Saturday, October 14, 2017

MENABUNG DENGAN HAPPY, BARU PUAS HATI!

Ramai nak ajak anak menabung ya.

Bagus lah macam tu... Kita ajar menabung duit dulu,  pastu pelan-pelan ajaq menyimpan emas la pulak, kan!

Langit x selalunya cerah
Panas kadangkala xlah sampai ke petang

Jom akak share, apa yang kita as young parents boleh buat untuk galakkan anak-anak menabung 😊


Anak-anak minat apa? 
Kalau dapat belikan mereka tabung kegemaran,  ia akan secara tak langsung menarik minat mereka menggunakannya!


Ibu boleh bekalkan makanan untuk anak-anak ke sekolah.  Pastikan lengkap,  seimbang dan sedap.  Barulah anak tak beli makanan yang bukan-bukan di sekolah sekaligus dapatlah mereka menyimpan duit dalam tabung. 

Pujilah anak-anak kalau mereka dapat menabung lebihan wang saku setiap hari!


Nak feel lagi best, bila berat sikit tabung tu,  ajak anak-anak buka akaun di bank. Tunjukkan nilai simpanan yang dicetak di buku bank. Tentu seronok bila nilai tu bertambah sedikit demi sedikit nanti! 

Buka akaun bagi kita biasalah kan... Tapi untuk anak kita,  dia akan rasa power!!


Yang ada ramai anak, boleh wujudkan suasana persaingan sihat antara mereka. Beri hadiah kepada penyimpan terbanyak setiap bulan,  contohnya belanja makan makanan kegemaran mereka,  mungkin!


Selitkan tentang kelebihan menabung dalam cerita-cerita kita semasa di meja makan,  selepas solat berjemaah, mahupun sebelum tidur.  Ajak mereka tulis perancangan yang mereka mahu capai dan bantu susunkan strategi mengumpul duit ke arah mencapai tujuan tersebut. 

Best kan kalau tercapai?


Nak wujudka suasana seronok menabung,  boleh saja kita cadangkan kepada anak supaya mewujudkan tabung unik sebegini. 

Sisihkan wang syiling RM0.50 setiap kali berbelanja untuk dimasukkan ke dalam tabung. 

Tanpa disedari, nilai simpanan mereka akan banyak, sangat banyak! 

Percayalah!


Mestilah. 

Suruh saja tapi kita sendiri tak amalkan, nak buat apa. Jangan la pulak kita yang pergi pinjam duit tabung mereka.

Apa kata aktiviti menyimpan yang kita buat,  sentiasa libatkan anak bersama-sama supaya wujud rasa pentingnya menabung di samping menanam rasa tanggungjawab dan amanah dalam diri mereka. 

Kami dah mulakan. 
Anda bagaimana?

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?