Friday, February 12, 2016

5 MAKANAN JEJAS WARNA GIGI

Melihatkan warna gigi yang semakin pudar di cermin membuatkan hati semakin risau. Bukan mudah untuk mengembalikan kecantikan gigi seperti asal. Berikut beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan agar gigi putih berseri.


Teh


Walaupun teh banyak memberi manfaat kepada kesihatan, namun pengambilannya yang kerap akan memudarkan warna gigi secara semulajadi. Oleh itu, kurangkan meminum teh sebagai langkah utama untuk mendapatkan gigi yang cantik.

Sos


Dalam menghasilkan sos, sejenis pewarna telah digunakan untuk memekatkannya. Begitu juga dengan kicap, sos tomato dan serbuk kari yang mempunyai bahan pewarna begitu kuat. Segeralah berkumur dan memberus gigi anda bagi mengelakkan hilangnya warna semulajadi.

Minuman Bertenaga


Umum mengetahui bahawa kandungan minuman bertenaga mempunyai kadar asid yang sangat tinggi sekaligus mempengaruhi warna dan kesihatan gigi. Dengan pengambilan terlalu kerap, ia hanya akan mengikis dan membuatkan gigi rosak. Sebaiknya ambillah air putih yang nyata membawa lebih kebaikan.

Gula-Gula Getah


Jika anda kerap mengambil gula-gula getah dan manisan seperti lolipop, ia hanya akan merubah warna pada permukaan lidah. Ia juga merosakkan gigi seterusnya menjejaskan keaslian warna gigi.

Minuman Anggur Merah


Jus anggur merah sedap diminum tetapi kandungan asid yang tinggi dan kepekatan warnanya hanya akan menyebabkan warna gigi berubah. Elakkan mengambil minuman ini sebaliknya gantikan dengan minuman yang lebih berkhasiat terutama sekali air putih.

Sumber : Mingguan Wanita, Jun 2015

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, February 10, 2016

TIADA SALAHNYA LEWAT BERTEMU JODOH

Jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Tuhan. Kita manusia hanya berusaha. Jika Dia belum mengizinkan, maka sudah tentu ada hikmah di sebalik didikan terus daripadaNya itu.

Ni antara tips Juruterapi Minda dan Pengasas Annabel House of Theraphy, Nabila Shila untuk mereka yang ditakdirkan lewat bertemu jodoh.
  • Berlapang dada dengan dugaan Allah. Anggap jodoh belum sampai.
  • Jangan rasa terdesak hendak berkahwin.
  • Jangan terlalu teruja apabila ada lelaki ingin berkenalan. Sabar dan selidiki latar belakangnya dahulu. Bimbang jika mereka hanya mengambil kesempatan.
  • Jangan ambil hati dengan kata-kata orang mengenai kehidupan solo anda.
  • Maafkan orang sekeliling.
  • Jangan sesakkan fikiran dengan soalan bila jodoh akan sampai kerana itu hak Allah SWT.
  • Kesukaran jodoh itu hanya ujian kecil daripada Allah. Cuba fikirkan bahawa sahabat Nabi lebih banyak ujiannya.
  • Fikirkan dalam jiwa anda bahawa Allah Maha Adil. Setiap orang ujiannya tidak sama.
  • Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
  • Bersyukurlah.


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, February 6, 2016

ELAK ANAK TAHAN KENCING

Tentunya ibu rasa senang hati apabila anak tak pakai lampin lagi kan. Namun, timbul masalah baru apabila kanak-kanak masih belum boleh meletakkan keutamaan membuang air kecil. Menahan kencing akan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Berikut adalah penyebab kanak-kanak menahan kencing dan cara mengatasinya.


ASYIK BERMAIN
Kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun begitu asyik bermain. Berbasikal atau bermain anak patung hingga lupa membuang air kecil.
Apa harus dilakukan?
Ibu perlu bertanya setiap 15 hingga 30 minit kepada anak. Apabila ini dilakukan secara rutin, anak akan terbiasa bahawa sudah waktunya dia membuang air kecil. Lakukan dengan sabar dan teratur.

MALU BERCAKAP
Sudah boleh membuang air kecil, bercakap juga semakin lancar tetapi anak malu memberitahu ibu bapa atau pengasuh untuk membuang air kecil. Mereka memilih menahannya!
Apa perlu dilakukan?
Jangan dibiarkan!. Perlahan berikan pengertian bahawa jika ingin membuang air kecil, terus ke tandas dan beritahu ibu bapa dan pengasuh. Maklumkannya jangan malu bercakap kerana membuang air kecil adalah perkara yang wajar dilakukan setiap makhluk.

JALAN RAYA SESAK
Kesesakan jalan raya boleh menjadi penyebab anak menahan kencing. 
Apa perlu dibuat?
Pakaikan je pampers???. Haha, jangan.
Bagi mengelakkannya, sebelum menempuh perjalanan, sebaiknya ajak anak membuang air kecil. Jangan ragu untuk singgah di stesen minyak atau kawasan rehat dan rawat jika sudah waktunya anak membuang air kecil (jarak sekitar 90 minit hingga 2 jam setelah membuang air kecil sebelumnya atau setelah minum).

BIMBANG KETINGGALAN
Ketika asyik menonton televisyen, anak menangguhkan hasrat membuang air kecil. 
Apa perlu dilakukan?
Perhatikan kali terakhir waktunya minum dan buang air kecil sebelumnya. Jika sudah waktunya atau si kecil menunjukkan gejala, segera ingatkan agar dia ke tandas. Atau ketika ada iklan komersial, suruh dia membuang air kecil.

TANDAS AWAM KOTOR
Ini sering berlaku ketika di luar.
Apa perlu dilakukan?
Mengingatkan anak bahawa bahaya menahan buang air kecil, kemudian ibu bersihkanlah tandas. Tunggu anak sehingga selesai dan bersihkan mereka dengan baik supaya tidak mengundang kuman dan bakteria sedia ada.

TERLALU MENGANTUK
Salah satu alasan anak menahan kencing ialah kerana mereka merasa penat dan mengantuk dan ini biasanya terjadi di waktu malam.
Apa perlu dilakukan?
Atasinya dengan memujuk si kecil untuk membuang air kecil sebelum tidur. Jika mereka minum susu sebelum tidur, tidurkan mereka sebentar, lalu kejutkan perlahan-lahan sekitar 60 hingga 90 minit untuk ke tandas.

Sabar dan konsisten, InsyaAllah semuanya akan menjadi mudah satu hari nanti!

Sumber : Mingguan Wanita Jun 2015

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, February 4, 2016

KENAPA MESTI SHAKLEE?

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara : ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

SENTIASA SELAMAT

Ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk. Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa

SENTIASA BERKESAN 

Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji 
Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga: 
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee. 
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekspedisi Artik Antarabangsa. 
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee. 
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain GolfLPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum. 
SENTIASA MESRA ALAM

Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. 
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai. 
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya: 
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod. 
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan. 
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau. 
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut: 
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik. 
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika. 
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan. 
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate. 
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California. 

Tak kenal maka tak cinta.

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, February 3, 2016

PANDUAN ASAS MEMILIH MAKANAN TAMBAHAN / SUPLEMEN

Soalan lazim :
Apa makanan tambahan yang harus saya ambil dan apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut? 

Jawapan :
Sila rujuk jadual di bawah ini untuk panduan anda. Panduan ini tidak memihak kepada mana-mana jenama ok. Ini hanyalah panduan asas dan info ini sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers. Tq juga kepada rakan saya Shareeza atas perkongsian ilmu yang berguna ni.



FUNGSI
PANDUAN MEMILIH
PROTIN
  • Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. .
  • Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protin berkualiti. . Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
  • Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
  • la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.
  • Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
  • Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
  • Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar effisiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
  • la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis, atau perisa.
Multivitamin
  • Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
  • Menampung kekurangan diet yang kecilan.
  • Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
  • la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
  • Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
  • Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.
  • Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
  • Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
  • Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
  • Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalamtablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.
VITAMIN C
  • Meningkatkan respons imun. 
  • Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
  • Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
  • Membantu penyerapan besi.
  • Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. 
  • Membantu memulihkan luka.
  • Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).
  • Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
  • la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
  • Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.
ALFALFA
  • Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  • Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
  • Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
  • la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
  • Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
  • la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.
  • Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
  • Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
  • Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai
VITAMIN E
  • Mungkin melengahkan penuaan sel.
  • Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
  • Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan.
  • Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
  • Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
  • Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. 
  • Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
  • Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
  • Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokofero lyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
  • la harus mengandungi ahli-ahli lain dalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
  • Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.
B KOMPLEKS
  • Membantu memerangi kelesuan. 
  • Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
  • Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. 
  • Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. 
  • Perlu bagi saraf sihat. 
  • Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.
  • Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.
  • Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
  • la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
  • Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut
LESITIN
  • Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.
  • Menglsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. .
  • Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
  • Boleh menurunkan kolesterol.
  • Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.
  • Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah darikacang soya. carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
  • Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.
KALSIUM / MAGNESIUM
  • Membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
  • Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
  • Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
  • Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. 
  • Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. 
  • Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.
  • Cari kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
  • la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-fungsi badan.
BESI
  • Membina sel-sel darah sihat.
  • Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
  • Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
  • Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
  • Membantu mencegah anemia.
  • Penting bagi sistem imun anda.
  • la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami besi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.
  • Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus f umerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupibagi mendorong penyerapan.
ZINK
  • Perlu bagi memulihkan luka.
  • Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
  • Amat penting dalam sistem imun.
  • Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
  • Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
  • Memainkan peranan dalam respons stres.
  • Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.
GENTIAN / FIBER
  • Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir, penyakit divertikular, dan hernia hiatus. Boleh membantu mencegah kanser kolon.
  • Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). 
  • Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. 
  • Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari
  • Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber.
  • la harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut.
  • la harus tidak mengandungipewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul. 
  • Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian.
JULAP / LAKSATIF HERBA

  • Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar dan merengsakan.
  • Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijau atau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi. Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.
EPA/OMEGA
  • Boleh - menurunkan trigliserida. -
  • Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. 
  • Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
  • Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.
  • Carikan keluaran yang berlabelkan "tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. 
  • Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.

Semoga perkongsian ini berguna dan dapat dimanfaatkan buat semua dalam memilih makanan tambahan. Apa jua jenama yang anda pilih pastikan anda yakin dan tahu apa yang anda pilih. 

Perlu ambil semua di atas?

Sejujurnya, paling minimum untuk memulakan program makanan tambahan yang anda perlukan ialah protin dan multivitamin, tetapi lebih efisien jika ia meliputi vitamin C, alfalfa dan fiber. Yang lain-lain diambil mengikut keperluan dan status kesihatan anda.
Boleh emel atau hubungi saya untuk pertanyaan lanjut, ok!

Apapun, Shaklee pilihan saya dan keluarga yang dah menepati kesemua syarat di atas!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Tuesday, February 2, 2016

12 PRODUK TERBAIK SHAKLEE YANG MENJADI PILIHAN PESAKIT KANSER

Artikel di bawah ni ditulis dalam Bahasa Inggeris. Artikel lama yang saya baca di group, tapi sangat bermanfaat. Oh ya, Ada produk di bawah ni yang tak ada di pasaran Malaysia ya. Jom lah kita baca untuk menambahkan pengetahuan kita tentang produk Shaklee di seluruh dunia!

*************************************************************************************************


1. Alfalfa-Cancer WILL NOT GROW or METASIZE in an alkaline body. Most American’s ph is very acid. Using 30 to 40 Shaklee Alfalfa per day can help the body's PH become more alkaline--slowly, and/or stopping cancer growth.

2. NutriFeron—This product is unique to Shaklee. It increases the natural interferon the body can produce. Synthetic interferon is a powerful, but expensive cancer treatment (with some not too nice side effects). Interferon stops tumor production in the body. We have incredible testimonies on its effect for Hepatitis C, and 4 clinical studies on this one product. It is a long-term stimulant for increasing macrophage (big eater) production—important protector cells in the immune system. 


3.Immunity I—This is a T-Cell (cells in immune system—T-Helper, T-Killer, T-suppressor & B- Cell) nutrient boost for these important cells. When fighting disease you want many of these cells reproducing—and doing their job really well. 

4. Liver DTX—This product works to cleanse, stimulate and regenerate the liver cells when necessary. Since the liver cleanses the blood, when disease is present in order for it not to spread, you need a liver that is working at peek performance. And when drugs like chemo are administered, the LIVER takes the biggest hit. Many cancer patients never die from the cancer, but from the effect of the chemo on the liver.


5. Optiflora- this is a two-part product—pre-biotic & pro-biotic. It contains the only guaranteed, live delivery of healthy intestinal flora, the bacteria’s—bifidus & acidophilus. This is the body’s first line of defense and when in a diseased state, the body is normally wiped out of these wonderful soldiers—especially when antibiotics and chemo are administered. The statement "Most disease begins in the colon" is so true.

6. Carotomax—This is a complex of carotenoids. including Beta Carotene, Lycopene etc. The mucosal membrane tissue in the body (which is what much of the lung tissue is) needs lots of the carotenoids. They can actually heal damaged tissue. I’ve worked with people with ulcers, damaged tissue in the mucosal membrane lining of the stomach & with people who had vaginal tissue (mucosal membrane) that was showing precancerous cells—when therapeutic levels of Caratomax (10 per day) was introduced—amazing healing happened to the cells. 

7.Flavomax- this is a powerful antioxidant product which will fight free radicals. It contains six key classes of flavonoids: proanthocyanidins, anthocyan-idins, flavan-3-ols, flavones, flavonols, and flavanones. Shaklee uses standardized extracts of each of these flavonoids to ensure potency and quality. Flavonoids are potent, water-soluble antioxidants that have been linked to healthy blood circulation, strong capillaries, and veins. Flavonoids also deliver anti-oxidant protection to blood and blood-rich tissues, such as the liver and the intestines. Unfortunately, few diets provide these important phytonutrients in significant quantities, since flavonoids are often found in seeds, rinds, and skins, parts of fruits and vegetables that are likely to be tossed away during food preparation. Many people dislike eating the skins of fruits and vegetables. 

8. Vita C—Mega amounts of vitamin C 10,000 or more milligrams per day—has been shown via the Linus Pauling Clinic to have dramatic effects when the body is fighting disease. It stimulates white blood cell production and the cells of the body that have extra C have a greater chance of reproducing without mutating. Cancer is simply our own cells gone hay wire when reproducing.

9.Soy Protein—Eliminating animal protein is important and using vegetable proteins are more easily digested and they don’t have all the antibiotic residues etc. that contribute to disease! Protein is the key to energy and the reproduction of healthy cells. 

10. EZ Gest—Digestion takes a lot of energy from a body—using digestive enzymes can help this process use less energy so more goes into fighting and healing and actually helps break down foods better so more nutrients are bio available to the cells. 

11. Herb Lax—Drugs effect the peristaltic action of the colon. (the natural kneading movement) drugs slow the elimination process way down and many times a patient fighting disease gets backed up and constipated. Eliminating toxicity is very important in healing. 

12.Performance—Hydration drinks. Even being 1% dehydrated for a person that is not fighting a disease effects, mental ability, and fatigue levels. When you are fighting, you must stay hydrated—lots of purified water, but adding this formulation—you are adding trace minerals that are very important for healing.


##Bonus Product – Get Clean – the cleaners in the home have proven to contribute to many debilitating illnesses including cancer. Remove all toxic cleaners and switch to Get Clean to give your home a clean bill of health and protect your health.

*************************************************************************************************

Satu lagi produk, of course la Vivix kan. Vivix kira masih baru berbanding produk-produk di atas, tapi kehebatannya dalam menangani kanser memang dah terbukti. Jemput ke artikel-artikel kami tentang Vivix yang hebat ni!
http://zafranzafrina.blogspot.my/search/label/Vivix


Jika anda, keluarga atau kenalan yang didiagnose kanser dan mencari suplemen terbaik untuk membantu recovery process, dapatkan produk di atas (produk di pasaran Malaysia sahaja) segera. Hubungi kami untuk maklumat lanjut, ok!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Monday, February 1, 2016

PROMOSI KHAS BERGANDA SHAKLEE UNTUK FEBRUARI 2016. HUBUNGI KAMI UNTUK PENGHANTARAN SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (ALOR SETAR, CHANGLUN, JITRA, BUKIT KAYU HITAM, UUM, SELURUH PERLIS)

Assalamualaikum. Februari menjelang tiba. Jom tengok apa promosi best bulan ni!.






Kualiti yang sama dengan harga yang JAAAAUUUH MENJIMATKAN!


Jangan lepaskan peluang mendaftar keahlian secara PERCUMA!!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad