Assalamualaikum. Baru sempat menjenguk, nasib baik tak sempat bersawang lagi blog ni. Hehe.
Hari ni nak sembang-sembang tentang TTC ni. Istilah baru ni. Sebab baru dengar. Kot orang dah guna lama dah tak taulah pulak kan. Walaupun tak pernah mengalami (maybe alami, tapi tak menunggu lama), tapi ramai kenalan, sama ada rakan atau saudara mara yang melalui pengalaman ini.
Everything happened for a reason. InsyaAllah jika mereka berpandangan positif dan redha dengan apa sahaja ketentuanNya, maka InsyaAllahlah, semuanya akan dilalui dengan sabar dan mudah.
Memang adat orang kita suka bertanya... Bila nak kahwin, bila nak dapat anak, kenapa tak dapat anak, tak buat apa-apa ke nak dapat anak, tak nak anak ke?
Nasihat: Biarlah orang nak tanya apa, kita jangan stress dan jawab la baik-baik. Di samping itu berdoa dan berusahalah.
Ada doa utk kita baca bila dilanda masalah/kesusahan/stress. Doa ni ialah doa Nabi Ibrahim semasa baginda dibakar, Nabi Musa semasa dikejar Firaun dan Doa Nabi Muhammad S.A.W. semasa dikecam oleh kaum Qur'aisy.
"Hasbunallahu wa ni'mal wakil",
bermaksud "Cukuplah bagi kami Allah, dan Dia sebaik-baik penolong"
Jadikan ini amalan kita @ zikir harian. InsyaAllah, moga dipermudahkan segala urusan kita.
Kenapa ada orang lambat dapat permata (zuriat)?
Nasihat: Allah lebih tahu perancanganNya. Mungkin Dia bagi kita rezeki lain dulu seperti duit banyak, beli rumah, kereta, travel jauh-jauh, ketenangan. Atau mungkin kita atau pasangan sebenarnya tidak bersedia atau tak boleh dengan budak, jadi Allah knows best.
Ada 1 pasangan ni dah nikah 12 tahun. Isterinya nak sangat anak sebab nak bagi sesuatu yang boleh membanggakan suami (perasaan setiap isteri). Lepas dah dapat anak, pasangan itu bercerai. Barulah beliau tahu, yang suaminya memang tidak bersedia nak anak lagi.
Ada orang pulak kata, beliau belum bersedia sebab lebih sanggup biarkan anak saudaranya menangis 2 jam sampai tertidur sendiri daripada dia yang pujuk.
Allah know best. Ada la hikmahnya daripada apa yang Allah uji sebenarnya. Kebahagiaan rumahtangga itu subjektif, dan tidak semestinya datang dengan adanya anak sahaja.
Kadangkala, dalam situasi lain, si suami sangat memahami, tetapi orang lain pula yang tidak faham dan membuat persepsi yang bukan-bukan. Agak menyedihkan sekiranya orang lain itu merupakan kenalan atau keluarga terdekat yang sepatutnya cuba memahami dan memberikan kata-kata dorongan serta semangat.
Tapi tak mengapa, pasangan TTC sebenarnya berpeluang untuk menikmati bahagia dengan cara tersendiri. Paling best, jika kita redha dan sabar, pahala sabar tu sangat besar. Ustazah pesan, banyakkan bersedekah, qiamullail dan berpuasa sunat. Teruskan berbuat baik kepada semua, teruskan memberi kasih sayang, Insya Allah what you give, you will get back, mungkin dalam bentuk anugerah yang lebih baik, lebih besar dan lebih bermakna. Tapi jika diizinkan Allah memperoleh zuriat kemudiannya, didiklah dengan penuh kasih sayang, jagalah dengan baik kerana hanya anda berdua sahaja yang tahu nikmat di sebalik UJIAN ATAS KASIH DAN SAYANG!!
Sebenarnya baru saja menerima berita gembira ni. Customer saya, seorang doktor, baru disahkan hamil setelah bertahun berusaha pelbagai cara. Rasanya, termasuk beliau, dah empat customer saya yang bergelar doktor berjaya hamil dengan Shaklee. Alhamdulillah, mereka memilih untuk berusaha dengan Shaklee kerana tahu kebaikan dan keberkesanannya. Alhamdulillah dengan izin Allah jua.
Saya nak share testimoni beberapa customer merangkap rakan-rakan baik saya ni yang berjaya hamil dengan Shaklee.
TERKINI - Dr. Farhah yang hamil setelah berikhtiar dengan GLA Complex dan Alfalfa Complex. Beliau tidak konsisten pun, tapi jika Allah mengkehendaki, mudah sahaja bagiNya.
Liza - Beliau merawat diri sendiri dengan ESP dan Vita E Complex setelah mengalami keguguran sebelumnya. Beliau juga mengamalkan GLA Complex yang akhirnya membantu beliau hamil semula dengan izin Allah.
Dr Rozi - Customer saya ini seorang pengamal perubatan. Beliau telah berkahwin selama 5 tahun dan belum pernah merasai nikmat mengandung. Lagipun, beliau mengalami masalah haid yang tidak tetap. Pada 1 September 2013, beliau mula mencuba GLA, Vit E dan ESP. 9 hari kemudian, haid beliau datang dan sejak itu perjalanan menstrual beliau bertambah baik. Sebulan kemudian (21 Oktober 2013), beliau repeat order, tapi kali ini beliau menambah COQHealth atas saranan rakan beliau, seorang pakar perubatan dari luar negara.
Beliau mengakui perjalanan menstrualnya semakin baik, sakit-sakit yang biasanya dialami menjelang haid semakin berkurangan dan paling seronok apabila beliau memaklumkan bahawa mula merasakan tanda-tanda sedang berovulasi / menghasilkan telur pada pertengahan kitaran menstrualnya. 3 bulan kemudian (12 Jan 2014), beliau mengkhabarkan berita gembira bahawa beliau baru sahaja disahkan hamil anak sulung. Kehamilan pada masa itu sudahpun berusia 5 minggu. Seronok tidak terkira kerana telah lama menunggu. Pada 1 September 2014, iaitu genap setahun sejak beliau bershaklee, beliau selamat melahirkan seorang puteri comel yang sihat.
Alhamdulillah. Walau siapapun kita, InsyaAllah kita seharusnya tidak putus asa dalam berikhtiar. Jika Allah mengkehendaki, maka tidak ada apa pun yang mustahil bagiNya.
Yang penting:
1. Yakin dengan pengedar dan keberkesanan produk
2. Konsisten
3. Sabar dengan healing crisis
4. Sentiasa dapatkan second opinion dari pakar
5. Bersikap terbuka
6. Happy dan redha
Untuk entry akan datang, Insya Allah saya akan kongsikan sedikit informasi mengenai suplemen-suplemen dalam set kesuburan yang membantu rakan-rakan saya ini memperbaiki / meningkatkan kesuburan mereka seterusnya berjaya hamil dengan izinNya. Ok!
Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?