaitu genap setahun sejak beliau bershaklee, beliau selamat melahirkan seorang puteri comel yang sihat. 

Alhamdulillah. Walau siapapun kita, InsyaAllah kita seharusnya tidak putus asa dalam berikhtiar. Jika Allah mengkehendaki, maka tidak ada apa pun yang mustahil bagiNya. 
Yang penting: 
1. Yakin dengan pengedar dan keberkesanan produk 
2. Konsisten 
3. Sabar dengan healing crisis 
4. Sentiasa dapatkan second opinion dari pakar 
5. Bersikap terbuka 
6. Happy dan redha

Untuk entry akan datang, Insya Allah saya akan kongsikan sedikit informasi mengenai suplemen-suplemen dalam set kesuburan yang membantu rakan-rakan saya ini memperbaiki / meningkatkan kesuburan mereka seterusnya berjaya hamil dengan izinNya. Ok!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, July 2, 2015

KE UNIVERSITI RAMADHAN PULA KITA...

Sebelum ini, sibuk bercerita tentang Universiti Shaklee, antara medan ukhuwwah dan ilmu yang dihadiri hampir setiap hari!. Tapi kan, jangan pula lupa tentang satu lagi platform ilmu terbesar, di mana di sinilah tempatnya semua manusia yang cintakan Allah dan RasulNya akan berlumba-lumba memanfaatkan 30 hari ISTIMEWA yang belum tentu akan kita temuinya lagi pada musim akan datang. Inilah dia UNIVERSITI RAMADHAN.

Saya kongsikan TULISAN INI, moga mendapat manfaat bersama.

********************************************************************************************************

SEHARI hari lagi, bulan Ramadhan akan tiba. Sebagai tuan rumah, bulan mulia ini telah mendapat tamu kehormat bernama al-Qur'an.  Dapat secara keseluruhan dalam satu kitab atau turun pertama kalinya dalam lima ayat Surat al-'Alaq. Yang pertama disebut lailatul qadri, dan kedua nuzulul Qur'an. 

Maka, bulan Ramadhanlah yang terpilih sehingga ianya menjadi mulia, barakah, dan tersemai benih rahmat. Semua itu semata-mata atas kehendak Allah SWT.  Ramadhan memang bernasib baik. Tentu kitapun ingin bernasib seperti itu, yakni dipilih Allah sebagai tempat turun wahyu Al-Qur'an?

Kita ingin Al-Qur'an turun pada diri sanubari kita, dalam bentuk hidayah dan taufiq. Bukan hanya sebatas dalam bentuk bacaan, hafalan, dan pemahaman, sekalipun ketiga itu sebenarnya penting dalam rangka meraih petunjukNya. Tetapi jika tiga hal itu tersangkut  di tengah jalan tanpa melangkah pada jalan Allah, tingkat munafik kita makin terserlah dan sukar beralih menjadi Muslim kaffah.


Oleh itu, kita mesti banyak berguru kepada bulan Ramadhan. Berada di bulan itu sama seperti berada di sebuah pusat pengajian tinggi, pondok atau universiti..Anggaplah kita berada di sebuah universiti, 'Universiti Ramadhan Al-Mubarak'. Selama sebulan penuh kaum Muslimim menjalankan masa pendidikan di 'fakulti' masing-masing sesuai bakat, kemampuan, dan peranannya.

Kita memang sama-sama beriman, tetapi tugas dan kualiti tentu berbeza. Yang sama adalah semangat dan cita-cita kita untuk diujinilai oleh Allah dengan gelaran Muttaqin. Selepas berjaya ujian itu, kita rayakan kemenangannya. Itulah hari Lebaran, atau Hari Raya Aidiul Fitri. Sejarah mencatatkan 9 kali Rasulullah SAW dan ummat Islam zaman itu merayakan hari raya 'Idul Fitri.

Pada Hari Raya ke 9 itu, Rasulullah dan kaum Muslimin merasakan puncak kemenangan lahir dan batin. Bukan hanya menang dalam pengertian individu, iaitu berupa tunduknya hawa nafsu dalam kekuasaan dirinya yang fitrah, tetapi juga kemenangan menyeluruh termasuk politik di kota Makkah. Kemenangan kerana tunduknya seluruh manusia di kota itu, Tunduk di bawah suatu kekuasaan atau sebuah karajaan kebajikan yang bebas merdeka, berslogankan 'La ilaha illallah'.

Itulah puncak kemenangan sebenarnya. Sudah sejak lama kita merindukan kemenangan 'Idul Fitri sebagaimana yang pernah dialami ummat Islam di zaman Rasul itu. Kita rindukan sebuah pemerintahan Islam, bebas dan berkebjikan untuk rakyat. Bukan sebuah kerajaan asobiyah, perkauman, perasuah, bahkan menjadi sumber kemaksiatan.  Bukan saja di peringkat lokal, nasional bahkan internasional.

Kerana itu, sepatutnya umat Islam termasuk pemimpin-pemimpinnya, tampil baik, melangkah di jalan Allah dan dalam petunjuk-Nya. Ya, semestinyalah penampilan umat Islam mencerminkan peribadi sebagai orang yang bertaqwa, sebagai muttaqin.   
  • "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." (Al- Hujurat: 13)

********************************************************************************************************

Kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan. Tahukah kita antara fadiat dan hikmah puasa tersebut?

PUASA bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya : “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu".

Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Brhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan”. - (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Hadis ini menerangkan beberapa keistimewaan bulan Ramadan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini.

SYAITAN DIIKAT
Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadan.

Kelebihan bulan Ramadan juga ialah difardukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala dan puasa juga sebagai penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan.

Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu”. - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara keistimewaan puasa juga, Allah akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda.”

Allah berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk” - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat.
Rasulullah bersabda yang ertinya: “Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorang pun selain mereka".

Diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka mereka pun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorang pun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorang pun.” - (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Huzaimah pula disambung lagi. “Sesiapa yang masuk akan minum, dan sesiapa yang telah minum tidak akan dahaga selama-lamanya.”

Antara bekalan yang boleh diperoleh dari ibadat puasa:

SIFAT IKHLAS
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya.

Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketakwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya dan kerana mengharapkan pahala dan reda Allah, dia tidak melakukannya.

Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang Muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

MUJADALAH DAN KEKENTALAN JIWA
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan. Ini mendidik kita untuk lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.

SABAR
Puasa melatih kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.

MEMELIHARA FIZIKAL
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

PRIHATIN DAN BELAS KASIHAN
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

MEMBUKA HIJAB ANTARA DIRI DENGAN ALLAH
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.

MENGENALI ERTI KEJAYAAN SEBENAR
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperoleh dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.

RASA BELAS DAN LEMAH LEMBUT
Rasulullah S.A.W mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah dia berkata “Aku berpuasa!.” 

Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikit pun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.

MEMPERKUKUH KESATUAN UMMAH
Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat kebaikan bulan Ramadan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa keturunan,warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adalah perkara ‘dharuriah’ atau yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.

MERAPATKAN HUBUNGAN DENGAN ALAM
Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.

MENJAGA MASA
Puasa mengajar seorang Muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

KESIHATAN TUBUH BADAN
Pakar-pakar perubatan mendapati puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubat-ubatan moden atau tradisi.

*** Artikel ini dipetik dari buku Panduan Puasa Ramadhan susunan Sarip bin Adul, Kulliyah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ia disiarkan dalam versi digital menerusi portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jom semua, kita masuk 'Universiti Ramadhan Al-Mubarak'. Berguru kepada bulan Ramadhan bererti berguru kepada Al- Qur'an. Akrab dan bercumbu dengan Ramadhan bererti cinta kepada Al-Qur'an. Menghayati Ramadhan tanda kita patuh kepada perintah Allah dan NabiNya. Marilah kita berlumba-lumba, belajar dan berjaya di Universiti Ramadhan, demi meraih kasihNya!.


Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

TIPS EKSKLUSIF PENGAMBILAN VITAMIN

Awak pun ambil suplemen?


Jom saya bantu anda susun jadual makan suplemen secara umum. Untuk tips lebih eksklusif, kenalah sembang-sembang dengan saya ok :-) 

(eksklusif untuk pelanggan saya sahaja tau!)



SELEPAS SARAPAN

Ambil vitamin yang memberi tenaga seperti:
- B Complex
- Vitalea (jangan ambil bersama-sama dgn susu / kalsium / teh / kopi. Kalau nak minum juga, pastikan minum semua itu sekurang-kurangnya 2 jam selepas pengambilan Vitalea)
- Vitamin C (jangan pisahkan Vitamin C dengan Vitalea sebab iron dalam Vitalea bagus penyerapannya dengan kehadiran Vitamin C)
- ESP / Cinch / Mealshake (jika ada yg ambil fiber, bolehlah add on satu sudu kecil dalam minuman ESP / Cinch tu, biar kembang dan minum)

SELEPAS MAKAN TENGAH HARI

Selalunye lunch makan berat kan.. so makanan berminyak membantu penyerapan vitamin larut lemak >> A,D,E,K.
- Vit E, GLA (Tapi ingat.. GLA tak digalakkan AMBIL BERSAMA2 vitamin E.. sekiranya anda ambil dlm sehari sebiji vita e dan sebiji GLA.. jadi bahagi dua..satu siang satu mlm
- Lecithin
- Omega Guard

SELEPAS MAKAN MALAM

- Lecithin
- Zinc Complex (ni pun bukannya perlu ambil setiap hari, melainkan ada masalah rambut guru yang kronik, baru diambil setiap hari)
- Alfalfa Complex

SEBELUM TIDUR

- Ostematrix
- ESP (ini pilihan untuk orang biasa yang bukan ibu menyusu. Protein ni minum sekali sahaja sehari dah memadai, sama ada sebelum tidur ataupun awal pagi.
- Herblax (yang ini pun bukan diambil setiap hari, seminggu dua kali sahaja pun dah mencukupi)
- Garlic Complex (tidak perlu diambil setiap hari)

LAIN-LAIN

* Nutriferon seminggu sepeket kecuali ketika rasa nak demam. Jika sedang demam, boleh diambil setiap hari.
* MealShake / Cinch - diambil sama seperti cara pengambilan ESP setiap hari. Untuk pengetahuan anda, ESP, Cinch Shake dan Mealshake adalah sumber protein. Pengambilan terbaik sumber protein untuk kesan yang maksimum ialah pada waktu pagi (semasa perut kosong), sebelum tidur atau selepas workout. 
* Vivix diambil bila-bila masa selepas makan.
* Pastikan dalam sehari pengambilan air adalah 2 liter ke atas mengikut berat badan (25 kg = 1 liter air). Untuk pengetahuan, sebenarnya anda boleh mengubahsuai waktu pengambilan vitamin sebab setiap orang berbeza. Lagipun, vitamin ni bukan ubat.. tiada specific time.. cume ada rules do's and don't)

Untuk semua pengguna Shaklee, sama ada pengguna tegar (baca : pengguna setia) atau yang baru, sila dapatkan jadual makan suplemen daripada SID anda. Pastikan anda share apa tujuan anda makan suplemen tersebut dan sejarah kesihatan anda supaya beliau dapat bantu memberikan cadangan suplemen dan cara pengambilan terbaik. Keperluan tubuh setiap orang tidak sama, begitu juga dos pengambilan suplemen ini. Komunikasi seller-customer yang berkesan akan memudahkan semua pihak.


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, July 1, 2015

Promosi Khas BERGANDA Shaklee Untuk JULAI 2015. Hubungi Kami Untuk Penghantaran SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (Alor Setar, Changlun, Jitra, Bukit Kayu Hitam, UUM, Seluruh Perlis)

Bulan ni rasa sangat seronok bila tengok promosi Shaklee untuk bulan Julai ni. Mana taknya, ni semua suplemen harian keluarga saya:

Vivix - kegemaran suami, suplemen wajib untuk meredakan simptom Gout beliau, memberikan bacaan yang baik terhadap tekanan darah beliau, juga merupakan suplemen wajib kedua ibu bapa kami.

BComplex - kegemaran saya, beri tenaga sepanjang hari, redakan stress, sihatkan kulit.

Vitalea For Children - kegemaran anak-anak syurga, tingkatkan kesihatan mereka dengan lebih baik, InsyaAllah.

Suplemen harian, bila mana dapat diperolehi dengan harga super ohsem, rugilah kalau kita lepaskan peluang, kan!


Beli 4 botol Vitalea For Children dan 4 botol B Complex pada harga 3 botol!



Beli 7 botol Vivix pada harga 6 botol!
Juga terdapat Vivix pek berkembar, jangan lepaskan peluang mendaftar keahlian secara PERCUMA!!


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad