Pelan tertangguh hampir setahun atas sebab-sebab kesihatan. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan cuti kali ni bila Along dan Angah berjaya dikhatankan. Malam sebelum berkhatan, macam-macam soalan depa interview Wan Mat itu ini, dan Wan Mat pun seperti biasa cerita macam-macam pengalaman dulu, tergelak kami semua kadang-kadang tu. Apa pun, terima kasih banyak-banyak mak dan abah atas pertolongan yang tak berbelah bahagi, jagakan anak-anak untuk kami.
Sebelum anak-anak berkhatan, kami juga gigih mencari info berkaitan berkhatan ni. Perlu juga ada pengetahuan, supaya mudah bagi kita ibu bapa ni membuat persediaan rapi mental fizikal nak menghadapi segala prosedur mahupun kerenah yang akan timbul nanti.
Berdasarkan rujukan terhadap beberapa sumber, nak sharelah kat sini beberapa maklumat penting tentang prosedur berkhatan. Disebabkan kami memilih secara clamp, so kat sini cerita clamp sajalah ya. Yang lain boleh refer link yang diberi di bawah.
********************************************************************************************************
INFO BERKHATAN DAN KEPENTINGANNYA
Berkhatan bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis). Prosedur ini telah pun dijalankan sejak beribu tahun dahulu. Ia juga merupakan sebahagian dari budaya masyarakat yang tinggal di kawasan cuaca panas seperti Australia, gugusan pulau Pasifik, negara-negara Khatulisistiwa, Timur Tengah, Afrika dan Amerika. Hampir kesemua proses khatan dijalankan atas sebab agama, budaya dan sebab-sebab perubatan tertentu.
Berkhatan bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis). Prosedur ini telah pun dijalankan sejak beribu tahun dahulu. Ia juga merupakan sebahagian dari budaya masyarakat yang tinggal di kawasan cuaca panas seperti Australia, gugusan pulau Pasifik, negara-negara Khatulisistiwa, Timur Tengah, Afrika dan Amerika. Hampir kesemua proses khatan dijalankan atas sebab agama, budaya dan sebab-sebab perubatan tertentu.
Islam mewajibkan khatan untuk lelaki dan hukum sunat pada wanita. Selain umat Islam, perintah berkhatan dari sudut agama juga dilakukan oleh kaum Yahudi. Umumnya, kaum Arab biasanya mengkhatan pada hari ke tujuh selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan adat kaum Melayu. Jumhur ulama berpendapat Nabi Muhammad SAW telah dikhatankan pada hari ketujuh oleh Abdul Mutalib.
Dari aspek kesihatan, berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada salur kencing pada kanak-kanak, mengurangkan risiko keradangan pada zakar dan kanser zakar, mengurang risiko kanser cervix pada pasangan dan juga baik dari aspek kebersihan.
SEJARAH BERKHATAN
Kaedah khatan terawal di dunia yang diamalkan oleh manusia adalah dengan ’sepitan kuno’ (ancient clamp), ianya mudah, cepat dan kurang perdarahan serta dilakukan tanpa ubat pembiusan. Antara bahan-bahan ’sepitan kuno’ adalah diperbuat daripada tandok haiwan, kayu, buloh ataupun logam, ini dapat dibuktikan dari kajian-kajian purba pada ’Egyptian mummies’ dan lukisan digua-gua batu menunjukkan amalan berkhatan dengan ‘ancient clamp’ telah dilakukan lebih dari 15,000 tahun dahulu.
Ubat pembiusan hanya mula di perkenalkan pada awal kurun ke 19 dan dalam masa yang sama ilmu pembedahan moden turut berkembang dan kemudiannya berkhatan mula dilakukan secara ’pembedahan moden’ oleh doktor perubatan.
Prosedur berkhatan pembedahan moden adalah dengan suntikan pembiusan, memotong kulup mngikut teknit ’Dorsal Slit’, mengikat punca pendarahan dan menjahit kulit yang dipotong. Pembedahan teknik ’Dorsal Slit’ ini telah diterima sebagai prosedur khatan yang utama dan dilakukan di semua Hospital dan klinik-klinik kerajaan sehingga sekarang.
’Generasi pertama’ alat “modern clamp” atau ’sepitan moden’ untuk berkhatan adalah diperbuat daripada logam “stainless steel” yang mudah untuk di sterilisasi dan digunakan berulang-ulang. Kaedah ini amat popular di Eropah dan Amerika. Antara “modern clamp” logam yang digunakan adalah Gomco pada tahun 1934 dan Mogen pada tahun 1954. Masalah penularan jangkitan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C serta HIV menyebabkan ’clamp’ logam ini tidak digunakan lagi dan kemudian berkembangnya ‘clamp’ pakai buang yang diperbuat dari plastik iaitu sebagai ’generasi kedua’ alat ’clamp’ untuk berkhatan.
Antara alat ’clamp’ generasi kedua yang terkenal adalah Plastibell, Taraklamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail clamp. Selain berkonsepkan pakai buang alat-alat ini menawarkan konsep baru dalam berkhatan dengan teknik yang selamat, kurang menyakit atau mengerikan, dapat dilakukan dengan cepat, kurang perdarahan, tiada risiko jangkitan Hepatitis B/C atau HIV dan hasil khatan yang memuaskan.
Yang terbaru dan terkini adalah alat Alisklamp, ianya adalah merupakan ‘generasi ketiga’ dalam ‘modern clamp’ yang merupakan penambahbaikan kepada alat clamp generasi kedua dan mengatasi segala kelemahan dan kekurangan yang ada. Alisklamp diperbuat daripada plastik gred perubatan yang berkualiti tinggi, tidak toksik dan tidak memberi kesan alahan. Ia mempunyai bentuk khas yang sempurna, menggunakan teknologi yang maju dan ciri keselamatan yang maksimum bagi menghasilkan khatan yang sempurna.
Alisklamp telah di reka cipta oleh Dr. Verdat Ali Canoglu, seorang pakar Urologi daripada Negara Turki. Reka bentuknya telah di ‘paten’kan dan merupakan alat ‘modern clamp’ yang pertama dan satu-satunya yang mempunyai bentuk yang mengikut anatomi semulajadi kepala zakar. Alisklamp telah pun dipasarkan di seluruh dunia dan ianya mempunyai “CE MARKING” E-30-00961-08 sejak tahun 2008 dan mendapat pengiktirafan ISO (EN ISO 13485:2003.)
BERKHATAN DI MALAYSIA
Kebanyakan proses berkhatan sebelum tahun 1975 adalah dilakukan oleh ”Tok Mudin” iaitu seorang ahli khatan traditional yang mengkhatankan kanak-kanak tanpa pembiusan dan menggunakan teknik sepitan yang diperbuat dari buloh dan kulup langsung dipotong beralaskan batang pisang. Khidmat Tok Mudin ini maseh lagi digunakan di kawasan kampung-kampung pedalaman.
NGERINYA BERKHATAN SECARA KONVENSIONAL!
Kebanyakan proses berkhatan sebelum tahun 1975 adalah dilakukan oleh ”Tok Mudin” iaitu seorang ahli khatan traditional yang mengkhatankan kanak-kanak tanpa pembiusan dan menggunakan teknik sepitan yang diperbuat dari buloh dan kulup langsung dipotong beralaskan batang pisang. Khidmat Tok Mudin ini maseh lagi digunakan di kawasan kampung-kampung pedalaman.
NGERINYA BERKHATAN SECARA KONVENSIONAL!
Jika dilihat kaedah berkhatan secara konvensional dulu, nampak macam ngeri jugalah, sebab sebelum berkhatan, kanak-kanak tersebut memerlukan suntikan pelalian yang secukupnya. Kemudian, kulup akan dipotong dengan gunting menyebabkan luka terbuka dan perdarahan yang agak banyak. Doktor perlu mengikat semua saluran-saluran pendarahan dan menjahit semua kulit di sekeliling batang zakar. Perlu dibungkus kuat dan dating untuk dressing beberapa kali (ya Allah, scarynyaaa!!!).
Proses berkhatan perlu betul-betul “sterile” kerana ia sama seperti pembedahan biasa yang melibatkan luka terbuka dan perdarahan. Lepas tu, risiko mendapat infeksi adalah tinggi terutama Hepatitis B dan C ataupun infeksi HIV. KECEDERAAN ‘KEPALA ZAKAR ataupun BATANG ZAKAR oleh GUNTING sering dilaporkan dengan kaedah ini. Risiko pendarahan selepas 24 jam adalah tinggi iaitu sekitar 5% dan proses berkhatan mengambil masa 30 ke 45 minit.
Berkhatan adalah satu bentuk pembedahan. Walaupun ianya berskala kecil. Apa jua pembedahan akan terdedah dengan risiko. Contoh risiko adalah seperti jangkitan kuman (infection), pendarahan (bleeding) mahupun human error (kesilapan pembedahan).
KENAPA KENA BAWA ANAK CHECK DULU DENGAN DOKTOR SEBELUM PROSES BERKHATAN DIPUTUSKAN?
1) Hypospadias
– keadaan kongenital bila mana lubang bukaan salur kencing tidak berada di tempat yang sepatutnya.
2) Buried penis
– lazim berlaku pada anak anak yang obes. Batang zakar sebenarnya tenggelam dalam lapisan lemak pada bahagian abdomen. Walaupun kulit kepala zakar nampak normal, batang zakar sebenarnya tenggelam .
3) Congenital megaprepuce
– ‘Prepuce’ atau kulit kepala zakar selalunya berbentuk konikal dengan lubang kencing yang sangat halus. Lapisan kulit luar adalah terhad manakala lapisan dalam prepuce adalah berlebihan
BILA SEBENARNYA MASA BERKHATAN PALING IDEAL?
BILA SEBENARNYA MASA BERKHATAN PALING IDEAL?
Merujuk kepada masa terbaik untuk berkhatan, secara peribadi kami merasakan yang masa terbaik untuk berkhatan adalah mengikut sunnah, iaitu hari ketujuh kelahiran. Ketika bayi baru dilahirkan, deria rasa, bau, penglihatan dan lain lain belum terbentuk sempurna. Bayi juga ketika itu menjalani proses tumbesaran yang paling aktif, justeru mempercepatkan proses pemulihan luka. Keadaan fizikal bayi yang ketika itu tidak banyak bergerak juga akan memudahkan penjagaan. Walau bagaimanapun, tidak banyak doktor pakar yang menawarkan proses khatan selepas kelahiran kerana ia memerlukan kemahiran yang agak tinggi.
Jumpalah doktor pakar sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan. Berilah khatan yang terbaik untuk anak anda.
KAEDAH CLAMP
KAEDAH CLAMP
Terdapat pelbagai jenis alat clamp di pasaran. Secara ringkasnya, alat ini digunakan semasa proses khatan dan kebanyakan model memerlukan anak anda datang semula untuk membuka alat clamp selepas seminggu berkhatan. Ini bermaksud, anak anda perlu menjalani suntikan ubat bius setempat sebanyak 2 kali (semasa khatan pertama dan ketika membuka clamp).
Komplikasi lazim berkaitan alat clamp termasuklah infeksi, pendarahan, kegagalan untuk membuka alat clamp.
SUSAH TAK PENJAGAAN SELEPAS BERKHATAN?
(NI CHECKLIST ZAFRAN SR.)
(NI CHECKLIST ZAFRAN SR.)
- Sakit? : memanglah sakit. Sabarlah.
- Makan ubat penahan sakit seperti paracetamol setiap 4 jam : Makan. Memang kami juga pastikan antibiotik diambil sehingga habis. Suplemen seperti Zinc Complex dan Chewable Vita C Plus juga diambil secara konsisten.
- Pastikan kebersihan zakar dan kawasan sekitarnya untuk elak jangkitan kuman : Kami guna Basic H juga.
- Pastikan tidak berbau yang mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman :Ya, betul.
- Mandi seperti biasa dan pastikan kawasan “pembedahan” dijaga : Alhamdulillah Zafran Sr. tak perlu tutup dengan plastik ke apa sebab memang boleh mandi terus macam tu, cuma feeling seriau yang buat mereka susah nak bagi kerjasama time mandi.
- Kawasan sekitar pembedahan boleh dicuci secara “gentle mopping” dengan antiseptic solution : Ya sudah semestinya.
- Elakkan kelembapan : Memang tempat mereka baring tu bawah kipas dan mereka dipakaikan dengan kain pelikat abah saja, supaya sentiasa kering. Sesekali buka air cond untuk keselesaan.
- Selepas buang air kecil, boleh guna syringe untuk basuh bahagian pembukaan urethra sahaja tanpa menyebabkan basah pada bahagian lain : Tak buat lagi, boleh cuba.
- Makan makanan yang sihat : Semestinya, sayur pun pastikan makan supaya dapat semua vitamin yang diperlukan. Yang tak nak sayur, top up dengan Mealshakes.
- Elak makanan yang boleh mendatangkan kegatalan jika anak kita sentitif kepada makanan tertentu seperti seafood : Ya terutamanya semasa awal berkhatan. Kesian kalau gatal.
- Banyak makan buah yang kaya dengan vitamin C bagi meningkatkan imuniti : Bagi Chewable Vita C Plus saja, sebiji = 1.5 biji buah oren je.
- Minum air secukupnya. Jangan kurangkan minum air kerana takut buang air kecil : Sekarang dah mula beri minum banyak air.
- Pendarahan tdak berhenti.
- Sakit berpanjangan.
- Bernanah atau bau yang tidak menyenangkan.
- Selalunya pesakit dapat kembali memakai seluar dan bermain selepas hari 5 - 7 hari.
- Teknik baru dalam berkhatan yang lebih modern adalah clamp technique. Tidak banyak tempat yang menawarkan kaedah ini. rujuk http://alisklamp.my/.
- Khatan ini masa sesuai untuk eratkan jalinan dan hubungan “anak-ayah”.
Bagus khatan ni, kan. Sebab tu agama suruh.
********************************************************************************************************
Hujung sekali tu pelakon tambahan ja, ahhaa.. Insya Allah dengan pengalaman ni, one day dah tahulah macam mana nak jaga adik pula.
Hari tu, balik dari berkhatan, ibu dah siapkan Zinc Complex untuk penyembuhan luka luar dan dalam dengan cepat, tak lupa Chewable Vita C Plus untuk kuatkan imun, elak jangkitan kuman serta pemulihan secara keseluruhan.
Sedikit maklumat tentang kedua-dua suplemen hebat ni:
Chewable Vita C Plus ni mengandungi 100mg vitamin C yang ditambah dengan rose hips dan kompleks bioflavonoid. Ini untuk mempertingkatkan lagi fungsi vitamin C dan menghalang oksidasi vitamin C dalam tubuh. Oleh sebab vitamin C semulajadi ditemui di dalam makanan bersama-sama faktor lain yang berkaitan, jadi Shaklee meniru alam semulajadi dengan menambah bioflavonoid dan rose hips, antara sebatian yang mengandungi vitamin C yang berkait rapat sesama sendiri.
BEST KE CHEWABLE VITA C PLUS NI?
Best la. Selain menyokong sistem pertahanan semulajadi anti oksidan tubuh, membantu menyokong integriti sel dan menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang-tulang gusi, otot-otot serta salur darah, aktiviti mengunyah tablet vitamin C ini akan menyebabkan air liur memudahkan pemecahan vitamin C, dan menyediakannya untuk serapan yang baik semasa tiba di usus kecil. Semakin banyak mengunyah Chewable Vita C Plus, semakin tinggi serapannya dalam tubuh. Unik kan!
Ini Zinc Complex yang kami bagi Zafran Sr. consume sepanjang tempoh pemulihan dari berkhatan ni. Ia dirumus daripada zinc glukonat semulajadi dan bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc ni sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Ia berkesan mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.
APA MANFAAT ZINC COMPLEX?
- Mengaktifkan 200 jenis enzim - merangsang regenerasi sel, memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan remaja.
- Membentuk kolagen - membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.
- Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya memperbaiki diabetes.
- Bintik putih di kuku ialah tanda kekurangan zinc yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan dan hilang daya penglihatan.
- Membantu pengeluaran kalenjar thymus yang dapat mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi kulit.
- Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.
- Memperbaiki masalah pembengkakan prostat, menyembuhkan benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Ambil secara konsisten.
- Pengambilan Zinc Complex untuk jangka masa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten serta meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
- Penting untuk ovulasi wanita. Zinc juga membantu penguncupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.
- Pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki akne dan radang kulit (jerawat).
- Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif.
Jangan lepaskan peluang mendaftar keahlian secara PERCUMA!!
Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?