Thursday, December 8, 2016

SANG PEROKOK TEGAR AKHIRNYA TUNDUK DENGAN SHAKLEE

Malam tadi berpeluang ikuti kisah kejayaan seorang sahabat yang akhirnya berhenti merokok asbab Shaklee. Rasa teruja sebab beliau memang sabar dan berjaya mengawal minda beliau daripada tunduk kepada cabaran kembali merokok disebabkan keazaman yang kuat untuk merubah diri kepada yang lebih baik.

Amirul Azeyady berasal dari Seremban, berusia 27 tahun dan berkhidmat dengan MAS.

Cerita beliau, rokok dah jadi teman akrab sejak beliau di tingkatan satu lagi!. Biasalah, umur baru nak naik, rasa nak mencuba semua, nak tunjuk pandai, jadi mula berjinak-jinak dengan rokok akibat pengaruh rakan sebaya. Pada mulanya, beliau tak hisap pun, sekadar kemam-kemam saja sebab rasa rokok tu bukan sedap pun!.

Namun, apabila beliau masuk sekolah teknik dan tinggal di asrama, dikelilingi pulak dengan kawan-kawan yang merokok, jadi apa lagi, mestilah join sekaki!. Jadi bermulalah kisah hidup beliau sebagai seorang perokok tegar!. Muda lagi kot weh!.

Disebabkan beliau berbadan kecil, memang beliaulah orang yang paling sesuai fly dari asrama, untuk supply rokok kepada kawan-kawan, terutamanya senior.

Sewaktu belajar di Miri, beliau jadi penjual rokok di asrama. Sebut nama Amirul Azeyady, siapa tak kenal. Pendapatan menjual rokok ni memang masyukkk lah, sehinggakan tak perlu minta duit belanja dari keluarga untuk menampung hidup di sana. Siap boleh jalan--jalan ke Sabah lagi lah dengan duit menjual rokok ni!. Hebat kan, dia :-)

Masa tu, berat badan pun tak penah lebih 46kg, kurusss sangat!. Tak makan pun tak apa, janji di tangan ada rokok. Masa bulan puasa, time berbuka, beliau minum saja. Tak makan apa pun, tapi terus zapp petik Zippo nyalakan Marlboro!. Boleh bayangkanlah penangan rokok ni pada beliau. Dahsyat!

Kurus sangat waktu ni!

Alhamdulillah, kebodohan tu tak kekal lama. Disebabkan beliau mengalami batuk yang teruk, beliau mula merasakan perlu untuk berbuat sesuatu. Maksudnya »»»BERHENTI MEROKOK!

Anda tahu, sekarang ni, walaupun beliau dah lama berjaya berhenti merokok, kadang-kadang batuk datang juga menyapa sekali-sekala.

Beliau kemudiannya menghubungi Master Nor Fahana yang beliau dah lama follow dalam FB, bertanyakan tentang Vivix. Sebenarnya sebelum ni, beliau selalu baca post Master Ana tentang kebaikan Vivix kepada perokok, tapi itulah, baca sahaja dan buat dekk. Belum sampai hidayah kan!

Beliau mula mengambil Vivix pada Januari 2015. Tapi kesannya bukanlah immediately berhenti merokok. Tak. Perkara pertama berlaku pada beliau, esoknya beliau rasa berkahak sedikit. Mungkin healing kan. Tapi lama-kelamaan bila beliau teruskan pengambilan Vivix, beliau merasakan bahawa rokok Marlboro kegemaran kecintaan beliau, yang selama ini rasa sedap, lemak manis berkrim disukai ramai tu, tiba-tiba boleh bertukar jadi kelat!

Tak boleh jadi ni!

Masa tu, beliau bertukar pulak kepada Menthol. Itulah, bila tabiat rokok ni dah mendarah daging, dah satu jenama tak sedap, carilah brand lain yang sedap pulak, kan. Mana boleh tak merokok. Dah jadi kewajipan.

Setengah botol Vivix dah dihabiskan, rasa kelat tu masih ada. Bukan kelat biasa, tapi kata beliau, sangatttt kelattt!. Masih ada iman di dada, beliau terfikir bahawa rasa kelat yang dialami mungkin petanda usaha beliau sudah mula membuahkan hasil, lantas beliau nekad untuk meneruskan usaha berhenti merokok ni dengan serius!.

Habis botol pertama Vivix, beliau menguatkan azam di dada yang beliau mesti BERHENTI MEROKOK! biar apa pun cabarannya. Alhamdulillah, sepanjang fasa awal berhenti merokok, beliau tidak mengalami sebarang gangguan kesihatan. Rasa untuk merokok memang masih membuak-buak, tapi beliau lawan!.

Beliau kemudiannya dinasihatkan oleh Master Ana untuk mengambil suplemen detoks hati, DTX Complex disebabkan ketagihan kepada rokok masih ada. Memang beliau ada cuba-cuba menghisap rokok, tapi semuanya seakan tidak berguna kerana rokok sudah tidak sedap lagi!.

Sebenarnya, bila merokok, badan memang berada dalam keadaan bertoksin tinggi. Jadi, permulaan beliau menjalani detoks hati dengan DTX Complex, jiwa memang kacau. Kata Amirul, jerawat mula tumbuh di sana-sini pada wajah dan paling tak best, ketiak pun mula berbau, terutamanya ketika berpeluh. Memang DTX Complex sedang memainkan peranan dengan jayanya. Dan beliau berjaya habiskan sebotol DTX Complex tu. Nak lega, kan...kenalah tabah.


Alhamdulillah setelah berusaha hampir dua tahun, beliau survive dan berjaya hidup bahagia dan lebih sihat tanpa rokok. Apa tidaknya, asbab Vivix dan DTX Complex, selepas selesai segala krisis pemulihan, kesihatan bertambah baik dan wajah kembali bersih daripada jerawat yang subur suatu ketika dulu. Dan paling seronok, beliau mendapat kembali nikmat selera makan yang pernah hilang ketika tegar merokok. Badan pun dah sado, berbanding pernah digelar mat cekeding sebelum ni. Ya lah, sistem badan dan kembali normal, kan.

Dah sado!

Itulah detik-detik beliau jatuh cinta dengan Shaklee. Sebab apa?. Disebabkan beliau berjaya berhenti merokok, beliau dapat berjimat. Bayangkan sekarang sekotak Marlboro berharga RM17, beliau dah tak perlu beli setiap hari seperti selalu. Jadi, beliau dapat jimat hampir RM7ulan. Baguskan!.

Kata beliau, sememangnya pengalaman berhenti merokok memang mencabar. Hati memang kena cekal sebab dugaan berhenti merokok lebih susah rasanya daripada berhenti menagih dadah!. Haha ya lah tu :-).

Menghadapi perlian kawan-kawan setiap hari dan lebih parah bila mereka sengaja menghembus asap rokok ke wajah beliau dengan tujuan menggoda la kan!. Paling terseksa ialah pada tahun pertama kerana bau asap rokok saja dah boleh menerbitkan rasa rindu!.

Hmm...Tuhan saja yang tau, kan. Nak dilempang, dah kawan sendiri. Mahu tak mahu, beliau mengambil jalan mudah dengan mengurangkan aktiviti melepak dan Alhamdulillah, sampai sekarang beliau dah rasa malas nak keluar rumah membuang masa tak tentu hala seperti dulu.

Pesanan beliau, jika ada orang terdekat yang ingin berhenti merokok, berilah sokongan kerana berhenti daripada satu tabiat yang telah mendarah-daging bukanlah sesuatu yang mudah. Nasihat dengan cara paling halus dan berhemah supaya mereka tak mudah putus asa dan kembali kepada tabiat asal disebabkan marah dengan cara teguran orang lain.

Kepada para isteri, jika suami sedang berusaha untuk berhenti merokok, sediakanlah coklat atau gula-gula serta air putih untuk mereka minum supaya dapat membantu mengurangkan ketagihan dan ingatan terhadap rokok. Ataupun, galakkan mereka mandi dengan kerap kerana bila dah mandi kan wangi, mestilah sayanggg nak merokok, kan!

Paling hebat, kata beliau kalau dapat bertahan daripada merokok semasa selepas makan dan sewaktu 'bertapa' di tandas, insyaAllah peratus kejayaan untuk berhenti merokok memang besar!

Merokok ni sebenarnya menjadi tabiat yang dah sebati sebab minda sudah dikawal oleh nikotin dan bahan-bahan berbahaya dalam rokok yang lain sudah merosakkan dalaman badan, menyebabkan proses berhenti merokok menjadi satu fasa yang sangat 'sengsara' kepada mereka yang berkenaan. Walau bagaimanapun, beliau berbangga kerana ada rakan-rakan yng telah mengikut jejak langkah beliau berhenti merokok dan beliau tidak akan pernah berhenti berkongsi kebaikan berhenti merokok ini.

Setelah beliau bebas rokok, kini Amirul konsisten dengan suplemen seperti Sustained Released Vita C Plus, Vivix, Alfalfa Complex, DTX Complex dan Vita E Complex untuk menguatkan imun serta memastikan tubuh badan pasca merokok ini kekal sihat dengan izin Allah.

Sesungguhnya hanya yang tahu dan faham erti nikmat kesihatan sahaja yang akan menghargainya, kan!. Terima kasih Amirul Azeyady atas perkongsian yang bermakna ni!.


Dari seorang perokok tegar kepada insan yang lebih bermanfaat. Syabas Amirul Azeyady!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad


No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?