Sunday, January 10, 2016

DALAM ISLAM TAK BOLEH KAYA KE?

Lepas baca ni, saya rasa terpanggil nak berkongsi dengan anda semua tentang KAYA ni. Ramai suka sangka, bila kita berniaga, kita kena tunjuk bukti kekayaan kita dengan beli kereta besar, pakai pakaian blink-blink, beli emas permata dan sebagainya. Bukan tak boleh, boleh. Tapi carilah definisi kekayaan dalam Islam dengan tepat!

*************************************************************************************************

Breakfast tadi, isteri bertanya "Bang, betul ke dalam Islam tak digalakkan jadi kaya?".

'Mana mama tahu?", balas sang suami.

"Ada dengar kat radio xxx seorang ustaz jemputan kata : tidak perlu kaya, sebab jika kaya luar biasa pun, makan nasi paling kuat 2 pinggan je, minum air sebotol je", balas si isteri.

Saya kata, "jgn percaya. Itu bukan dari ajaran agama. Itu dari kefahaman yang narrow dan SELFISH".

SELFISH? Benar. Ia pendapat pentingkan diri sendiri. Ramai mencela kekayaan kerana berfikir 'diri sendiri centric'. Ingin kaya untuk enjoy sdn bhd. Beli rumah sendiri. Kereta sendiri hatta makan pun sorang-sorang. Padanlah dengan kata2 'makan pun paling kuat 2 pinggan saja'.

Dan selalunya, orang sebegini takkan kaya-raya sebab Allah tahu mereka akan enjoy sorang-sorang saja. Useless for Islam!!

Jadi, apa 'pemikiran kaya' ajaran Islam?

Islam galakkan kita kaya jika ia dicari 'untuk orang lain'. Anda wajib kaya jika mindsetnya 'saya adalah terminal wang - ia datang, singgah sekejap then saya salurkannya kepada ramai orang susah di sekeliling'.

Ini definisi kaya dalam Islam. Kaya utk lebih MUDAH MEMBERI. Kaya sebagai tiket masuk syurga. 

Mungkin ada bertanya lagi, "Kalau kaya sangat ustaz, kan susah nak masuk syurga sebab banyak yang dihisab?".

Sekali lagi saya jelaskan : jangan kaya dengan mentaliti Qarun. Memang letih anda dihisab!! Tapi, kalau kaya bermentaliti Abdul Rahman Auf, anda akan lebih mudah masuk syurga. Yelah, nak hisab apa lagi? Semua kekayaan anda dipass kepada orang lain! :-)

MORAL : Banyak wang tidak salah. Yang salah ialah mindset kita. Niat kita. Ia menentukan tindakan selanjutnya. Ia juga menentukan kita diredhai Tuhan atau dimurkaiNya.

Bagi mereka yang setiap hari berusaha dan berdoa untuk kaya, saya sarankan masukkan sekali dalam doa anda ~ "Ya Allah, ajar saya, control diri dan niat saya untuk jadikan kekayaan bukan untuk diri sendiri tapi sebagai alat utk lebih mudah bantu orang lain, Amin"...

Saya yakin, Allah pasti kayakan anda. Pasti.

-Ustaz Asraff Ayob Al-Hafiz-

*************************************************************************************************
Jom betulkan allignment kita, niat kita. Semoga Allah mudahkan kita KAYA untuk kembali berbakti kepada ummah.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?