Tentunya ibu rasa senang hati apabila anak tak pakai lampin lagi kan. Namun, timbul masalah baru apabila kanak-kanak masih belum boleh meletakkan keutamaan membuang air kecil. Menahan kencing akan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Berikut adalah penyebab kanak-kanak menahan kencing dan cara mengatasinya.
ASYIK BERMAIN
Kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun begitu asyik bermain. Berbasikal atau bermain anak patung hingga lupa membuang air kecil.
Apa harus dilakukan?
Ibu perlu bertanya setiap 15 hingga 30 minit kepada anak. Apabila ini dilakukan secara rutin, anak akan terbiasa bahawa sudah waktunya dia membuang air kecil. Lakukan dengan sabar dan teratur.
MALU BERCAKAP
Sudah boleh membuang air kecil, bercakap juga semakin lancar tetapi anak malu memberitahu ibu bapa atau pengasuh untuk membuang air kecil. Mereka memilih menahannya!
Apa perlu dilakukan?
Jangan dibiarkan!. Perlahan berikan pengertian bahawa jika ingin membuang air kecil, terus ke tandas dan beritahu ibu bapa dan pengasuh. Maklumkannya jangan malu bercakap kerana membuang air kecil adalah perkara yang wajar dilakukan setiap makhluk.
JALAN RAYA SESAK
Kesesakan jalan raya boleh menjadi penyebab anak menahan kencing.
Apa perlu dibuat?
Pakaikan je pampers???. Haha, jangan.
Bagi mengelakkannya, sebelum menempuh perjalanan, sebaiknya ajak anak membuang air kecil. Jangan ragu untuk singgah di stesen minyak atau kawasan rehat dan rawat jika sudah waktunya anak membuang air kecil (jarak sekitar 90 minit hingga 2 jam setelah membuang air kecil sebelumnya atau setelah minum).
BIMBANG KETINGGALAN
Ketika asyik menonton televisyen, anak menangguhkan hasrat membuang air kecil.
Apa perlu dilakukan?
Perhatikan kali terakhir waktunya minum dan buang air kecil sebelumnya. Jika sudah waktunya atau si kecil menunjukkan gejala, segera ingatkan agar dia ke tandas. Atau ketika ada iklan komersial, suruh dia membuang air kecil.
TANDAS AWAM KOTOR
Ini sering berlaku ketika di luar.
Apa perlu dilakukan?
Mengingatkan anak bahawa bahaya menahan buang air kecil, kemudian ibu bersihkanlah tandas. Tunggu anak sehingga selesai dan bersihkan mereka dengan baik supaya tidak mengundang kuman dan bakteria sedia ada.
TERLALU MENGANTUK
Salah satu alasan anak menahan kencing ialah kerana mereka merasa penat dan mengantuk dan ini biasanya terjadi di waktu malam.
Apa perlu dilakukan?
Atasinya dengan memujuk si kecil untuk membuang air kecil sebelum tidur. Jika mereka minum susu sebelum tidur, tidurkan mereka sebentar, lalu kejutkan perlahan-lahan sekitar 60 hingga 90 minit untuk ke tandas.
Sabar dan konsisten, InsyaAllah semuanya akan menjadi mudah satu hari nanti!
Sumber : Mingguan Wanita Jun 2015
Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?