Tuesday, December 23, 2014

Shaklee Collagen Powder : Persoalannya ~ Hang Sabaq Ke Dak???



Berkenan sungguh dengan poster Hafez. Oh ya, saya pun dah start makan SCP ni tau. Bila anak saya yang menyusu badan dah berumur 1 tahun 10 bulan, baru saya ambil SCP ni. Boleh saja ambil lebih awal tapi biasalah, saya fokus kepada set menyusu dulu.

Nak share lah tulisan rakan sideline saya Hafez Zahruddin tentang pengambilan SCP ni. Jom baca!


Cuba tengok carta ni berapa banyak bahagian di tubuh kita yang perlukan kolagen. Jadi bersabarlah bila makan Collagen Powder. Jangan sedih kalau muka tak nampak perubahan drastik selepas guna sekotak Collagen Powder. Kita tak nampak di luar, tapi dalam tubuh kita sebenarnya flawless dek penangan Collagen Powder.

Habis, kenapa saya makan kolagen dah 3 kotak tapi muka tak nampak muda pun?

Tahap kesihatan setiap orang berbeza. Ada yang banyak kandungan kolagen dalam badan. Ada yang kurang. Semua ni dipengaruhi oleh diet harian, tabiat merokok, alkohol, pendedahan terhadap matahari dan lain lain. Badan kita perlukan kolagen bukan saja untuk kulit tetapi juga untuk organ, tulang, dan rawan. Jika kolagen dalam badan anda kurang dan banyak yang musnah, sudah tentu supplemen kolagen anda diagih-agihkan ke seluruh badan, bukan semata mata di kulit. Oleh yang demikian, individu seperti ini memerlukan masa yang lebih untuk menonjolkan kesan positif kolagen terhadap kulit.

Sesiapa pun boleh ambil  SCP ni tau, tak kira lelaki atau wanita. Dan kesannya akan eksklusif kepada si pengguna. Jangan la banding-bandingkan sebab kondisi tubuh setiap orang tak sama. 

Apa kebaikan kepada cik abang jika beliau consume SCP secara konsisten?



Begitu juga kepada wanita;


Dan inilah dia mengapa kita perlu konsisten dalam pengambilan SCP supaya memperolehi hasil yang diinginkan. Jangan lupa jaga diet harian dan pastikan pengambilan air mencukupi ya!


Untuk melayari blog Hafez Zahruddin, klik saja http://hafezthegreat.blogspot.com/

Perlu Ke Saya Ambil Suplemen?

Pagi yang sejuk, sambil menaip minit-minit mesyuarat yang masih tertangguh, saya melayari laman sosial Facebook. Scroll newsfeed, mata saya terpaku kepada post Dr. Hana yang sememangnya menarik perhatian saya.

Jom lah baca apa yang saya kongsikan di sini.

******************************************************************************************************************
Ada yang bertanya saya tentang pengambilan supplemen, bagi saya mudah. 

Jika anda boleh mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dengan mencukupi daripada makanan harian anda, TIDAK PERLUlah ambil sebarang supplemen. Namun pada masa sekarang kebanyakan raw food yang kita ambil telah diubahsuai genetiknya (genetically modified food), jadi perlu hati-hati. 


Satu contoh, jika anda sudahpun mempunyai BMI yang ideal dan anda meminta supplemen untuk menurunkan berat badan, adakah saya akan syorkan? Tentulah tidak, kerana anda tidak perlu supplemen tersebut!


Tetapi bagi sebahagian golongan, tidak kira lelaki mahupun wanita yang berada dalam keadaan/kondisi tertentu, seperti:

1. Keperluan nutrien anda bertambah, contohnya mengandung/menyusukan serta anda tidak mampu konsisten untuk mencukupkan keperluan zat melalui diet biasa anda
2. Kerap mengalami simptom seperti letih dan tak bermaya sedangkan pekerjaan anda menuntut untuk anda kekal bertenaga sepanjang hari (contohnya surirumah sepenuh masa dengan anak-anak yang ramai/aktif)
3. Anda selalu berada dalam kesibukan sehingga susah untuk mendapatkan makanan seimbang pada waktu yang sesuai sehingga pengambilan gizi yang lengkap terjejas (contohnya doktor yang sangat sibuk oncall selang sehari sehingga pemakanan dan tidur yang cukup terpaksa dikorbankan)
4. Dan pelbagai keadaan lain

Sebenarnya dalam perubatan moden juga, ada banyak contoh penggunaan supplemen, contohnya;
- Mereka yang sakit lutut akibat osteoarthritis, kerap disyorkan mengambil supplemen glucosamine 
- Ibu-ibu yang mengandung, diberikan vitamin 4 serangkai - asid folik, vit B complex, vit C, dan zat besi (juga supplemen)
- dan lain-lain

Jadi pada pendapat peribadi saya, untuk golongan seperti yang disebutkan di atas, tiada masalah untuk ambil supplemen bagi melengkapkan keperluan nutrisi harian. Tapi bijaklah memilih supplemen yang berkualiti, preferably non-GMO dan ambil dengan cara yang betul dan tepat. Menjaga kesihatan itu sangat dituntut oleh agama kerana kesihatan yang baik adalah salah satu kunci ibadah yang sempurna. 

Ini hanyalah pendirian peribadi saya, dan ia tidak mewakili semua doktor yang lain. Saya tahu ramai yang kurang setuju/tidak pro-supplemen di luar sana, dan saya sangat hormati dan tetap hargai jika ada perbezaan pendapat.



Wednesday, December 10, 2014

Promosi Khas SHAKLEE 10-31 Disember 2014. Beli 3 Collagen Powder, Dapat PERCUMA 1. Hubungi Kami Untuk Penghantaran SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (Alor Setar, Changlun, Jitra, Bukit Kayu Hitam, UUM, Seluruh Perlis)

Shaklee Collagen Powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar. Insya Allah, manfaat utama: membantu kulit mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut membantu menguatkan rambut dan meransang pertumbuhan semula kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna sihat kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan dan ini akan membantu mengurangkan parut membantu menghilangkan tanda penuaan membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi mengekakan otot mata supaya tetap anjal memastikan otak sentiasa sihat SILA KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT SENARAI PRODUK SHAKLEE YANG ADA PADA KAMI (READY STOCK)

Monday, December 1, 2014

Alhamdulillah. Promosi Berganda SHAKLEE Disember ini. Hubungi Kami Untuk Penghantaran SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (Alor Setar, Changlun, Jitra, Bukit Kayu Hitam, UUM, Seluruh Perlis)


Memang peluang yang patut direbut oleh mereka yang

♧ ingin kulit sihat cantik berseri
♧ ingin memulihkan luka selepas kecederaan dan pembedahan
♧ ingin memperbaiki masalah kesuburan (vitamin cinta ♡)
♧ ingin bebas dari resdung
♧ tingkatkan sistem imun dan kesihatan keluarga

Promosi berganda kami:
1. Beli 6 Vita E Complex dapat 1 botol percuma
2. Beli 6 Sustained Released Vita C Plus dapat 1 botol percuma
3. Beli 2 botol Vita E Complex dapat diskaun 5%
4. Beli 2 botol Sustained Released Vita C Plus dapat diskaun 5%

*****************************************************************************

Harga sebenar sebotol
1. Vita E RM 149.00, 120 biji, tahan 2-4 bulan
2. Vita C RM 92.50, 180 biji, tahan 4 hingga 6 bulan


Wow! Memang penjimatan berganda-ganda!
Cepat!!. Booking suplemen anda!
Harga istimewa menanti!


Alhamdulillah. Promosi Khas SHAKLEE Bulan Ini. Beli 6 Vita-C Plus, Dapat PERCUMA 1. Hubungi Kami Untuk Penghantaran SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929. (Alor Setar, Changlun, Jitra, Bukit Kayu Hitam, UUM, Seluruh Perlis)

Friday, November 28, 2014

Set - Mighty 3 Gems Programme. Hubungi Kami Untuk Penghantaran SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929

Ramai yang tidak sedar bahawa sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan, anda mungkin:

- Tidak dapat memberi tumpuan untuk jangka masa yang panjang
- Kurang peka
- Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
- Kandungan gula dalam darah yang rendah
- Produktiviti kerja menurun

Shaklee menawarkan Set Mighty 3 Gems Programme ini untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat.

Kebaikan:
- Bertenaga sepanjang hari
- Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
- Memelihara kesihatan secara menyeluruh


Mealshakes French Vanilla (Canister 544g) RM 113.75
Energizing Soy Protein (ESP Isolate Powder) (Canister 850g) RM 150.00
Performance Natural Orange (Canister 539g) RM 82.50

Set - Body Perfector. Ready Stok. Hubungi Kami Untuk Penghantaran SEGERA. 012-4430919 / 012-4430929

Kurus ni best kan. Ramai orang nak kurus dan cantik.

Set ini merupakan cara yang mudah untuk mengekalkan berat badan ideal disamping rasanya yang lazat. 
Adakah anda
  • makan makanan yang sihat setiap hari?
  • makan secara teratur
  • gemarkan makanan ringan
  • sukar makan makana berkhasiat kerana sibuk?

Jika jawapan anda adalah YA - Set Shaklee Body Perfector adalah jawapannya!!!



Cinch Shake Mix (Canister 15 sv) Cafe Latte / Vanilla / Chocolate - RM 173.00

Kembali Kepada Allah Melalui Sunnah NabiNya

Ingat lagi sebelum join Shaklee. Walaupun berkerjaya tetap, tetapi nak bagi pada mama abah sebulan RM 200 pun berkira2. Mama dan abah tak pernah kata apa, ambik saja dengan penuh syukur. Yang paling sedih bila saya nak mula buat master. Saya bagitahu yang nak guna duit sambung belajar. Jadi tak dapat nak bagi macam selalu... 😪...

Mama kata tak apalah sedangkan saya tahu mama dah kehilangan satu sumber kewangan untuk bayar ansuran keperluan rumah. Dalam diam, saya berdoa supaya Allah murahkan rezeki mama abah saya dan bantulah saya berjaya dalam pelajaran, supaya dapat kembali memberi kepada mereka selepas ini.

Sambung belajar secara part time saja. Memang menyotonglah, tak menang tangan. Dalam tempoh 3 tahun tu, saya lahirkan anak ketiga dan keempat. Allah takdirkan kedua-duanya melalui proses pembedahan disebabkan komplikasi. Dan disebabkan itu juga, buat pertama dan kedua kalinya saya bertekad menyusukan anak-anak ini dengan susu ibu secara eksklusif sehingga usia mereka 2 tahun. Sesuatu yang tak pernah saya buat semasa anak pertama dan kedua dulu (saya terkilan sehingga hari ini). Dan atas sebab inilah juga Allah temukan saya dengan Shaklee melalui sahabat sekampus saya di peringkat sarjanamuda dulu. 

Saya merasai kebaikan Shaklee, saya teruja berkongsi kebaikan Shaklee dengan menjadi SID, di mana kesemuanya berlaku semasa saya sambung master tu lah. 



Alhamdulillah...saya rank up dan kini menjana bonus 4 angka daripada Shaklee, secara tidak langsung menambah sumber pendapatan dalam keluarga. Saya kini mampu menShakleekan mama dan abah juga mak dan abah mentua saya, even majoriti ahli keluarga dengan suplemen terbaik dan dapat pula mengembalikan sumbangan kewangan kepada mereka yang pernah terputus dulu, bezanya kali ini dengan tiga nilai; 

1. Nilai kewangan yang lebih besar
2. Nilai kesihatan yang lebih baik
3. Nilai kasih sayang yang infiniti

...walaupun saya tahu ketiga-tiga nilai ini tidak akan dapat membalas balik kesemua pengorbanan serta air mata mereka membesarkan kami adik beradik selama ini.

Inilah secebis kisah saya. Semua ini adalah satu bentuk didikan Allah kepada saya melalui Shaklee. Tanpa Shaklee, saya masih ada pekerjaan yang tetap. Masih ada suami yang baik, masih punya anak-anak yang manis...Tetapi mungkin saya tidak dapat beri kepada mereka sebagaimana saya dapat beri sekarang kalau tidak ada campurtangan Shaklee dalam hidup kami.

Shaklee bukanlah segalanya. Besar cabarannya bila terlibat dalam bidang ini. Tetapi jika kami memandang dengan pandangan positif, membaca dengan nada yang sama, insyaAllah moga-moga dipermudahkan jalan untuk kembali kepadaNya!

ADIOS ✌

Masanya Hampir Tiba!

Setelah hampir 2 tahun berusaha mencukupkan dana melalui perniagaan kecil, Alhamdulillah, kini sudah hampir tiba masanya PERGEO fivers menuai hasilnya. Padang-Bukittinggi, here we come!!!...InsyaAllah. 

Kejayaan mengadakan eksplorasi antarabangsa ke Medan, Indonesia pada tahun 2013 diteruskan lagi dan PERGEO fivers terbang tinggi sekali lagi ke negara serumpun kita, Indonesia. Syukurlah, persiapan yang dibuat hampir 90% selesai walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi, antaranya 5 kru kami tersenarai sebagai peserta PLKN Kumpulan 1 siri 12 2015. Alhamdulillah dengan bantuan pihak sekolah, pendaftaran mereka yang sepatutnya berlangsung pada 6 Disember ditangguhkan ke 12 Disember 2014. Malah segala urusan surat menyurat daripada pihak JLKN telah selesai. 

Doakanlah perjalanan kami selamat, dan semua atur cara yang dirancang dapat disempurnakan. Semoga visi PERGEO agar setiap ilmu Geosains yang dipelajari bukan sahaja dapat difahami, malah dihayati akan dapat dicapai, InsyaAllah!

Wednesday, November 26, 2014

Bahan Semulajadi...Apa Salahnya Tempek di Muka?

Sambil-sambil menyimpan bilik-bilik bacaan, saya berkesempatan membaca kembali buku 1001 Petua : Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki, Dari Ceruk Dapur Ke Laman Rumah hasil selenggaraan Siti Aisyah Hussien. Lama dah bukunya. Rasa sejak beli dulu tersusun cantik saja di rak buku, umpama Quran buruk. Tertarik nak berkongsi tips masker buah untuk segarkan wajah. Eloklah tu, muka ni pun dah naik kusam bila banyak sangat menanggung stress bekerja dan tak cukup tidur (alasan)...hehe

MASKER BELIMBING DAN NENAS
Kandungan vitamin A dan C amat berkesan bagi mengecilkan pori-pori kulit wajah, menyegarkan, sekaligus menyejukkan. Selain itu, kandungan mineralnya mampu mengurangkan kelesuan kulit dan mengatasi kulit berminyak.

MASKER LABU DAN BETIK
Buah labu dan betik mengandungi vitamin C bagi mempercepatkan reproduksi sel-sel kulit dan meningkatkan pertumbuhan kolagen. Selain itu, betik juga mengandungi papain manakala labu mengandungi mineral semulajadi yang bermanfaat bagi kekencangan kulit.


MASKER APRIKOT DAN PISANG
Pisang yang kaya dengan vitamin C, serat, kalium dan zat besi memiliki keupayaan menghaluskan kulit. Panduan ekstrak pisang dalam masker sesuai untuk kulit normal bagi mencegah kulit kusam selain menjadikan wajah segar dengan kulit lebih gebu dan terjaga kelembapannya.

MASKER TOMATO MENGHALUSKAN WAJAH
Tomato dan pengaruh vitamin C dapat melindungi kulit daripada cahaya matahari. Kisaran tomato yang dipupur ke wajah mengandungi asid yang bermanfaat untuk mengecilkan pori-pori kulit. Selain itu, memakan tomato sebiji sehari dapat membuatkan wajah berseri-seri.

MASKER TIMUN MENYEJUKKAN KULIT
Timun yang sememangnya berkhasiat amat elok untuk kesihatan kulit. Amalkan memupur campuran parutan timun di kulit muka bagi mendapatkan hasil yang berkesan.

Best kan. Terasa-rasa sejuk, tegang, halus dan mulus kulit muka setelah bermasker. Lagi best kalau orang yang tolong buatkan (cheh!)...hehe

Para Shaklee lover semestinya sudah sedia maklum bahawa selain dimakan, ada di antara suplemen Shaklee juga boleh dijadikan masker. Ini pun pernah jadi isu, tapi tak apalah. Buat apa nak panjangkan. Dah bayar harga suplemen, ikut sukalah nak makan ke, nak masker ke, nak masak ke apa. Asal tak memudaratkan diri sendiri, ye tak. Setakat ni, ramai yang dah merasai kebaikan, jadi apa salahnya sharekan.

Jadi, biar gambar di bawah sahaja yang berbicara. Kredit kepada semua pemilik asal gambar (rujuk watermark pada gambar).















Selamat Bershaklee!


Kami Dah Alaminya!

Sebenarnya, ramai rakyat Malaysia yang dah merasai kebaikan setelah mengamalkan Shaklee, Alhamdulillah, dengan izin Allah jua. Hashtag ShakleeEffect kini menjadi fenomena dan pelbagai testimoni kesemua produk-produk terhebat Shaklee kini viral di mana-mana. Jadi tak hairanlah, jenama suplemen antarabangsa nombor 1 di Malaysia ini kini mengungguli pencarian di Google dan enjin-enjin pencarian yang lain.

Kami juga begitu. Adalah mustahil untuk seorang Shaklee Independent Distributor (SID) berkongsi kebaikan Shaklee tanpa menjadi seorang Shaklee lover. Kami adalah testimoni kepada diri sendiri. Merasai kebaikan Shaklee, lantas teruja untuk terus berkongsi kebaikan kepada semua, demi untuk membantu menambah nilai kesihatan dalam kehidupan rakyat Malaysia!

Antara testimoni keluarga ZAFRANzafrina yang konsisten mengamalkan Shaklee!


Set Anak Pintar


Set Penyusuan

Set Pelangsingan


Set Kulit Cantik



Set Kesuburan


Jom sama-sama rasai ShakleeEffect!


Tuesday, November 25, 2014

Suplemen Mahal. Belajarlah Mengira!


Sebagai pengguna, semestinya kita kaji betul-betul produk yang bakal kita beli supaya berbaloi dengan nilai yang kita bayar, kan. Saya pun macam tu.

First impression, biasanya kita pun akan cepat kata "wow murahnya! " atau "wah mahalnya!"..bila tengok harga produk tersebut. Tapi x semua kita yang melihat dulu isi kandungan, perbezaan produk dengan jenama lain dan juga manfaat utama produk terlebih dulu. 

Di Shaklee, setiap fasa, sama ada fasa penyelidikan dan ujian-ujian khas sehingga menerbitkan jurnal-jurnal saintifik untuk setiap produk, proses penanaman di ladang yang dimiliki sendiri, pemprosesan, packaging, jaminan kualiti sehinggalah sampai ke tangan pengguna, semuanya dititik beratkan, tiada jalan pintas. Inilah antara sebabnya produknya menjadi fenomena walaupun telah berusia hampir 60 tahun di pasaran. Murah ke mahal Shaklee?. Better sendiri kira. Harga pasaran bahagi bilangan suplemen dalam setiap botol? ~ malah lihat lebih daripada itu.

#shakleelover 
#shakleeEffect

Sumber gambar : Pakcik Google






Kalau Dah Malas, Jangan Makan Suplemen!

"Macam mana ni...tak nampak kesan apa pun...suruh detox dulu, aku dah buat dah..."

"Habis tu takkan nak berhenti?... dah banyak spent duit untuk suplemen, suplemen terhebat pulak tu...Takkan nak stop macam tu saja..."

*********************************************************************************

Sekejap, sekejap... duduklah sebentar dalam 10 minit, baca dan hadamkan maklumat ni ya!

Antara Beberapa faktor Kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN

Ramai yang tahu berkat istiqamah [amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan suplemen, kita disarankan untuk ambil suplemen secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian, tambahan pula, sel kita hidup antara 90-120 hari.


Jangan risaulah ya... baca dulu dan anda akan tahu nanti apa yang perlu dilakukan!

Pengambilan air kosong dipandang remeh
- Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
- Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
- Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis.

Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa
- Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. 
- Cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat 
- Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. 
- Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian 
-Tahukah anda pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafein yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

Mematuhi pantang larang vitamin
- Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ Ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
- Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.
- Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit talasemia: Vitalea
Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

Tips untuk ibu menyusu


- Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. 
- Dapatkan jadual makan yang betul daripada penjual anda!

Diubahsuai dari teks oleh Adilah Manaf

Selamat Bershaklee!

Monday, November 24, 2014

Siapa Yang Tidak Pernah Diuji Angkat Tangan!!!


Tergelak saya apabila membaca puisi santai ini. Straight forward sungguh. Tapi betullah. Sebenarnya bukan dalam bisnes sahaja. Dalam mana-mana bidang pekerjaan, di mana-mana sahaja pun, cabaran tetap ada. Persoalannya,  sama ada kita kuat atau tidak untuk menghadapinya. 

Haters is always haters. They're everywhere. Buat apa kita nak ambil pot sangat ya. Tukarkan masalah kepada cabaran. Cari jalan penyelesaian. Set dalam minda bahawa mereka melakukan perkara itu kepada kita adalah kerana mereka tahu kita hebat berbanding mereka. 

Belajar melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza, belajar membaca sesuatu dengan nada yang berbeza. Kerana sesungguhnya mereka sebenarnya merupakan perantaraan kepada didikan dan teguran Allah untuk kita. Berbanggalah kerana di saat mereka menjauh, sekurang-kurangnya Allah masih sayang!...

Adios :-)

Doakan Anak-Anak Level 1 Saya!


Mereka hadir dari latar belakang yang berbeza...
Namun visi mereka sama...
Ingin terus memberi dan memberi tanpa batasan kepada sesiapa yang memerlukan di luar sana...
Semoga Allah permudahkan jalan mereka untuk berjaya dan kembali berbakti di jalanNya...

New Senior Supervisor Asmauul Husna

New Supervisor Asmaa

New Supervisor Nor Kamaliah


Gegar November 2014!


Friday, October 31, 2014

Alhamdulillah. Promosi Khas SHAKLEE Bulan Ini. Beli 6 Omega Guard, Dapat PERCUMA 1. Dapatkannya Segera Melalui Kami. 012-4430919 / 012-4430929 (Alor Setar, Changlun, Jitra, Bukit Kayu Hitam, UUM, Seluruh Perlis)



Minyak Ikan Terbaik di Dunia.

Insya Allah, manfaatnya ialah:

  • Asid lemak- omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormn wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok- DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lebih lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru
  • Menentang kanser
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan
Cadangan pemakanan:
  • Untuk penjagaan kesihatan: 2 kali sehari. 2 hingga 4 kapsul setiap kali pengambilan (sebelum atau sesudah makan
  • Untuk sakit tulang, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi: 2 kali sehari. 2 kapsul setiap kali pengambilan. 
HARGA SEBOTOL: RM 136.00
KALAU ANDA BELI 6 BOTOL: PERCUMA LAGI SATU BOTOL

Thursday, October 23, 2014

Hidup Melalui Pemerhatian

Saya suka melihat persekitaran. Dan bersyukur apabila 'terpaksa' atau 'dipaksa' melalui situasi yang sukar kerana di akhirnya saya selalunya merasakan sesuatu yang manis. Mungkin kecenderungan emosi visual ruang dan naturalis yang saya miliki menyebabkan saya positif dengan pelbagai bentuk ragam kehidupan.

Semasa blogwalking tadi, saya berhenti seketika di artikel yang ditulis oleh seseorang yang istimewa (beliau dislexic) tetapi tulisan beliau sentiasa menginspirasikan orang. Jadi saya memutuskan untuk share sajalah artikel beliau di ruangan ini. Jemput berkongsi baca ya. Oh ya, boleh juga terus menemui beliau, Tuan Saiful Nang di blognya yang sweet itu. Hehe...

...Kekayaan David Beckham dan Victoria Beckham memang seperti yang kebanyakan kita kenali. RM500 Juta kekayaan boleh dikatakan beliau separuh billionaire. Bintang bolasepak ini memanglah terkenal sebelum ini dengan skandal seksnya tetapi saya lihat Victoria seorang isteri penyabar. Sejarah Victoria jika diungkit mungkin juga ada parut yang banyak tetapi yang saya lihat ialah contoh ke hadapan. Mereka bukan sempurna, seperti orang lain juga tetapi apa yang mereka lakukan terhadap anak mereka ialah satu pendidikan yang klasik dan sudah dilupakan orang zaman ini. Dari apa yang beliau lakukan terhadap anak sulungnya Brooklyn, saya lihat ia lebih mengajar anak ini menjadi seorang yang kreatif dan inovatif berbanding dungu kerana hidup dalam keadaan kecukupan tanpa masalah.
Lihat sahaja dalam dunia hari ini, berapa ramai billionaire yang asalnya dari orang senang? Sultan Mehmet Alfateh sendiri seorang anak kepada Sultan Murad yang dibesarkan di istana juga dicampakkan ke dalam kancah kesusahan bersama 2 orang sheikh yang mendidiknya. Itu menyebabkan beliau bangkit menjadi seorang raja yang hebat dan  sangat disegani sehingga empayar Uthmaniah mendapat kejutan baru dan mengalami kemajuan tamadun yang sebelum itu kelihatan layu dan merudum. Kerana baginda pernah susah, perkembangan minda baginda lebih kepada sentiasa mencari PENYELESAIAN berbanding mencari ALASAN. Mungkin zaman ini jika kita lihat ramai orang menyalahkan orang lain kerana mereka hidup susah itu sebagai satu pencarian ALASAN. Mungkin mereka dimanjakan sangat sebelum itu. Saya sendiri bangkit dari kemiskinan tetapi ALASAN tidak sama sekali. Saya tahu, bila ada masalah pasti ada penyelesaiannya.  Biar mati kerana mencuba dari hidup menyalahkan orang (loser). Saya akui, saya banyak belajar dari kesusahan berbanding apa yang saya pelajari semasa di bangku universiti. Jikalah tidak kerana orang memandang kertas-kertas yang bernama ijazah, sarjana ataupun doktorat, saya rasa saya juga akan berhenti sekolah selepas saya kenal huruf. Bukan kerana universiti tidak bagus, tetapi universiti membentuk saya menjadi apa yang bakal majikan saya mahukan berbanding apa yang mahu saya cipta.
Tahniah Beckham & Victoria. Contoh yang baik tidak kira dari siapapun ia wajar diambil contoh. Nak cari orang perfect untuk dicontohi memang takkan jumpa sampai bila-bila. Ada yang baik dari pasangan ini kita ambil contoh. Brooklyn boleh sahaja minta duit dari bapaknya beribu-ribu pound sehari tetapi mengapa perlu bekerja sebagai barista pembancuh kopi untuk bayaran kurang 3 pound sejam? Saya juga tidak pernah memanjakan anak dengan memberikannya pelbagai. Sebab itu anak saya dari kecil dibiarkan bersama anak yatim dan asnaf yang kurang bernasib baik. Tiada minta beli mainan kerana mereka tahu mereka BOLEH BUAT mainan sendiri. Jika semuanya disuap, buat mainan jauh sekali…mainan rosak sedikit sahaja dah campak masuk ke tong sampah. Kemudian, minta abah beli baru.


Siapa anak kita pada masa hadapan ialah apa yang kita lakukan kepada mereka hari ini. Jangan jumud sangat mentang-mentang David bagi anak jadi barista, nanti semua anak-anak hantar jadi barista. Soal pokoknya ialah DEDAHAN KEPADA MASALAH supaya minda anak berkembang dan cepat dewasa. Sindrom anak manja hari ini memang teruk, sebab itu ada yang dah jadi bapak orang pun masih main Transformers dan masih tengok Dragon Ball.
Sekian
SAIFUL NANG