Pernahkah anda berhadapan situasi di mana bayi menolak usaha anda menidurkan mereka walau jelas mereka sedang amat letih?. Dan anda mula bingung memikirkan, bukankah bantuan anda adalah apa yang mereka perlukan pada ketika itu?.
Melatonin adalah hormon penting yang mempromosi rasa mengantuk. Sebarang bentuk sumber cahaya seperti matahari, lampu, cahaya tv, telefon, ipad dan sebagainya, yang dapat di tangkap oleh retina mata, akan memberi mesej ke otak untuk merencatkan pengeluaran melatonin ketika badan memasuki fasa letih dan rasa mengantuk di hapuskan.
Masalahnya disini adalah, apabila anda GAGAL menangkap fasa letih pada peringkat awal yang selalunya dapat di kenalpasti dengan tanda-tanda seperti bayi mula tidak berminat dengan sebarang aktiviti, memaling muka atau merenung ke satu arah sambil menghisap jari, hormon stress iaitu kortisol akan mula dirembeskan.
Kortisol mempromosi rasa 'segar', berjaga dan awas. Tentu ada dapat bayangkan sukarnya bayi menangani percanggahan situasi di mana badannya amat letih dan perlukan rehat, tetapi otaknya pula sedang di setkan untuk berjaga?. Ini lah sebabnya mengapa bayi seolah-olah menolak sebarang usaha menidurkan mereka dan terus mengamuk teruk.
Secara ringkas, masa berjaga bayi sebelum mula letih adalah seperti ini:
1. 'newborn' : 45 minit -1 jam
2. 6 bulan : 2 jam
3. 12 bulan : 2-4 jam
Adalah penting anda menidurkan bayi ketika fasa letihnya bermula supaya kadar Melatonin mengatasi kadar Kortisolnya. Jangan sesekali menangguh-nangguh usaha menidurkan bayi dengan harapan mereka akan lebih mudah tidur jika sudah amat penat; ia bakal merumitkan keadaan!.
Tipsnya?. Bantulah Melatonin melakukan kerjanya. Malapkan atau tutup sumber cahaya. Putuskan juga sebarang ransangan yang merimaskan deria bayi atau yang menganggu tumpuannya untuk berehat samada dalam bentuk bunyi, sentuhan atau bauan.
Sumber : Baby Language
Pssttt... ibu-ibu, kalau stress, jangan lupa consume B Complex anda, moga-moga membantu kita happy semula. Apapun, itu anak kita!.
All the best!
Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?