Insya Allah, manfaat utamanya:
- Pudina: melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina meransang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.
- Halia: masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia meransang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita. Penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat/mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.
- Pokok Adas (fennal): Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, ia membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.
- Cekur Manis (anise): digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.
Cadangan pemakanan:
- membantu penghadaman: 3 biji selepas makan
- mencuci usus dan perut: Larutkan 3 biji Peppermint Ginger dan 10 biji alfalfa di dalam air panas suam untuk diminum
- merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk: 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba
- kelegaan tekak, batuk, sendawa: Hisap 2 biji.
HARGA DI PASARAN: RM 45.00
HARGA KAMI: RM <<<.<<
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?