Friday, December 2, 2016

ADA KAITAN ATAU TIDAK SUSU IBU DENGAN GIGI BAYI?

Cuti sekolah memberikan saya lebih masa untuk membaca. Dan saya nak kongsi sedikit maklumat tentang kaitan antara penyusuan dengan gigi anak kita. 

Ada pendapat mengatakan kalau kita menyusukan anak pada waktu malam meningkatkan risiko gigi anak kita berlubang. Betulkah?

Tahukah anda, dua orang pakar pergigian, Dr. Brian Plamer dan Dr. Harold Torney membuat kajian terhadap tengkorak dari zaman pra sejarah dan mendapati sebelum bermulanya era penggunaan botol, bayi kecil tak mendapat gigi berlubang. Kajian antropologi menunjukkan masalah gigi bermula lapan ribu sehingga 10 ribu tahun lampau, manakala anatomi manusia moden sudah wujud sejak 100 ribu tahun lalu. Ini bermakna, tiada masalah kerosakan gigi dalam kalangan bayi selama 92 ribu tahun, sehinggalah penggunaan botol susu (of course dengan susu formula) diperkenalkan!. Masa zaman pra sejarah, bayi minum susu apa ya?

Lepas tu, kajian yang dibuat di Amerika Syarikat dari tahun 1999 sehingga 2002 mendapati tiada bukti kukuh menunjukkan penyusuan susu ibu dalam tempoh singkat ataupun panjang menyumbang secara langsung kepada masalah gigi bayi!. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan di Tehran, Iran pada tahun 2008 yang menunjukkan dapatan yang sama, walhal kebanyakan ibu di Iran menyusukan bayi mereka dalam tempoh yang lama!.

Ibu-ibu comel sekalian, tahukah anda bahawa susu ibu melindungi gigi?

Ini kerana susu ibu mengandungi mineral yang diperlukan untuk menguatkan gigi. Bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi dalam mulut manusia tidak dapat menggunakan laktos sebagai sumber tenaga sebaik sukros. Laktoferrin yang terdapat dalam susu ibu juga menghalang zat besi digunakan oleh bakteria untuk membiak. Ia menghalang perkembangan bakteria yang merosakkan gigi. Paling bagus sekali, pembiakan bakteria di dalam mulut dihalang oleh antibodi, secretory IgA dan IgG yang terdapat di dalam susu ibu. 

Mulut bayi baru lahir wangi kan?

Ini kerana bayi baru lahir tidak mempunyai sebarang kuman di dalam mulut mereka. Kalau adapun bakteria jahat tu, ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti kucupan serta berkongsi alatan makanan dan minuman daripada kita jugak!

Sebenarnya, menurut Dr. Pamela Erickson, seorang penyelidik dari Amerika Syarikat, susu tiruan, yakni susu formula lah yang cenderung menyebabkan kerosakan gigi. Sesetengah susu tiruan menghakis permukaan dan menyebabkan kerosakan gigi. Susu tiruan berkemungkinan menurunkan pH di dalam mulut dan menyebabkan kerosakan gigi berlaku!.

Sesetengah susu tiruan merangsang pembiakan bakteria di dalam mulut dan menyebabkan kerosakan gigi seawal umur beberapa minggu selepas kelahiran.

Ibu-ibu yang memberi anak mereka susu formula hendaklah sentiasa memastikan mulut anak anda dicuci sama ada secara mengelap dengan kain basah yang bersih atau meminta anak berkumur (jika anak sudah besar) supaya kerosakan gigi akibat susu formula yang manis tersebut tidak berlaku! 

* Sumber : Buku Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu.

Cantik tak gigi saya?
Azaad Afkar Zafran (menyusu penuh 2 tahun setengah)

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

2 comments:

  1. Gigi anak sy rosak 2 kat depan.umur dia baru 18bulan.sy hanya bagi susu ibu stakat ini.sy tak tahu apa punca gigi dia rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Puan, maaf baru dapat buka bahagian komen dan reply.

      Saya pernah tanya perkara ni dengan seorang doktor gigi. Katanya, jika perkara tersebut berlaku juga kepada anak yang diberi susu ibu sepenuhnya, besar kemungkinan ibu itu sendiri yang mengalami kekurangan kalsium. Jadi, dia x dpt salurkan kalsium yg cukup juga kepada si anak menyebabkan anak tadi ada masalah pada gigi.

      Kalau puan alami masalah ni
      - lesu
      - imun lemah
      - ketidakseimbangan emosi
      - insomnia
      - lenguh dan sengal
      - sakit tumit, sakit pinggang
      - sembelit

      Maksudnya puan kekurangan kalsium dan perlukan support dari makanan tambahan seperti OsteMatrix

      Delete

Apa kata anda?