Monday, December 19, 2016

JERAGAT : KITA MAMPU MENGUBAHNYA!

Jeragat ni tak best, kan!



Ia adalah sejenis masalah kulit yang sebolehnya mahu dihindari oleh semua. Secara asasnya, jeragat boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pigmentasi tompok hitam leper yang boleh dilihat dalam lapisan kulit, dan jenis kedua tampak berbiji yang seakan-akan ketumbuhan kecil pada kulit. Ia sama ada biji hitam yang tumbuh secara berkelompok ataupun lebihan daging yang berwarna coklat. Jeragat biasanya tumbuh di bahagian muka, leher dan juga di celah ketiak. 


Tak dinafikan jeragat ni merupakan masalah kulit namun ia tidaklah mencapai tahap yang memudaratkan. Namun, bagi mereka yang berhadapan dengan masalah ini disarankan agar tidak sesuka hati mengambil tindakan yang memudaratkan diri sendiri dengan mengutil atau mengumpil jeragat. Sebarang kesilapan boleh mengakibatkan kesan luka, berdarah atau bernanah. Ewww!

Tahukah anda ada beberapa faktor yang menjadi punca jeragat ini?
  • Genetik
  • Terdedah kepada pancaran matahari secara berlebihan
  • Pengambilan pil perancang
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu
Jeragat biasanya menyerang wanita yang berusia 40-an ke atas, namun bukanlah bermakna wanita berusia 20 an boleh menarik nafas lega. Ingat, faktor genetik dan pendedahan terhadap cahaya matahari boleh menyebabkan kulit kita juga berjeragat!

Kalau anda seorang pengguna alatan bersolek, berhati-hatilah agar tidak memilih peralatan solak yang rendah kualitinya. Laburkanlah sedikit wang untuk membeli produk yang berkualiti demi kesihatan kulit.

Untuk mengatasi masalah jeragat, luangkan masa berjumpa dengan pakar kulit supaya mereka dapat melihat tahap kesihatan kulit, membincangkan punca serta mencadangkan langkah-langkah mengatasinya. 

Masalah ni juga boleh diatasi dengan menyapu ubat berbentuk krim dan ada juga yang memerlukan rawatan laser dan pembedahan, sekiranya kronik!. 

Sebagai langkah pencegahan pula, amalkan sapuan krim pelindung matahari setiap hari sebelum keluar rumah setiap kali menjalankan aktiviti luar.

Usia kita yang kian meningkat, meningkatkan juga risiko jeragat timbul dengan lebih banyak dan besar. Mulakan pencegahan atau rawatan dari awal sebelum ia akhirnya menjadi sukar diatasi sehingga mengakibatkan sesuatu yang lebih kronik. Shaklee juga ada penyelesaiannya!





Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?