Wednesday, March 2, 2016

MENCARI YANG HALAL ITU WAJIB BAGI UMAT ISLAM

Pasti ramai yang bersetuju dengan tajuk ni, kan. Kita dituntut, bukan sahaja mencari makanan dari sumber yang halal, tetapi juga yang bersih (halalan toyyiban).

Dewasa ini, pengguna, termasuk pengedar Shaklee sendiri mengambil langkah terbaik dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman ini terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke dalam mulut.

Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda-benda yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.


Oh ya. Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee terkini yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk-produk Shaklee. Untuk pengetahuan semua, sijil halal Shaklee diperbaharui setiap tahun!.


KENAPA ISA, BUKA JAKIM?

ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).

Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)

Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk-produk tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM

Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan

Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.

Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!

Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi www.shaklee.com.my.

Kredit : Master Lyna

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?