Wednesday, November 26, 2014

Bahan Semulajadi...Apa Salahnya Tempek di Muka?

Sambil-sambil menyimpan bilik-bilik bacaan, saya berkesempatan membaca kembali buku 1001 Petua : Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki, Dari Ceruk Dapur Ke Laman Rumah hasil selenggaraan Siti Aisyah Hussien. Lama dah bukunya. Rasa sejak beli dulu tersusun cantik saja di rak buku, umpama Quran buruk. Tertarik nak berkongsi tips masker buah untuk segarkan wajah. Eloklah tu, muka ni pun dah naik kusam bila banyak sangat menanggung stress bekerja dan tak cukup tidur (alasan)...hehe

MASKER BELIMBING DAN NENAS
Kandungan vitamin A dan C amat berkesan bagi mengecilkan pori-pori kulit wajah, menyegarkan, sekaligus menyejukkan. Selain itu, kandungan mineralnya mampu mengurangkan kelesuan kulit dan mengatasi kulit berminyak.

MASKER LABU DAN BETIK
Buah labu dan betik mengandungi vitamin C bagi mempercepatkan reproduksi sel-sel kulit dan meningkatkan pertumbuhan kolagen. Selain itu, betik juga mengandungi papain manakala labu mengandungi mineral semulajadi yang bermanfaat bagi kekencangan kulit.


MASKER APRIKOT DAN PISANG
Pisang yang kaya dengan vitamin C, serat, kalium dan zat besi memiliki keupayaan menghaluskan kulit. Panduan ekstrak pisang dalam masker sesuai untuk kulit normal bagi mencegah kulit kusam selain menjadikan wajah segar dengan kulit lebih gebu dan terjaga kelembapannya.

MASKER TOMATO MENGHALUSKAN WAJAH
Tomato dan pengaruh vitamin C dapat melindungi kulit daripada cahaya matahari. Kisaran tomato yang dipupur ke wajah mengandungi asid yang bermanfaat untuk mengecilkan pori-pori kulit. Selain itu, memakan tomato sebiji sehari dapat membuatkan wajah berseri-seri.

MASKER TIMUN MENYEJUKKAN KULIT
Timun yang sememangnya berkhasiat amat elok untuk kesihatan kulit. Amalkan memupur campuran parutan timun di kulit muka bagi mendapatkan hasil yang berkesan.

Best kan. Terasa-rasa sejuk, tegang, halus dan mulus kulit muka setelah bermasker. Lagi best kalau orang yang tolong buatkan (cheh!)...hehe

Para Shaklee lover semestinya sudah sedia maklum bahawa selain dimakan, ada di antara suplemen Shaklee juga boleh dijadikan masker. Ini pun pernah jadi isu, tapi tak apalah. Buat apa nak panjangkan. Dah bayar harga suplemen, ikut sukalah nak makan ke, nak masker ke, nak masak ke apa. Asal tak memudaratkan diri sendiri, ye tak. Setakat ni, ramai yang dah merasai kebaikan, jadi apa salahnya sharekan.

Jadi, biar gambar di bawah sahaja yang berbicara. Kredit kepada semua pemilik asal gambar (rujuk watermark pada gambar).















Selamat Bershaklee!


No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?