Tuesday, September 27, 2016

ADA TIPS NAK HANDLE ANAK TANTRUM TAK?

Pernah tak anak anda nangis berguling-guling, menjerit-jerit di shopping mall?
Rasa macam mana?
Nak biarkan?. Nanti anak lagi la buat aksi-aksi yang memalukan!
Nak ikutkan?. Nanti orang kata asyik turutkan anak ja, tu yang jadi melampau!


Habis, apa nak buat?

Jomlah, kita baca apa yang seorang ayah muda, En. Mohd. Fadhli Mohd. Fauzi kongsikan tentang tantrum ni.
.
.




"Masuk sebuah mall, ternampak seorang adik yang berusia dalam 4 tahun, menangis gila kuat sebab nak "Kinder Joy" yang ada permainan dalam tu, harga dalam RM 5.30 tu dan..... ayahnya tampar budak tu, tarikh telinga dan cakap "tak faham bahasa ke kau, dengan muka berang!" Apa korang akan buat kalau korang sendiri yang jadi ayah budak tu tanpa belikan Kinder Joy tersebut?"

"NAMPAK ANAK ORANG MENANGIS NAK MAINAN TAPI MAK BAPAK TAKNAK BELIKAN, KITA PUN KESIAN DAN BELIKAN."

Temper Tantrum. Itulah istilah yang digunapakai bagi menggambarkan kanak-kanak yang menangis berguling-guling kerana tak dapat apa yang diinginkan.

Kanak-kanak berusia sehingga 4 tahun belum pandai untuk mengawal diri sehingga boleh lupa diri.

Apa yang menyebabkan mereka tantrum? 
TAK DAPAT APA YANG MEREKA MAHU!

• 1 - 2 tahun biasanya berpunca daripada tidak dapat apa yang mereka perlu contohnya susu dan tukar pampers sebab melekit namun belum ada kemahiran berbahasa, maka ibubapa perlu faham pattern tantrum mereka. Nampak anak kecil menangis walaupun bukan anak kita, mesti kita akan kata "dia nak susu kot" atau "pampers dia penuh tu rasanya".

• 3 - 4 tahun biasanya mahu autonomi dan sudah tahu berkata-kata, serta lebih pandai untuk mahu sesuatu yang lebih. Ini selalu jadi di pasaraya. Mereka menjerit dan menangis mahukan mainan mereka, dan kadang2 menggamit simpati orang lain dan mereka belikan.

Niat baik tapi caranya salah!!!

  • Itu anak orang, bukan anak kita. Mungkin ibubapa mereka sedang mendidik anak mereka. 
  • Jika nak belikan pun, minta izin ibubapa anak itu dahulu namun perlulah secara tersembunyi dan jangan terang-terangan bagi menjaga air muka mereka. 
  • Jika anak itu benar-benar keadaan daif, kelaparan, atau memang ibubapa nak belikan tapi tak mampu, lihat semula poin nombor 2 di atas. 
  • Jika anak itu disyaki child abuse, laporkan kepada pihak berkuasa

Menangani Tantrum
  • Biarkan - Ketika ini emosi anak anda menguasai diri sehingga tidak mampu membuat pertimbangan yang betul. Saat ini memberi penjelasan tidak akan berkesan kerana frontal cortex otak mereka telah dikawal oleh emosi. Apa-apa yang ibubapa buat atau cuba biasanya akan menyebabkan keadaan jadi lebih teruk! 
  • Analogi - sama seperti sedang lemas dalam air. Masa ini nak ajar orang itu berenang pasti tak jadi punyalah! Terjun dan berada berhampiran orang itu tapi jangan terus paut kerana anda mungkin akan ditarik oleh mereka sekuat hati hingga anda pun turut lemas sekali. Apabila orang lemas itu lemah sedikit barulah paut dan tarik ke tepi. 
  • Mereka menangis dan berguling semahu-mahunya hingga menarik perhatian orang lain. Ibubapa yang hati basah mesti rasa malu dipandang sebegitu. Jangan malu mak bapak sekalian. Biarkan sahaja anak anda begitu dan gerak jauh sedikit. Mereka akan tenang selepas beberapa ketika.
  • Beri ruang - Beri ruang untuk mereka melalak dan meluahkan emosi, dan tak perlu bertegang urat dengan mereka saat itu; samalah macam anda yang menangis masa kena rejek. Huhuhu... 
  • Tarik perhatian ke arah lain - Ada ibu bapa yang bawa buku, toys dari rumah untuk distract anak mereka ketika tantrum di pasaraya. Boleh juga tunjuk ke arah lain contohnya burung di awanan atau ikan dalam akuarium berdekatan (kalau ada). Taktik ini berkesan semasa tantrum baru sahaja mahu bermula. Jadi, kesan awal! 
  • Jangan pukul - Waktu tantrum ini kalau dipukul walaupun pukulan manja, tangisan mereka akan jadi lebih teruk dan sangat teruk, hingga lebih banyak mata akan memerhati. Yang dapat nama buruk tentunya ibubapa. Dan masa inilah ramai akan cuba beli dan beri percuma. Tak malu ke? 
  • Peluk - Sambil membiarkan mereka dengan tantrum, peluk juga mereka hingga mereka tenang. Ingat, jangan cakap apa-apa waktu itu. Lihat semula poin nombor 1. Peluk sahaja dengan erat. 
  • Insentif - Anak dah tenang? Bagus! Beri mereka insentif lain yang lebih bermanfaat. Beli aiskrim kongsi bertiga pun best juga. 
  • Penjelasan - Selepas anak dah tenang, sambil makan aiskrim (contoh), terangkan kepada mereka kenapa anda tak penuhi kehendak mereka. Apa yang biasa saya buat ialah :

"Faqih, mainan tu mahal sangat. Kalau abah beli nanti abah takde duit nak bawa Faqih jalan-jalan selalu"

"Faqih, rumah kita kan banyak mainan dah. Nanti rumah tak muat. Terpaksa buang semua otomen Faqih."

"Gula-gula tak elok untuk gigi tau. Kawan-kawan Faqih semua gigi dah hilang kan. Qiqih nak ke camtu?"

DAN IA BERKESAN!  

Setiap kali lalu tempat mainan, Faqih sendiri akan cakap :

"Takyah belilah mainan lagi. Mahal sangat. Kat umah pun ada mainan."

"Taknak beli gula-gula. Nanti gigi hilang."

Tapi, beri penjelasan yang betul dan jangan tipu mereka. Apa yang anda ajar akan melekat dalam otak mereka hingga bila-bila.

Lagi tips;
  • Jenaka - Kalau anak anda masih tantrum, selain daripada membiarkan, boleh juga buat jenaka yang minima. Kenapa? Kerana orang sekeliling akan tengok apa reaksi anda menghadapi tantrum ini. Lost temper? Orang pandang. Anda pukul anak pun orang pandang. Kalau nasib tak baik ada orang rakam dan upload di facebook. Tak pasal-pasal je. Hehe. 
  • Keluar - Masih tantrum? Angkat anak dan bawa masuk kereta balik rumah terus! ... dan buat step 1 - 8 di rumah pula. Hehe.
Kalau ibu ayah stress dengan anak tantrum?
Apa lagi, telan B-Complex ok! 

puterikuhumaira.blogspot.com

Semoga bermanfaat!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, September 17, 2016

BOMKAN BATU KARANG ANDA!

Korang yang consume Vivix tu, consume betul-betul tau. Baru berbaloi dengan harga yang korang bayar!

Meh nak share kat Vivix Lover info yang amat berguna daripada PM Dr Andrew Pang kepada kawan saya, Nina.

Kata Nina, rupa-rupanya masam manis VIVIX tu yang menjadikan VIVIX sebagai POWERFUL BOMB untuk pecahkan segala gallbladder stone dalam hati kita ni menjadi hancur & berpasir... sbb tu la tadi x jumpa batu pun... hihihi...



Dr. Andrew bagitau Nina,
"Kesan detox oleh Vivix bukan sahaja di usus manusia, tapi vivix activekan mitochondria cell di hati, menyebabkan hati kita berfungsi sebagai mesin mencuci darah dan menapis keluar semua bahan kimia, ubat, toxin dibuang ke biliary tract (gall bladder). Ada yang macam guli, tapi kebanyakan sudah jadi serbuk, pasir yang kebanyakannya kekuning-kuningan, berminyak, kehijauan dan lain-lain. Kalau warna hitam adalah heavy metal, racun, chemical additive, preservative... you akan mengalami pengeluaran najis yang berbeza beza warna, bau, bentuk setiap hari"
 

Apa-apapun thanks PM Dr. Andrew dan Nina sudi kongsi info yg sgt berguna & semoga memberi manfaat kepada semua orang... :D

PERINGATAN : Semewah2 KEKAYAAN adalah KESIHATAN, maka HARGAINYA...

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Friday, September 16, 2016

BAGAIMANA KULIT MUKA ANDA?

Kulit muka kita ni berbeza-beza antara satu sama lain. Jadi sebelum nak pastikan mana tahu skincare yang sesuai, kena kenal kulit muka sendiri dulu ya!

So ini cara mudah nak kenalpasti jenis kulit muka sendiri. Tips ni dari MLC tau :-)

1) Basuh muka bersih-bersih
2) Tunggu 2 jam. Jangan pakai apa-apa kat muka tu
3) Lepas 2 jam tengok balik kat cermin
  • Kulit kering - Kulit terasa tegang, kering & mungkin mengelupas. Kulit juga kurang elastik. Ada banyak garis-garis penuaan.
  • Kulit berminyak - Kulit muka shining. Kalau pegang ada rasa minyak sikit. Pori-pori besar.
  • Kulit kombinasi - Kawasan T Zone berminyak (dahi + hidung + dagu). Kawasan lain kering.
  • Kulit normal - Tiada minyak & mengelupas. Kulit muka lembut je. Untung la, kan :-).
  • Kulit sensitif - Kulit kemerahan & gatal
 http://www.gogaspa.com/about-skin-type/

Bagaimanapun kulit kita, Shaklee menyediakan set-set penjagaan kulit ini untuk kita amalkan.

SET PENJAGAAN KULIT ENFUSELLE
 
  •  Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.
  • Masalah kulit berminyak atau kering.
  • Masalah jerawat.
  • Membantu memperbaiki / mengurangkan masalah kulit.
 SET PENJAGAAN KULIT NUTRIWHITE 

  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang normal.
  • Kulit kering, hanya berminyak di zon T.
  • Muka berminyak.
  • Tiada masalah jerawat.
  • Membantu menyerikan kulit.
 
Apa kata pengguna Enfuselle dan Nutriwhite ni?
 






  
Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
 

Thursday, September 15, 2016

ANAK KENA JAUNDIS?


Jangan main taram ja tau!


Sebagai ibu, ambillah tahu apa itu jaundis terutama kepada bayi baru lahir sebab itulah yang selalu kita ibu-ibu hadapi, kan. Macam saya, bila darah saya O, semua anak merasai sorang sikit pengalaman ini :-)

Ok. Sekarang, kita tengah cerita pasal kuning / jaundis / neonatal jaundice (jaundice for the first month of life / NNJ).

Jaundis ini terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan. 
Tau ke apa tu bilirubin?
Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. 
 
Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus).
Adakah jaundis biasa dihidapi oleh bayi baru lahir?
  • 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu.
  • 80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran. 
Bahaya tak jaundis ni? 
Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.  
Jangan ambil ringan ye mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus. 






Macam mana nak tahu bayi kena jaundis?
Ok. Nak tahu bayi kita kena jaundis ke tak adalah apabila kita perasan kulit anak nampak kekuning-kuningan, terutamanya di bahagian abdomen atau kaki . Jika bayi berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan full term, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan pra matang.

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, bermaksud kena bawa lah bayi ke klinik untuk pengesahan, sebab menunjukkan tanda-tanda ada jaundis!.

Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah. Tapi jika bayi berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat. 


Ingat ya, jaundis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Boleh rujuk doktor sekiranya terdapat sebarang keraguan.

Ibu-ibu, plz take note perkara ni!


1) Kalau makan badam (almonds), ada risiko tinggi anak akan develop alahan. Almonds ni lagi tinggi kebarangkalian nak develop allergy berbanding kacang. So, ibu kalau boleh elakkan. Petua itu adalah untuk orang dewasa bukan bayi apetah lagi yang baru lahir. Goat's milk tak ada conclusive bukti ianya dapat membantu.


2) Kuning ni akan akan turun dengan SENDIRI. Bila anda kena risau?


  • Kuning dalam 24 jam pertama selepas lahir.
  • Kuning bila anda ada risiko-risiko tertentu (sepsis, penyakit hemolisis darah dan sebagainya).
  • Paras turun dengan perlahan sangat dan enzyme ALP naik hampir 100% kali ganda. Indicative of obstructive jaundice.
  • Paras tinggi berdasarkan hari kelahiran. Setiap 24 jam berikutnya ada paras-paras yang perlu kita lakukan sesuatu.
* Sentiasa rujuk doktor yang merawat anak anda!

3) Jangan risau. Kalau anda tidak melahirkan secara home birth dan melahirkan anak di hospital, semua ini akan dipantau oleh ahli perubatan.


4) Kalau dah balik rumah pun, paras akan dipantau oleh lawatan ke rumah pada hari ke 2, 4, 6, 8, 10 dan 12 sekiranya anda tidak dapat pergi ke pusat rawatan untuk pemeriksaan. Kalau paras tinggi akan ada intervention. Kalau paras menunjukkan trend yang menurun dua kali berturut-turut maka InsyaAllah tiada masalah.


5) Intervention yang boleh dilakukan pula adalah kaedah fototerapi (guna lampu biru tu) dan exchange transfusion. Paras yang yang memerlukan perkara tersebut adalah berdasarkan berapa umur bayi selepas kelahiran (48 jam ke, 72 jam ke dan sebagainya).

6) Jangan bancuh susu anak anda dengan benda mengarut. Herba-herba lain boleh menyebabkan kuning naik lagi sebab hati masih tidak berfungsi sepenuhnya (liver immaturity) untuk memproses herba-herba tersebut.


7) Breastfeeding jaundice - berlaku kerana ibu HANYA beri anak susu ibu sahaja. Majoriti bayi yang dapat masalah ini adalah kerana susu tersebut TIDAK CUKUP, maka bayi jadi dehydrated. Masalah ini sering berlaku kepada anak pertama / primigravida disebabkan ibu tiada pengalaman dan ilmu penyusuan yang cukup. Sebab itu, semasa fasa kehamilan lagi, eloklahkita menuntut ilmu daripada Pakar Laktasi berhampiran. Sebabnya, bila berlaku dehydration, badan tidak dapat excrete (buang) kuning (bilirubin) tersebut dengan baik. Boleh supplement ataupun kerapkan lagi menyusu. Keperluan bayi meningkat berdasarkan hari. Biasanya hari pertama perut bayi hanya boleh menampung 10ml sahaja tapi melonjak banyak untuk hari-hari berikutnya. Setiap 2-3 jam. Jangan tunggu bayi merengek. Kejut bayi kalau tidur ya!

8) Breastmilk jaundice - perkara ini boleh berlaku juga kerana exclusive breastmilk. Kerana sesetengah individu (Asians mostly), dalam susu itu mengandungi enzim yang boleh meleraikan ikatan antara Glucuronic Acid dengan bilirubin (kuning). Ikatan ini penting supaya kuning tersebut boleh jadi water soluble, drain melalui bile dan boleh keluar daripada badan melalui pembuangan najis dan air kencing. Bila ikatan ini pula tiada, kuning itu boleh berada jauh lebih lama dalam badan melalui enterohepatic circulation. Paras akan turun tapi ambil masa lama sikit atau jadi jauh lebih tinggi!


Tapi jangan risau. TERUSKAN MENYUSU DENGAN SUSU IBU. Tak perlu tukar kepada susu formula ok. Kalau paras itu berbahaya, kita boleh lakukan intervention. Tapi JANGAN RISAU, semasa dalam pemantauan doktor, AMATLAH digalakkan untuk sentiasa menyusu dengan susu ibu tersebut. Tiada masalah kerapkan dan teruskan beri yang terbaik untuk anak.

Ibu-ibu yang menyusu boleh ambil set menyusu Shaklee terutamanya ESP, bertujuan untuk menyediakan tubuh yang sihat dengan nutrisi yang cukup supaya badan bersedia untuk produce susu yang baik. Patuhi prinsip penyusuan supply and demand dan ESP boleh bantu anda boost pengeluaran susu, agar memenuhi keperluan si anak pada ketika itu. Pengambilan Alfalfa Complex dalam set penyusuan tu boleh ditangguhkan dulu sehingga anak anda kembali sihat, mungkin boleh dimulakan selepas anda selesai menjalani proses berpantang.




Rujukan Asal : 



Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
 

Saturday, September 3, 2016

KELULUSAN KKM UNTUK PRODUK SHAKLEE

Anda yang rajin google meneliti senarai produk Shaklee yang dapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, jangan terkejut tau kalau ada produk yang tiada dalam senarai.

Terdapat beberapa suplemen dari Shaklee yang tidak terdapat kelulusan KKM. Produk yang terlibat adalah


  • Energizing Soy Protein (ESP),
  • Perfomance Orange ( PD),
  • Cinch, Vivix (minuman botanical),
  • Advanced Joint Health Tablet (ekstrak jagung),
  • Shaklee Collagen Powder (sisik ikan merah laut dalam)

Produk-produk ini tidak disenaraikan kerana dikategorikan sebagai makanan. Makanan tak perlu kelulusan KKM sepertimana beras, susu & gula! Jadi bukan dibawah kawalan BPFK.


Semoga entry ini dapat memberi pencerahan kepada anda ya!. Jangan pening-pening fikir lagi. Yang penting anda yakin dengan produk, kaji segala mekanisme produk untuk meningkatkan kesihatan serta amalkan dengan gembira. Selebihnya kita bertawakkal kepada Allah kerana Dia yang Maha Berkuasa menyembuhkan. 

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Friday, September 2, 2016

MUSIM JEREBU KEMBALI TIBA!

Wah, tajuk macam raya kembali tiba ja, kan!. Itulah, sebagai penduduk negara yang dikelilingi negara lain, kita tak dapat lari daripada musibah ini, sama-sama kena hadapi akibat kecuaian pihak lain. Tambahan pula pada musim tiupan angin Monsun Barat Daya, tidak dapat tidak, angin yang bertiup dari Benua Australia ke benua Asia, melintasi Sumatera lalu membawa bersama-sama debu-debu tidak enak berserakan di udara!

Apapun, kitalah yang mesti bersedia melindungi diri dan keluarga kita dari segi penjagaan kesihatan. Semoga entry kali ni membantu dan memberi manfaat kepada semua!

Nasihat Semasa Jerebu:

1) Semua pihak dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.

2) Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

3) Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

4) Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

5) Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.

6) Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

7) Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.

8) Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

9) Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.

10) Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. 

11) Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

12) Orang ramai juga diminta untuk menyalakan lampu kenderaan semasa memandu apabila keadaan berjerebu dan jarak penglihatan berkurangan.

Sumber : DoE Malaysia

Dan, elok juga kita menyediakan perisai dalam bentuk suplemen yang akan bantu mengelakkan dehidrasi di samping meningkatkan fungsi sistem imun kita dengan lebih berkesan. Jadikan Performance Orange Shaklee, Nutriferon dan Sustained Released Vita C Plus sebagai teman baik anda pada musim jerebu ini!


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, September 1, 2016

PROMOSI SHAKLEE UNTUK SEPTEMBER 2016. HUBUNGI KAMI UNTUK PENGHANTARAN SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (ALOR SETAR, CHANGLUN, JITRA, BUKIT KAYU HITAM, UUM, SELURUH PERLIS)

Assalamualaikum. Salam September semua!

Seperti biasa, pada permulaan bulan saya akan update apa promosi hebat Shaklee bulan ini!

Promosi beli 4 pada harga 3;


Promosi beli 7 pada harga 6;



Promosi beli 2 dengan potongan 5%;



ESP dan Sustained Released Vita C Plus lover, anda yang inginkan kulit cantik berseri, anda yang perlukan immune booster yang hebat dan anda yang sukakan rasa vitamin yang sedap, apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad