Friday, May 22, 2015

KRISIS PENYEMBUHAN

Pernahkah anda mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan setelah mengambil supplement/makanan tambahan, rasa  tidak selesa sehingga anda terfikir untuk berhenti daripada meneruskan pengambilan vitamin ini kerana anda beranggapan simptom-simptom yang anda lalui kelihatan seperti penyakit?
Tetapi sebenarnya TIDAK DAN JANGAN BERHENTI!. Plz teruskan dan bersabar kerana badan kita sedang melalui proses penyesuaian dan penyembuhan semulajadi untuk membuang toksin (elimination process). Ia adalah proses yang normal untuk mencapai kesihatan yang baik.
Sesetengah orang akan melalui satu jangka masa penyesuaian apabila mula mengambil supplement/makanan tambahan. Ini adalah tindak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut melalui supplement, krisis penyembuhan akan terjadi.

APA ITU HEALING CRISIS ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KRISIS PENYEMBUHAN?


Krisis penyembuhan ni adalah satu proses yang mana badan mengalami tempoh pembersihan dan pembinaan semula sistem badan. Sebagai sebahagian daripada proses penyembuhan, badan akan mula bekerja untuk membuang toksin dalam badan kita. Semasa detokfikasi, badan kita berkemungkinan akan mengalami simptom-simptom seperti pening, kelesuan, sakit kepala, mengantuk ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan simptom lain yang ‘digunakan’ oleh badan kita untuk mengeluarkan toksin. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu dalam masa satu atau dua minggu, atau mungkin lebih lama daripada itu mengikut keadaan asal badan. Ia adalah tanda yang menunjukkan makanan tambahan yang diambil mula bekerja/berfungsi.
Cuba anda bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi yang berkarat, dan bila anda meletakkan beberapa ejen karat atau pencuci paip, permulaannya banyak karat akan keluar dari dinding paip (toksin), dan akan menyebabkan anda rasa yang sangat teruk apabila banyak kekotoran keluar di sekeliling paip tersebut. Tetapi selepas semua karat dibersihkan, paip akan menjadi atau berfungsi dengan bagus dan bersih semula. Begitu juga dengan badan kita, semasa pengambilan makanan tambahan, badan akan melalui fasa penyesuaian dan detokfikasi untuk penyembuhan.
Jangan risau, kerana ini petanda yang sangat baik kepada proses penyembuhan yang sebenar. Kebiasaannya simptom ini akan terjadi untuk beberapa hari, walaubagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih. Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun dalam tubuh kita untuk jangka masa yang lama. Contohnya sisa-sisa, makanan berkimia, lemak, ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Makanan tambahan membantu mempertingkatkan sistem imuniti tubuh kita, kebolehan detokfikasi serta pengawalan organ-organ kita.
Krisis penyembuhan atau healing crisis ini juga adalah kesan yang biasanya dirasai oleh mereka yang mengambil natural based supplement seperti Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang mengandungi banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan yang bermutu.
Lebih banyak toksin dalam sistem tubuh, lebih banyak lagi detoksifikasi atau krisis penyembuhan yang akan berlaku. Ia adalah proses pembersihan dan detoksifikasi sementara yang boleh berlaku secara sedikit atau banyak. Anda akan berasa tidak sihat dan anda akan membuat andaian bahawa rawatan tersebut tidak berjaya. Sebaliknya, apa yang anda hadapi menunjukkan bahawa rawatan tersebut sedang bekerja dalam tubuh dan tubuh anda sedang menjalani pembersihan dari kotoran, toksin dan ketidakseimbangan. 

MENGAPA BERLAKUNYA KRISIS PENYEMBUHAN?



Salah satu sebab mengapa berlakunya krisis penyembuhan ialah apabila anda cuba menjalani cara hidup yang lebih sihat. Sebagai contoh : 
  • sebelum ini anda makan makanan yang tidak mengikut piramid makanan yang betul, banyak makan makanan segera dsb. Apabila anda cuba pemakanan yang lebih sihat seperti banyakkan makan sayuran dan buah buahan, anda akan mengalami krisis penyembuhan.
  • sebelum ini anda tidak pernah berjogging atau membuat senaman ringan. Apabila anda mula bersenam, mesti keesokkan harinya anda akan berasa sengal2 badan. Betul tak? Itu juga adalah krisis penyembuhan.
  • sebelum ini anda selalu amalkan ubat setiap kali kena demam, sakit kepala dan senggugut. Apabila anda amalkan supplement semulajadi (sebagai contoh Shaklee) seperti B Complex untuk sakit kepala, vitamin C untuk kurangkan kepanasan dan selsema serta GLA complex untuk senggugut anda, anda akan mengalami krisis penyembuhan kerana bahan-bahan supplement tersebut adalah daripada bahan semulajadi yang mula bertindak balas terhadap sel tubuh anda.

ADAKAH SAYA AKAN MENGALAMI KRISIS PENYEMBUHAN SETELAH MENGAMBIL SUPPLEMENT SHAKLEE?


Kebanyakan dari mereka yang mengamalkan supplement Shaklee akan mengalaminya terutama bagi mereka yang tidak menjaga pemakanan harian serta tidak pernah mengamalkan pengambilan suplemen semulajadi. Ini menunjukkan supplementvitamin ini sedang menunjukkan tidakbalas terhadap sel dalam tubuh. Jangka masa krisis ini juga bergantung kepada individu. Ada yang hanya mengalaminya dalam masa 3-4 hari. Ada yang berminggu dan ada yang lebih dari sebulan. Ini kerana tahap toksin dalam tubuh badan manusia adalah berbeza mengikut individu. Disini saya ingin tekankan bahawa pentingnya anda berhubung dengan SID anda jika anda mengalami krisis penyembuhan.


BAGAIMANA CARANYA UNTUK MENGHADAPI SITUASI INI?

#1 Banyakkan minum air kosong
Organ dalam tubuh kita terdiri daripada sel-sel. Sel memerlukan air untuk berfungsi. Untuk supplement anda diserap dengan sempurna oleh sel, anda perlukan air. Tahukah anda berapa banyak sel ada dalam tubuh anda? Oleh sebab itu, anda perlu membekalkan air yang mencukupi untuk sel dan organ dalam tubuh berfungsi dengan sempurna. Selain itu, air kosong juga berfungsi untuk melancarkan pengeluaran toksin dalam tubuh. 

CADANGAN : Setiap 25kg berat anda, anda perlukan 1 liter air. Jika berat anda 70kg, anda memerlukan 3 liter air setiap hari. 

#2 Perbanyakkan pengambilan buah-buahan serta sayuran 
Selain air kosong, anda juga boleh mendapat bekalan air dari buah buahan serta sayuran. Selain itu, ianya juga dapat membekalkan serat supaya toksin lebih mudah dikeluarkan melalui najis anda. 

#3 Cuba amalkan pemakanan yang lebih sihat
Kurangkan perasa, garam dan gula dalam pemakanan anda. Cuba kurangkan panggunaan kosmetik/skincare yang mempunyai bahan kimia. Bahan kimia dalam kosmetik atau skincare akan mengakibatkan toksin semakin bertambah dalam badan dan menyebabkan krisis berlaku dalam masa yang lebih lama. 

Bagi anda yang baru pertama kali mengamalkan supplement semulajadi ini, saya nasihatkan anda mengambil dalam kuantiti yang sedikit. Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan/healing crisis.Jangan terus berhenti daripada mengambil suplemen tersebut, tetapi teruskan seperti biasa dan ia akan beransur-ansur pulih. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan Shaklee. Malah ia adalah petanda yang bagus dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja.



PANDUAN RINGKAS BAGI YANG MENGALAMI KRISIS PENYEMBUHAN




Selepas ini anda tak perlu takut / bimbang lagi dan teruskan pengambilan seperti biasa. Selagi mana kita memahami bahawa krisis penyembuhan adalah simptom pemulihan, InsyaAllah kita akan mudah melalui fasa ini!

Cantik di luar, sihat di dalam!
Anda sabar, anda positif, SIHAT DAN CANTIK milik anda!

Get Shaklee Today!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

SUMBER : Sini dan Sini

Friday, May 15, 2015

KE UNIVERSITI SHAKLEE KITA!

Rasa beruntung sangat menjadi sebahagian daripada keluarga besar Shaklee Malaysia. Budaya ukhuwwah dan ilmu sememangnya menjadi amalan kami. Even pihak pengurusan juga sentiasa memberikan ruang dan peluang untuk semua Shaklee Independent Distributors di bawahnya.

Tahukah anda, mulai Mei 2015, Shaklee sekali lagi memecahkan tradisi dengan melancarkan program YES. YES merupakan akronim bagi Young Enterpreneur System, terbuka kepada semua ahli baru dalam perniagaan Shaklee yang ingin dibimbing mencapai pangkat tertinggi (Master Coordinator) dalam tempoh 13 bulan. Selain itu, program ini merupakan sebahagian daripada agenda CRS (Corporate Social Responsibility) pihak Shaklee Malaysia bagi membantu ramai warga Malaysia yang jobless / mencari sumber kewangan tambahan dan membuka mata mereka untuk menikmati pelbagai peluang yang Shaklee tawarkan.

Untuk SID sedia ada, program ni bersifat serampang dua mata dengan membantu memperkasakan empayar melalui TIGA KUNCI UTAMA iaitu,


Terdapat 5 insentif yang ditawarkan kepada newcomers dalam program YES ni:


Nak senang nampak, inilah peluang yang Shaklee tawarkan. Rugi sangat kalau pandang saja tapi tak bertindak!


Bagi yang berminat, apa yang patut anda lakukan?

1. Tentulah daftar sebagai ahli dulu. Anda boleh pilih sama ada mendaftar dengan yuran atau PERCUMA!. Kalau saya, tentulah saya pilih yang PERCUMA sebab bisnes Shaklee ni mudah, boleh mula dengan RM0, tapi boleh menghasilkan pendapatan yang infiniti!. Jangan tak percaya!.

Bestnya bulan ini, bagi sesiapa yang mendaftar ahli (lifetime membership), Shaklee bermurah hati menghadiahkan anda sebotol Vitalea multivitamin berhara RM94.00, sempena ulangtahun Vitalea ke-100 tahun ini. Untung sangattt!


2. Lepas tu, bermulalah perjalanan anda sebagai SID. Follow and duplicate your leader, buat lebih baik. InsyaAllah upline yang baik akan tunjukkan jalan kerana anda perlu mencapai rank Supervisor selewat-lewatnya 6 bulan daripada bulan anda mendaftar, dan perlu naik pangkat setiap bulan selepas itu atau sekurang-kurangnya mencapai tahap pengekalan efektif.

Apa jadi kalau tak capai? >> Anda dah tak layak meneruskan cabaran YES, tapi anda boleh meneruskan bisnes anda macam SID yang lain. Alaa...rugilah...

3. Jika anda berjaya meneruskan cabaran, pelbagai insentif yang anda akan terima seperti insentif mendaftar ahli-ahli baru, insentif naik pangkat, insentif wang apabila mencapai syarat kelayakan yang ditentukan (matching bonus) dan pakej suplemen YES pada harga yang kebabooom!. Ini adalah rare dalam Shaklee. Sebab tu saya kata rugi kalau tak rebut semua peluang ni!

4. Selain insentif wang berkepuk-kepuk yang ditawarkan, Shaklee juga menyokong SID  baru yang berjuang dalam program YES ini dengan mengadakan kelas-kelas latihan khas dengan yuran penyertaan yang tidak masuk dek akal berbanding ilmu yang dicurahkan, trainer yang hebat dan juga sijil yang diperolehi.


5. Bagi yang berjaya di akhir perjuangan 13 bulan dengan mencapai pangkat Master Coordinator dengan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditentukan, inilah yang anda akan dapat:



Best kan!...Berkepuk-kepuk!!!

Jadi apa lagi?...Anda sukakan cabaran hebat ini? Jom sertai keluarga besar kami. Kita sama-sama masuk Universiti Shaklee :-)


Get Shaklee Today!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

KEPALA AWAK GATAL TAK?

Hai, nasib la. Baru lepas demam campak, anak-anak syurga batch bawah diserang kutu pula. Ni mesti bawa balik dari tadika la ni. Mentang-mentanglah Basic H dah kembali kan. Apa pun, Alhamdulillah. Hadirnya kutu bawa rahmat. Hadirnya kutu menyebabkan saya dapat luangkan lebih masa membelai kepala, menyisir dan meraut rambut mereka dengan penuh kasih sayang. Puas hati dapat picit kutu dan telur-telurnya tu.



Google juga untuk cari maklumat tentang kutu ni. Jom la baca;

KUTU KEPALA?
Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup di bahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari. Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.


Kitar hidup kutu

Tanda-tanda ada kutu di kepala macam ni ya...
  • Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
  • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
  • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil.Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.
So cute :-)

Bagaimana kutu boleh merebak?
Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :
  • Sikat rambut.
  • Perhiasan rambut.
  • Tuala.
  • Topi.
  • Tudung kepala.
Kalau ada kutu, apa nak buat ya?
  • Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
  • Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
  • Basuh cadar dsb dengan air panas.
  • Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
  • Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.
Euwwww!!!

Ada ubat membunuh kutu ni tak?
  • Crotamiton
  • Benzene hexachloride
  • Malathion
Tapi dulu, mak saya lumur satu kepala dengan nila ja kot. Tapi kan, boleh juga buat macam ni >>


Legend nila ni...
  • Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
  • Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut. Buangkan semua kutu dan telurnya.
  • Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.
Untuk ibu moden ni, jangan risau ya. Basic H, larutan serbaguna ni dapat membantu tau. Saya dah guna untuk diri sendiri. Jika ada ahli keluarga kita yang diserang kutu, boleh buat macam ni >>


  • Basahkan rambut dengan air yang telah di masukkan 6,7 titik basic H..
  • Balut rambut anak anda dengan kain lampin biasa dibuat atau tuala, biarkan semalaman. Maknanya tidur dengan kain berbalut di kepala.
  • Sesuai dibuat pada hari minggu tau, lepas tu, bilaslah dengan air bersih.HASILNYA nanti..kutu akan mati termasuk telur yang masih belum menetas, InsyaAllah dengan izin Allah. Guna atas risiko sendiri.
Testimoni Basic H untuk membunuh kutu kepala;



Jom Shaklee!


Get Shaklee Today!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Sumber : WIKIPEDIA

Sunday, May 10, 2015

LELAH KERJA, DUDUK SEKEJAP, RENUNGKAN SEJENAK...


Lama tak datang sini. Laptop baru saja keluar wad. Dia pun tau penat, hehe. Apapun, just nak share satu peringatan / renungan / kata-kata nasihat yang berkali-kali lalu lalang depan mata apabila melayari Internet ni. Maaf, saya tak tahu sumber asal dari mana, tapi didoakan semoga penulisnya diberkati Allah dan murah rezeki hendaknya....


Jom kita fikirkan...

Kalau kita bergaduh dengan pelanggan 
Walaupun kita menang,
Pelanggan kita tetap akan lari,
.
.
Kalau kita bergaduh dgn rakan sekerja
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat 1 kumpulan,
.
.
Kalau kita bergaduh dengan majikan
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu
.
.
Kalau kita bergaduh dengan keluarga
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang,
.
.
Kalau kita bergaduh dengan guru
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu 
Dan kemesraan itu akan hilang,
.
.
Kalau kita bergaduh dengan kawan
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan
.
.
Kalau kita bergaduh dgn pasangan
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan
.
.
Kalau kita bergaduh dgn sesiapa pun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap akan KALAH🙆.
.
.
Oleh itu, salah satu sifat yang mesti diwujudkan dalam kehidupan seharian ialah saling menghargai kepada sesama manusia dengan berlaku sopan, tawadhu, tasamuh, muru’ah (menjaga harga diri), pemaaf, menepati janji dan berlaku 'adil' , Insha Allah hidup kita akan sentiasa dirahmati dan diberkati olehNYa.

Saturday, May 2, 2015

CEPATLAH ESOK...MELALUI SAAT KELAHIRAN SI MANJA

Memang tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah. Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Bahkan bagi seorang ibu, pengalaman melahirkan setiap anak juga tidak serupa. 
Kesakitan ketika melahirkan anak menyebabkan ada sesetengah wanita serik untuk hamil lagi. Sebenarnya ada pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Antaranya kaedah teknik pernafasan (dikenal juga sebagai Lamaze) untuk melegakan ketegangan otot pelvis, suntikan ubat-ubatan, sedutan gas Entonox dan juga kaedah epidural.
Kaedah teknik pernafasan (kaedah Lamaze) merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang dilakukan kebanyakan ibu ketika mengandung seperti diajar dalam kelas antenatal. Lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini. Kesakitan bersalin juga disebabkan ketegangan pada otot pelvis dan kaedah ini membolehkan otot pelvis menjadi tidak tegang dan seterusnya dapat mengurangkan kesakitan. Sebahagian wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan ia lebih bersifat semula jadi.

SUNTIKAN 
Ubat-ubatan suntikan ubat opiod iaitu yang sama kumpulan dengan morfin atau pethidin diberi ketika sakit bersalin untuk menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan seseorang ibu merasa khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidot iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan. 
Pethidine adalah ubat narkotik, dikawal, yang diperkenalkan pada tahun 1939. Ia paling biasa diberi intramuscularly melalui suntikan ke paha dan punggung, dan ia boleh juga diberikan intravenously. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit untuk berkesan dan bertahan selama 2-4 jam. Ia boleh re-administered, tetapi kerana oleh kerana ia boleh menjejaskan bayi, anda harus berhati-hati setelah diulang dos.
Ramai bakal ibu melaporkan bahawa walaupun pethidine membantu mereka berehat, dengan menjadikan mereka mengantuk, namun ia tidak semestinya melegakan kesakitan. Walau bagaimanapun, kerana ia boleh mengubah mood, ia kadang-kadang berkesan untuk berfungsi dengan baik dengan membolehkan si ibu berehat daripada merasai kesakitan semasa proses kontraksi berlangsung. Dos yang berbeza akan diberikan bergantung kepada berat badan, tahap kesakitan dan darjah ketidakselesaan. Sesetengah wanita lebih suka mempunyai ‘separuh dos’, jadi mereka tidak rasa terlalu mengantuk. 
Dos yang biasa ialah 50-100mg, atau hanya 1-2ml. Ramai wanita mendapati suntikan ini lebih berkesan pada kontraksi peringkat awal sahaja, dan akan perlahan-lahan kurang keberkesanan selepas satu tempoh. Namun, rasa mengantuk masih lagi menguasai si ibu. Apapun, bagi sesetengah wanita yang mempunyai tempoh kesakitan yang panjang, walaupun sudah menggunakan kaedah seperti teknik pernafasan dan berendam dalam mandian yang suam, akhirnya, mungkin kaedah suntikan pethidine ini sangat berguna untuk memberi mereka keselesaan sepanjang melalui temph yang mendebarkan ini. Pethidine boleh diberi oleh jururawat atau bidan, oleh itu ia dapat disediakan dengan cepat, tidak seperti suntikan Epidural yang perlu dibuat oleh pakar bius. 

ENTONOX
Sedutan gas Entonox (campuran gas oksigen dan nitrus oksida) memberi kesan sama, iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin.

Entonox, yang selalunya dipanggil "gas and air", ialah gas yang terdiri daripada 50 peratus oksigen dan 50 peratus nitrus oksida. Kebanyakan hospital mengepamnya ke semua bilik bersalin dari satu bekalan pusat, jadi ia tersedia jika anda mahukannya. Gas ini tidak berwarna dan tidak berbau, dan hospital menggunakan "sistem mengaut sisa" bagi memastikan bahawa sebarang gas yang terlepas dalam bilik bersalin akan dikeluarkan dari atmosfera.
Anda boleh mendapatkan "gas and air" bila-bila masa sahaja semasa anda melalui proses kelahiran. Cuma letakkan pelekap mulut di antara bibir atau gigi, dan bernafaslah dengan dalam tanpa putus-putus. Ini akan menjalankan injap dua hala yang melepaskan Entonox untuk anda sedut dan mengambil pula karbon dioksida yang anda hembus keluar. Teruslah bernafas secara dalam sehingga anda mula berasa pening dan khayal sedikit. Tangan anda akan terlepas dari muka anda dan anda akan berhenti bernafas dengan Entonox. Beberapa saat kemudian, anda akan kembali normal.

Kebaikan Entonox ialah

  • Mudah digunakan.
  • Anda mengawalnya.
  • Tidak tersimpan dalam sistem anda.
  • Mengurangkan kesakitan kontraksi.
  • Mengandungi oksigen yang bermanfaat untuk bayi anda.

Walau bagaimanapun, antara keburukannya ialah
  • Ubat yang menghilangkan kesakitan secara sederhana.
  • Mungkin akan membuatkan anda rasa loya.
  • Mengeringkan mulut anda.

Apa yang perlu dilakukan apabila menggunakan Entonox ialah, anda perlu
  • Mulalah bernafas dengan Entonox sebaik sahaja anda merasakan kontraksi bermula. Ini mengambil sekurang-kurangnya 20 saat untuk gas itu berkumpul dalam aliran darah anda untuk mencapai tahap yang boleh melegakan sakit sedikit dan 45-50 saat sebelum ia mencapai keberkesanannya yang terbaik. Jika anda tunggu sehingga kontraksi terlalu sakit, baru mula bernafas menggunakan Entonox, kesannya terdapat antara kontraksi!
  • Jika anda diberikan Entonox melalui topeng muka getah dan getah menjadikan anda loya, mintalah pelekap mulut. Agak mudah untuk menggantikan topeng dengan pelekap mulut.
  • Hirup air dengan banyak di antara kontraksi untuk memastikan mulut anda tidak kering.
  • Apabila anda menolak bayi anda pada peringkat kedua pelahiran, ingatlah bahawa selalunya wanita mendapati lebih mudah untuk fokus tanpa menggunakan Entonox pada masa ini walaupun sesetengah wanita suka menggunakan sedikit pada permulaan setiap kontraksi. Tetapi selepas menyedut, letaklah pelekap mulut di tepi dan TOLAK!
  • Jangan berasa kecewa jika Entonox tidak cukup untuk membantu anda menangani kontraksi. Cubalah cara yang lain. Menggunakan Entonox tidak menghalang anda dari mengambil sebarang ubat lain untuk melegakan kesakitan.
  • Entonox boleh didapati di semua hospital yang mempunyai wad bersalin tetapi periksa dahulu sekiranya hospital tempat anda melahirkan itu bukan sebuah hospital yang besar.

SUNTIKAN EPIDURAL
Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak.


Suntikan epidural ini mempunyai kebaikan seperti dapat menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran, tidak memberi kesan mengantuk pada ibu, memberi bius untuk kelahiran secara forceps atau vakum, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat bius jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean. Ia juga menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang.
Kebanyakan wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan kesakitan. Hampir semua yang pernah diberi suntikan epidural ingin melakukannya sekali lagi pada masa depan. Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang. Saya sendiri pernah berpeluang menjalani kaedah epidural semasa bersalin anak kedua hingga keempat. Ia pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan semasa menjalani proses kelahiran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun akhirnya terpaksa ditolak ke dewan bedah kerana mengalami beberapa masalah kecemasan.
Dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang seseorang.
Kesan sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing) buat sementara waktu. Biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini.
********************************************************************************************************
Selain kaedah perubatan di atas, jangan risau, masih ada lagi cara menenangkan perasaan yang lain yang boleh kita lakukan.

Pertama : Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kepada yang beragama islam. Selawat pun boleh. Tapi yang lebih baik baca doa yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika dalam perut ikan paus.


 Ù„ا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ 

      Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Doa ini juga boleh dibaca ketika dalam kesusahan.

Kedua : Sabar dan bersandarlah pada sesuatu benda contohnya bantal yang agak tebal atau kerusi berkusyen.

Ketiga : Apabila datang rasa sakit (kontraksi) tu, tarik nafas dalam2 pastu hembus. Ulang banyak kali sehingga rasa sakit itu hilang. Mengikut pengalaman saya, tips ni mmg sangat-sangat berguna dan akan mengurangkan sedikit rasa sakit semasa kontraksi nak bersalin tu. Yang ajarkan saya tips ni adalah ketua jururawat (sister) ketika saya berada dalam labour room.

Keempat : Bagi yang beragama Islam, ingatlah sakit sewaktu hendak melahirkan anak (start dari kontraksi) sampailah sesudah bersalin, malaikat akan mencatatkan pahala jihad kepadanya. Dan jika dia meninggal ketika sedang melahirkan anak, maka dia akan mati syahid. Bukan tu saja, apabila selepas bersalin dia juga bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan. Maksudnya dosa-dosanya dah dihapuskan oleh Allah. Subhanallah.. besarnya ganjaran orang yang melahirkan anak ni kan?

Kelima : Walaupun rasa sakit dah datang, tapi tak masuk labour room lagi, bakal-bakal ibu atau ibu digalakkan minum air milo / telur separuh masak untuk mendapatkan tenaga ketika meneran nanti. Memanglah kalau waktu sakit tu tak mampu dah nak makan / minum apa-apa, tapi curi-curilah makan semasa kontraksi tu hilang sekejap. Waktu nak meneran nanti waktu yang paling penting. Kalau tak cukup tenaga nak teran nanti kesian kat baby. Hmm, Milo ok tapi telur separuh masakkkk >>>NO :-)

Keenam : Jika anda berada di dalam labour room dan ditemani oleh suami anda, anda bolehlah suruh dia tolong urutkan kaki anda. Ketika itu kaki akan terasa sangat-sangat lenguh. JANGAN urut dibahagian perut atau pinggang anda kerana ia akan menambahkan lagi rasa sakit / kontraksi itu.

Macam mana? Takut nak bersalin?...jangan begitu, setiap wanita telah diciptakan tubuhnya untuk menghadapi proses dan kesakitan bersalin. Yang penting, kawal minda anda dan nikmati saat-saat indah tersebut. Semoga susunan maklumat dan tips ini bermanfaat kepada semua untuk menghadapi saat-saat mendebarkan ini. OK!

Get Shaklee Today!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad