Saturday, October 21, 2017

ALAMAK ESOK DAH MASUK KERJA!

Esok dah kerja balik ke?

Chill la. Buat macam biasa, manfaatkan hari last cuti dengan perkara yang menyeronokkan dengan keluarga.

Nak stress-stress buat apa. Masa tetap berjalan, esok kau kene pi kerja jugak hehe.

Jom tengok apa yang kita boleh buat untuk pastikan kita enjoy hari last cuti ni.


Tanya anak-anak,  nak ibu masak apa hari ni?. Ajak mereka buat sama-sama, sebab kita tak tau saat ini akan berulang lagi atau tidak pada masa akan datang!


Bestnya kalau dapat menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di pantai pada waktu petang, tengok feri berulang-alik,  tengok nelayan balik menangkap ikan, tengok orang mencari mentarang sambil makan collek,  laksa, bihun sup dan ais kacang.... Ohsem!


Ajak anak-anak main di laman. Main aci sembunyi, main badminton, atau temankan saja depa riuh-rendah bermain. 

Kita?

Belailah pokok-pokok bunga yg ada. Habaq kata esok mama dah masuk kerja... 😂


Best jugak ni ajak adik-beradik atau jiran makan-makan,  buat pot luck sambil tengok drama atau movie yang korang dah rakam di Astro 😆


Hilangkan resah dengan window shopping. Cuci- cuci mata, survey apa yang terbaru viral di pasaran. Kalau ada duit, shopping teruslah, ok apa lagi. 

Esok boleh pakai kasut atau shawl baru ke tempat kerja, ye tak?


Boring sangat tak tau nak buat apa, ajak anak-anak main games. Sambil bergelak-ketawa,  sure boleh lupa sekejap esok dah kerja kan!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Friday, October 20, 2017

SURI RUMAH BERPENDAPATAN TINGGI BUKAN LAGI CERITA DONGENG!

Kali ni kita ikuti kisah Master Fahana, seorang bekas pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang kini bergelar jutawan setelah hampir empat tahun berkecimpung dalam perniagaan Shaklee ni. 

Beliau bukan saja mencapai puncak Master Coordinator dalam masa yang singkat, tapi juga berjaya melahirkan beberapa orang master coordinator dan leaders dalam kalangan pegawai perubatan dan farmasi dalam organisasi beliau. 
.
.
.
WHAT SHAKLEE HAS GIVEN ME??

Banyakkk. Terlalu banyak. Kalau nak cerita sampai tahun depan pun tak habis 😂


Satu perkara yang amat membahagiakan Kak Fana sejak bershaklee ni adalah dapat menjadi SURIRUMAH SEPENUH MASA TAPI KAYA !!

Ala dulu Kak Fana pun macam korang gak. Ada kerjaya sendiri. Gaji pun RM3000 je sebulan.

Degree holder tapi gaji taraf diploma je. Nak saving tabung haji pun tak lepas sebab komitmen tinggi.

Tak ada time freedom. Money freedom apatah lagi. Hutang keliling pinggang !

Tapi lepas decide untuk jadi work at home mom. Kak Fana bahagia gila!. Suami dan anak-anak pun happy dapat berkepit siang malam

Kak Fana menyesal tak resign kerja kerajaan dulu?????

Sumpah wallahi tak menyesal langsung!. Besar kuman takda rasa ralat sebab lepaskan jawatan pada tahun 2014 dulu

Korang jangan la rasa ragu-ragu. Bisnes Shaklee ni memang ada masa depan yang sangat cerah

Bukan je Kak Fana sorang je yang dah bergelar surirumah berpendapatan tinggi. Team DAE pun ramai gilaaaa yang dah dapat title yang sama.

Kalau korang tengah survey bisnes yang boleh bagi korang time freedom. Shaklee adalah jawapannya

Jom join DAE untuk ubah masa depan korang dan keluarga !

#untungbuatshakleeDAE
#bisneswithDAE
.
.
.
Ini bukan sembang-sembang kosong. Beliau dah buktikan dengan pencapaian dirinya sendiri!. Jadi suri rumah berpendapatan tinggi bukan lagi dongengan, sebaliknya realiti!.

Eh, siapa kata jual vitamin xleh kaya kan?

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, October 18, 2017

JADIKAN KAMI INSAN YANG BERSYUKUR, YA ALLAH

Basuh si hitam Serena lagi buat kesekian kali.



Teringat cik putih dulu. Ok mana la agaknya dia pi. Siapala tuan baru dia... Jaga dia dengan baik kah sebagaimana kami jaga dia dulu.

Apapun, dalam hati panjatkan syukur sangat-sangat kepada Allah. Ya lah, Dia bagi peluang upgrade kereta keluarga dari yang biasa kepada yang lebih luas.

Kalau dulu bersesak-sesak jugakla kalau nak berjalan jauh. Bukanla kecik sangat tapi tau la anak-anak tengah melasak, ruang yg ada jadi sempit. Tok dan wan nak tumpang sekali pun, kesian sebab x selesa.

Bonus Shaklee hari tu, separuh daripadanya adalah untuk Serena. Seingat akak, dah masuk bulan ketujuh Shaklee selesaikan urusan kereta.

Di umur-umur macam ni, second income bukan lagi untuk bersuka ria, bermewah-mewah tapi untuk support banyak perkara, untuk bantu lebih banyak orang dalam keluarga dan di sekeliling.

Doakan ya, moga-moga peluang yang Allah bagi ni dapat kami manfaatkan untuk memberi nilai kepada kesihatan dan kewangan orang lain juga!

#untungbuatshakleeZAFRANzafrina
#untungbuatshakleesurijunior
#thebestfamilyhomebasedbusiness

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Monday, October 16, 2017

MENGENDALIKAN CRANKY BABY : JANGAN STRESS IBU!

Pernahkah anda berhadapan situasi di mana bayi menolak usaha anda menidurkan mereka walau jelas mereka sedang amat letih?. Dan anda mula bingung memikirkan, bukankah bantuan anda adalah apa yang mereka perlukan pada ketika itu?.


Melatonin adalah hormon penting yang mempromosi rasa mengantuk. Sebarang bentuk sumber cahaya seperti matahari, lampu, cahaya tv, telefon, ipad dan sebagainya, yang dapat di tangkap oleh retina mata, akan memberi mesej ke otak untuk merencatkan pengeluaran melatonin ketika badan memasuki fasa letih dan rasa mengantuk di hapuskan.

Masalahnya disini adalah, apabila anda GAGAL menangkap fasa letih pada peringkat awal yang selalunya dapat di kenalpasti dengan tanda-tanda seperti bayi mula tidak berminat dengan sebarang aktiviti, memaling muka atau merenung ke satu arah sambil menghisap jari, hormon stress iaitu kortisol akan mula dirembeskan.

Kortisol mempromosi rasa 'segar', berjaga dan awas. Tentu ada dapat bayangkan sukarnya bayi menangani percanggahan situasi di mana badannya amat letih dan perlukan rehat, tetapi otaknya pula sedang di setkan untuk berjaga?. Ini lah sebabnya mengapa bayi seolah-olah menolak sebarang usaha menidurkan mereka dan terus mengamuk teruk.

Secara ringkas, masa berjaga bayi sebelum mula letih adalah seperti ini:
1. 'newborn' : 45 minit -1 jam
2. 6 bulan     : 2 jam
3. 12 bulan   : 2-4 jam

Adalah penting anda menidurkan bayi ketika fasa letihnya bermula supaya kadar Melatonin mengatasi kadar Kortisolnya. Jangan sesekali menangguh-nangguh usaha menidurkan bayi dengan harapan mereka akan lebih mudah tidur jika sudah amat penat; ia bakal merumitkan keadaan!.

Tipsnya?. Bantulah Melatonin melakukan kerjanya. Malapkan atau tutup sumber cahaya. Putuskan juga sebarang ransangan yang merimaskan deria bayi atau yang menganggu tumpuannya untuk berehat samada dalam bentuk bunyi, sentuhan atau bauan.

Sumber : Baby Language

Pssttt... ibu-ibu, kalau stress, jangan lupa consume B Complex anda, moga-moga membantu kita happy semula. Apapun, itu anak kita!. 

All the best!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, October 14, 2017

MENABUNG DENGAN HAPPY, BARU PUAS HATI!

Ramai nak ajak anak menabung ya.

Bagus lah macam tu... Kita ajar menabung duit dulu,  pastu pelan-pelan ajaq menyimpan emas la pulak, kan!

Langit x selalunya cerah
Panas kadangkala xlah sampai ke petang

Jom akak share, apa yang kita as young parents boleh buat untuk galakkan anak-anak menabung 😊


Anak-anak minat apa? 
Kalau dapat belikan mereka tabung kegemaran,  ia akan secara tak langsung menarik minat mereka menggunakannya!


Ibu boleh bekalkan makanan untuk anak-anak ke sekolah.  Pastikan lengkap,  seimbang dan sedap.  Barulah anak tak beli makanan yang bukan-bukan di sekolah sekaligus dapatlah mereka menyimpan duit dalam tabung. 

Pujilah anak-anak kalau mereka dapat menabung lebihan wang saku setiap hari!


Nak feel lagi best, bila berat sikit tabung tu,  ajak anak-anak buka akaun di bank. Tunjukkan nilai simpanan yang dicetak di buku bank. Tentu seronok bila nilai tu bertambah sedikit demi sedikit nanti! 

Buka akaun bagi kita biasalah kan... Tapi untuk anak kita,  dia akan rasa power!!


Yang ada ramai anak, boleh wujudkan suasana persaingan sihat antara mereka. Beri hadiah kepada penyimpan terbanyak setiap bulan,  contohnya belanja makan makanan kegemaran mereka,  mungkin!


Selitkan tentang kelebihan menabung dalam cerita-cerita kita semasa di meja makan,  selepas solat berjemaah, mahupun sebelum tidur.  Ajak mereka tulis perancangan yang mereka mahu capai dan bantu susunkan strategi mengumpul duit ke arah mencapai tujuan tersebut. 

Best kan kalau tercapai?


Nak wujudka suasana seronok menabung,  boleh saja kita cadangkan kepada anak supaya mewujudkan tabung unik sebegini. 

Sisihkan wang syiling RM0.50 setiap kali berbelanja untuk dimasukkan ke dalam tabung. 

Tanpa disedari, nilai simpanan mereka akan banyak, sangat banyak! 

Percayalah!


Mestilah. 

Suruh saja tapi kita sendiri tak amalkan, nak buat apa. Jangan la pulak kita yang pergi pinjam duit tabung mereka.

Apa kata aktiviti menyimpan yang kita buat,  sentiasa libatkan anak bersama-sama supaya wujud rasa pentingnya menabung di samping menanam rasa tanggungjawab dan amanah dalam diri mereka. 

Kami dah mulakan. 
Anda bagaimana?

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, October 12, 2017

ORANG NAMPAK YANG BEST-BEST SAJA...

Assalamualaikum
Selamat pagi

Kita selalu seronok tengok orang berjaya,  orang hebat

Tapi tahu tak,  kejayaan ni selalunya datang pakej sekali dengan ujian

Tak bergolek dengan mudah tanpa air mata

Tau kenapa?

Allah beri kejayaan disertakan dengan ujian-ujian sebab SAYANG....

supaya hambaNya ini tidak pergi jauh meninggalkanNya

Tenggelam dalam kenikmatan.

 Semoga semua kita menjadi manusia berjaya dalam keredhaanNya 💝💝💝


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Tuesday, October 10, 2017

MINYAK BUKAN SEBARANG MINYAK


Ops!, apa ni?

Siapa punya? 

Jom ikuti sharing Kak Lin Chalo tentang customer beliau;

Pagi ni Keklin nak berkongsi kegembiraan. Dah beberapa hari nak raikan, tapi tunggu hingga ke hari Jumaat yang penuh berkat ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti akhirnya seorang customer Keklin dah berjaya hamil!.

Syukur sangat.

Positive pregnancy stick dalam gambar ni beliaulah yang punya. Apa kau ingat Keklin yang punya kah? Hehehe. Dan paling best, sebenarnya ada kisah menarik di sebalik kehamilan beliau ni.

Begini ceritanya.

Semasa mula-mula adik manis ni hubungi Keklin, beliau cuma nak beli Make Up Remover je. Si adik manis nak bersihkan wajahnya yang cantik dari noda-noda debu setiap hari.

Yelah, kau bayangkan macamana wajah tak kusam, kalau cuci muka pun tak bersih. Lagi-lagi kalau pakai mekap tebal, takut-takut air wudhu pun tak lepas.

Okay, sambung lagi.

Maka, setelah berbincang dari hati ke hati, adik manis ni sebenarnya concern dengan masalah kulitnya. Semenjak berkahwin, jerawat naik dengan gembira sekali. Hmm, siapalah yang tak susah hati kan.

Oh ya, sebelum tu beliau dah beli protein dan vitamin c dengan seorang kakak di kedai kecantikan. Pastilah adik manis pilih brand Shaklee. Bijak adik manis ni, dia dah study dalam-dalam sebelum memilih Shaklee. Yeahhh. Puji pujian di pagi Jumaat.

Katanya muka dia banyak sangat jerawat, berminyak lepas tu ada parut sikit.

Kesiannya adik manis ni. Jadi, sebab dia dah ada protien untuk bantu produce sel-sel baru yang lebih sihat dan cantik, dan dah beli vitamin c untuk kulit yang lebih cerah dan sihat, maka Keklin pun cadangkan minyak borage untuk membantu mengawal hormon beliau.

Wanita dan hormon, berpisah tiada. Kadang jerawat turun naik sebab hormon. Period lari-lari pun sebab hormon. Kau asyik moody pun salah hormon juga.

Jadi, langkah bijak, makanlah minyak borage. Minyak borage ni sejenis asid lemak (omega-6) yang tersangatlah bagus untuk kaum wanita. Stabilkan hormon dan kulit pun boleh jadi cantik kerana si minyak borage ni.

Nak cerita panjang sangat. Nanti kau rajin-rajinkan jejari runcing tu untuk google 'benefit of borage oil'. Ha, siap Keklin kasi lagi kata kunci untuk kau cari.

Dipendekkan cerita, beberapa hari kemudian adik manis beli vitamin e pula. Ish ish, kali ni terpaksa Keklin pujuk untuk jadi ahli. Yelah, jadi ahli nanti dapatlah harga murah. Jimat banyak tu. Kau juga yang untung.

Pertama kali Keklin follow-up, adik manis kata jerawat naik lagi tapi dah tak sebanyak dulu. Tapi paling dia suka, jerawat cepat kecut.

Kali kedua adik manis pula yang report dengan Keklin. Katanya sengugut teruk yang setiap bulan memunculkan diri kini dah hilang! Suka sangat adik manis.  Keklin pun terkejut sebab tak tahu pula dia ada senggugut.

Keklin tau, ini memang kerja si minyak borage yang hilangkan senggugut tu. Kelas kau minyak borage. Sambil stabilkan hormon sempat juga kau hilangkan senggugut. Hehehe.

Last but not least, bila tiba-tiba adik manis tunjuk pregnancy test dia tu. Terkejut dan syukur sangat!. Dah hampir 5 bulan kahwin tapi belum ada rezeki. Tak sangka nak cantikkan kulit terus adik manis dapat 2 lagi bonus lain.

Bayangkanlah, kau nak dapat kulit cantik je, tiba-tiba pakej senggugut hilang & pregnant anak yang ditunggu selama ni.

Serampang 3 mata sangat kan.

Sebenarnya minyak borage tu salah satu fungsinya ialah membantu meningkatkan kesuburan. Lagipun adik manis dah amalkan protein, vitamin c, vitamin e sekali. Mau tak bertambah sihat badan beliau kan.

Okay itu saja Keklin nak kongsikan pagi ini.
Terima kasih sebab gigih baca sampai habis.

----------
Keklin Shaklee Lover
----------

Korang pun baca sampai habis kan. Akak bagi 5 bintang!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Sunday, October 8, 2017

NAK MINUM AIR MASAK PUN SUSAH!

Itulah...

Anak-anak ni, kalau ajak makan aiskrim,  makan coklat laju ja kan. Tapi kalau lepas tu suruh minum air especially plain water, bukan main susah.

Sebagai mak, kena kreatiflah kita ni. Di bawah ni antara tips yang kita boleh buat untuk ajak anak tersayang minum air masak tanpa disedari 🤗🤗


Sediakan setiap anak kita sebotol air masak, dan  galakkan mereka habiskan. Anak yang berjaya habiskan air masak mereka,  rewardlah something ya. Baru seronok laksanakan pertandingan sihat ni bersama-sama!


Yang penting,  fun. Mana taknya,  bila slurppp,  air lalu depan mata!.
Sedar x sedar,  habis satu gelas air diminumnya.
Senang kan!


Psikologi ja ni... Kadang-kadang bukan saja menarik perhatian anak-anak untuk minum dalam botol cantik,  kita mak-mak ni pun tergoda 😍😍😍


Kalau dah suka aiskrim, apa kata buat ais kiub dengan plain water, susun buah2 dalam tu... Blend buah dan bekukan pun boleh.  Nanti nak minum, rendamkan dan nikmati kesejukan air berperisa buah yang best ni!


Kalau ada slow juicer, boleh dapat jus pure punya.  Kalau x ada pun x apa. Kisar buah dengan air masak. Buat sedap-sedap ya!.
Minum berjemaah seisi keluarga di hari yang panas,  aduhaiiii...

dan yang terakhir,

Apa lagi,  kita la kena start dulu!. 
Walk the talk 👌

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad