Friday, February 12, 2016

5 MAKANAN JEJAS WARNA GIGI

Melihatkan warna gigi yang semakin pudar di cermin membuatkan hati semakin risau. Bukan mudah untuk mengembalikan kecantikan gigi seperti asal. Berikut beberapa jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan agar gigi putih berseri.


Teh


Walaupun teh banyak memberi manfaat kepada kesihatan, namun pengambilannya yang kerap akan memudarkan warna gigi secara semulajadi. Oleh itu, kurangkan meminum teh sebagai langkah utama untuk mendapatkan gigi yang cantik.

Sos


Dalam menghasilkan sos, sejenis pewarna telah digunakan untuk memekatkannya. Begitu juga dengan kicap, sos tomato dan serbuk kari yang mempunyai bahan pewarna begitu kuat. Segeralah berkumur dan memberus gigi anda bagi mengelakkan hilangnya warna semulajadi.

Minuman Bertenaga


Umum mengetahui bahawa kandungan minuman bertenaga mempunyai kadar asid yang sangat tinggi sekaligus mempengaruhi warna dan kesihatan gigi. Dengan pengambilan terlalu kerap, ia hanya akan mengikis dan membuatkan gigi rosak. Sebaiknya ambillah air putih yang nyata membawa lebih kebaikan.

Gula-Gula Getah


Jika anda kerap mengambil gula-gula getah dan manisan seperti lolipop, ia hanya akan merubah warna pada permukaan lidah. Ia juga merosakkan gigi seterusnya menjejaskan keaslian warna gigi.

Minuman Anggur Merah


Jus anggur merah sedap diminum tetapi kandungan asid yang tinggi dan kepekatan warnanya hanya akan menyebabkan warna gigi berubah. Elakkan mengambil minuman ini sebaliknya gantikan dengan minuman yang lebih berkhasiat terutama sekali air putih.

Sumber : Mingguan Wanita, Jun 2015

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?