Ramai tak tahu yang ada kaedah menjarakkan kehamilan menggunakan penyusuan bayi . Kaedah ini dinamakan sebagai Lactational Amenorrhea Method (LAM), iaitu penyusuan bayi sepenuhnya yang berupaya melambatkan kedatangan haid dan ovulasi secara semulajadi.
Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa kaedah ini adalah 98 - 99.5% efektif, sekiranya SEMUA syarat di bawah dipenuhi. Untuk memastikan keberkesanan LAM, pastikan:
- Haid ibu belum kembali.
- Bayi berumur kurang enam bulan.
- Bayi menyusu secara eksklusif dengan kerap siang dan malam.
- Bayi tidak diberikan sebarang makanan lain kecuali susu ibu
- Memastikan bayi sentiasa bersama atau berdekatan dengan ibu
- Menyusu dengan kerap tanpa had. Penyusuan pada waktu malam sangat penting kerana pada ketika itu, hormon prolaktin adalah sangat tinggi. Hormon ini dapat melambatkan ovulasi.
- Menggunakan penyusuan sebagai cara untuk memujuk dan menenangkan bayi
- Menyusu sambil berbaring apabila berehat atau tidur
- Tidak menggunakan puting kosong
Sekiranya haid ibu telah kembali atau bayi telah berumur lebih dari enam bulan atau dia telah diberi makanan tambahan, ibu dinasihatkan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain. Ini kerana, selepas enam bulan, perlindungan penyusuan bayi terhadap kehamilan akan mula berkurangan.
Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?