Boleh ikuti kisah Master Nana Macarona kat sini : https://www.facebook.com/s2ueffect/videos/vb.312076875663847/354588051412729/?type=2&theater
Kata Nana, memang beliau terkesan apabila kene ejek macam tu, tambah lagi oleh orang terdekat. Tapi Nana positif saja, tak berputus asa. Shaklee kan ada. Mula sedar dengan manfaat Shaklee, Nana mula makan Vitamin C yang kita sedia tahu ia bertindak membina kolagen dlm badan kita. Dan seterusnya; beliau turut konsisten dgn SCP (Shaklee Collagen Powder) untuk kesan lebih dramatik. Haha..
Apa perubahan yang dirasai?? Kulit mula cerah dan bertambah glowing menyebabkannya merasa perubahan yang sgt WOW!. Alhamdulillah; ikhtiar dan dengan izin Allah SWT; Nana mampu untuk tampil dengan lebih yakin dan mempunyai kulit lebih sihat!
Sebenarnya, sejak berShaklee, Nana dah alami banyak perubahan. Ni antara yang dikongsi oleh Nana awal dulu.
"Pagi ni Nana nak share sendiri pengalaman Nana setelah menggunakan produk Shaklee ni selama hampir 6 bulan. Kalau dulu, kulit Nana memang takde masalah jerawat, tapi kulit sangat kusam, kering dan tak bermaya. Selain tu, Nana selalu mengalami masalah migrain yang melampau.
Produk Shaklee yg first Nana cuba ialah Vita-C. Perubahan memang ketara la sampai kawan-kawan pun tegur. Hee. Lepas tu, ambil pulak Set D iaitu set kecantikan (Vit C+ Vit E + B complex)., Sejak ambil, Nana dapat rasa kulit bukan setakat better than before, tapi jugak sihat. Alhamdulillah.
Lepas tu Nana ambil pula ESP. Bukan lah gile nak cantik sangat, hehe, tapi jugak sebab Nana cuba nak elokkan migrain. After 1 month camtu, percaya tak, sekali pun Nana tak pernah migrain dah. Miracle, Alhamdulillah!!. Yang best, bukan setakat migrain hilang, kulit pulak jadi makin gebu. And kalau dulu berat badan macam naik turun sesuka hati, tapi now dah stable n takde lemak berlebihan sana sini. hehe Masuk bakul angkat sendiri kan?
Sekarang Nana tengah cuba nak ambil set untuk kesuburan pulak. Vit E + GLA complex. Doakan Nana ye :')
Sesungguhnya segala supplement n vitamin Shaklee ni bukan lah semata-mata penyembuh kepada semua penyakit, tapi salah satu ikhtiar dan usaha kita dengan yakin dan percaya bahawa Allahlah yang mengizinkannya terjadi, Insyallah.
Setelah beliau konsisten set kesuburan serta menyerahkan sepenuh pengharapan kepadaNya, akhirnya saat yang ditunggu tiba. Ini perkongsian Nana di blog beliau, Beautiful Journey Of Nana Macarona tentang kegembiraan menerima berita yang beliau dan suami tunggu sejak sekian lama!
Alhamdulillah.. Dah lama Nana berhajat nak publish entry ni.. Entry yang Nana selalu simpan dalam draft.. Yang ditulis dengan penuh emosi, tapi tak cukup berani untuk publish.. Bimbang hati sendiri yang bakal tercedera.. :') AMARAN : Entry ini sangat panjang.
Menjadi seorang yang bernama Siti Farhana bukan lah semuanya yang indah-indah sahaja seperti di pandangan mata manusia.. Nana punya dugaan tersendiri.. Kisah tersendiri.. Salah satunya, bergelar seorang TTC-ians..
Apa itu TTC? TTC stands for Try To Conceive.. Cuba untuk hamil.. Senang cerita, wanita yang sudah berkahwin yang belum dikurniakan zuriat dan sedang berusaha untuk hamil..
Hampir 3 tahun menjadi seorang TTC-ian, bukanlah pengalaman yang indah untuk dikenang.. Tetapi ternyata hikmah terbesar di sebalik aturan Allah ini ialah, Allah ingin mendidik hati Nana menjadi kuat dan menghargai apa yang Nana ada.. Ditakdirkan Nana tidak selalu dapat apa yang Nana inginkan dengan mudah pasti ada hikmahnya.. Pasti ada sesuatu yang lebih besar hikmahnya yang sedang Allah aturkan untuk kehidupan Nana.. Maka dengan itu, Nana akan lebih menghargai apa yang bakal Nana ada nanti.. Mungkin? :)
27 September 2012, tarikh keramat Nana bergelar seorang isteri.. Masih Nana ingat perasaan lepas bergelar isteri yang sangat berbeza dari sebelumnya.. Lepas menjadi isteri, automatically perasaan bersedia bergelar seorang ibu mula hadir..
Ingat lagi before kawen, pernah bincang dengan BF, (now dah jadi suami hehe), kita nanti kawen nak terus dapat anak ke? Dan kami sama-sama decide untuk enjoy2 dulu.. Hahaha padan muka. Awal2 lagi dah niat macam tu, memang mendapat la kan..
Sebab tu, buat yang belum kawen, walaupun perasaan keibubapaan belum ada, jangan sesekali cakap yang bukan-bukan.. Sebab apa yang kita cakap tu semuanya DOA..
Dan rupanya, selepas kawen, perasaan nak jadi IBU tu datang sendiri dengan sangat kuat.. Sampai kan waktu period bulan pertama lepas kawen, Nana boleh menangis sebab sedih.. Padahal baru first month kot :') hehe ini lah dia perasaan yang Allah kurniakan kepada semua insan yang sudah berkahwin.. Perasaan nak jadi seorang ibu.. Perasaan nak hadiahkan zuriat buat suami sendiri.. Perasaan nak hadiahkan seorang cucu buat parents dan parents in law..
Hari demi hari berlalu, bulan demi bulan berlalu, Nana masih belum tunjuk tanda-tanda nak jadi ibu..
Nana akui, tahun pertama perkahwinan Nana lalui dengan agak stress.. Pergi ke mana-mana orang mula bertanya.. "Dah ada isi ke belum?" Salah satu sebabnya ialah, badan nana memang agak berisi lepas kawen hari tu.. Bahagia kataaaaanyaaaa kan! Sampai orng selalu salah faham Nana tengah pregnant sebab badan berisi.. Sentap lah jugak hati mak kan.. Tapi mujur ada VIVIX SHAKLEE hahaha sempat iklan.. :D
Nana masih ingat, pernah Nana menangis dengan sangat teruk sambil tengok luar tingkap, eh ini serius tau bukan drama.. Haha memang menangis sambil tengok luar tingkap..
Puncanya sebab ada seorang kawan ni, yang tak lah rapat mana.. Tapi entah kenapa, dalam ramai2 sahabat kami, beliau pilih Nana untuk dikongsikan berita kehamilan beliau..
Nana tak dengki, Nana tak iri hati.. Ermm, tapi jeles sikit mungkin.. Sebab dia baru kawen dah terus lekat.. Nana pulak masa tu dah kawen almost setahun, tapi belum jugak lekat-lekat..
Memang Nana menangis sungguh-sungguh.. Tapi tak tahu kenapa.. sebab apa.. Just rasa nak menangis sangat-sangat sampai penat.. Sampai tertidur..
Setahun yang pertama kami lalui dengan sangat stress sebenarnya walaupun orang luar tak tahu..
Nana sangat sensitif bila dapat berita kawan-kawan hamil dan sebagainya.. Bukan tak suka dan tumpang gembira, tapi tertanya-tanya.. Apa kurangnya aku? Kat mana silapnya? Kenapa aku?
Persoalan-persoalan yang selalu nana tanya pada diri..
Situasi bertambah teruk bila Nana period.. Allahuakbar.. Ingat lagi Nana pernah nangis sungguh-sungguh dekat suami bila period datang lepas seminggu delay.. Nana betul-betul ingat nana dah mengandung masa tu.. Dah berangan siap..
Nana ingat lagi malam tu.. Dah beli UPT tester dah.. Clear blue lagi.. Plannya nak test esok pagi lepas bangun tidur.. Malam tu memang Nana tak boleh tidur.. Tak sabar sangat nak test subuhnya tu.. And memang tidur ayam je malam tu..
Esok paginya bangun subuh, benda first nana buat ialah check UPT.. Lepas buat test tu, nana pejam mata rapat2 sambil zikir dalam hati.. Allah Allah Allah..
Perlahan-lahan Nana buka mata.. Dan hancurnya hati Nana bila tengok yang tertulis di situ ialah "not pregnant"
Slow-slow Nana keluar toilet, tunjuk dekat suami.. Menangis sambil peluk suami.. Menangis yang entah ke berapa kali Nana pun tak pasti..
Akhirnya, genap setahun kami kawen, Nana dah start rasa tak selesa.. Nana ajak suami pergi buat check up dan kami pilih untuk buat rawatan di KPJ Ampang Puteri.. Gynae kami masa tu ialah Dr Zalina..
Mula-mula doktor scan Nana, tengok rahim ovari semua.. So far memang bebas dari fibroid ataupun cyst.. Alhamdulillah, waktu ni rasa lega sangat-sangat sebab Nana sebenarnya risau jugak kot-kot tanpa nana sedari ada problem2 tu dalam badan kan.. Tapi Alhamdulillah doktor sahkan memang Nana bebas dari masalah2 tu..
Kemudian Nana test darah untuk check hormon.. Pun semuanya normal takde masalah.. Cuma tinggal nak buat HSG je iaitu nak scan tiup fallopion untuk kesan kalau-kalau ada any blockage..Tapi sebab Nana belum berani lagi nak buat, Nana tangguh dulu even sampai lah sekarang hahah..
Then test pulak suami Nana.. Check sperm count.. Alhamdulillah suami pun takde masalah..
Dah setel part ni kami sebenarnya sedikit lega.. Doktor pun dah kata, memang takde masalah kesuburan.. Yang ada sekarang hanya rezeki yang belum sampai.. Lagipun kata doktor, Nana masih muda sangat-sangat.. So banyak peluang nak hamil lagi..
Dengar kata doktor tu memanglah kami rasa lega.. Syukur sangat bila memang takde masalah kesihatan.. Cuma mungkin benar lah kata doktor, belum sampai rezeki lagi..
Kami redha dan terus bersabar di samping berusaha.. Takpe, kami yakin InshaAllah pasti sampai rezeki kami satu hari nanti..
Menuju ke tahun kedua perkahwinan, waktu ni kami dah sedikit tenang.. Tidak lagi terlampau stress..
Nana mula berfikiran positif dan berbaik sangka dengan Allah.. Nana selalu tanam dalam minda yang pasti ada hikmah di sebalik setiap percaturan Allah ni..
Nana mula fokus hanya kepada bisnes Nana.. Yang selalu Nana tanam dalam minda ialah "Mungkin Allah nak aku berjaya dalam hidup dulu, Allah nak aku naik master dulu, Allah nak aku punya kewangan kukuh dulu"
Dan untuk mempercepatkan kesediaan Nana sendiri, Nana struggle untuk berjaya di dalam bisnes.. Supaya Nana sendiri cepat bersedia untuk menjadi seorang ibu..
Nana ambil ini sebagai satu BIG WHY kenapa Nana perlu berjaya di dalam bisnes.. Supaya lebih cepat Nana berjaya, lebih cepat bisnes stabil, mungkin lebih cepat diri Nana sendiri bersedia untuk menjadi ibu..
Menuju ke tahun kedua perkahwinan kami lalui dengan sedikit tenang dan gembira.. Kami mula banyak spend time pergi bercuti dan sebagainya.. Banyak habiskan masa berdua.. Kerana kami selalu fikir, "Takpe, Allah nak bagi kita enjoy dulu puas-puas hidup berdua.. Mana tahu nanti terus dapat kembar?" Hahaha itu jelah ayat penyedap hati yang selalu orang cakap pada kami..
Dan Nana sangat bersyukur sebenarnya.. Sebab dikurniakan keluarga dan keluarga mertua serta kawan-kawan yang sangat menyokong.. Tak pernah bertanya pun pasal anak.. Dan kalau ada kami berbincang pasal anak, tidak pernah mereka mengguris hati Nana..
Nana bersyukur kerana tiada tekanan daripada mereka yang hampir dengan Nana.. Tekanan cuma daripada mereka yang tidak rapat je.. Tapi Alhamdulillah, kami semakin kuat dan redha waktu ini InshaAllah..
Tapi kami tetap berusaha.. Usaha dan terus usaha.. Cuma tiada lagi tekanan Alhamdulillah..
Dan Alhamdulillah juga, bisnes semakin stabil.. Kami semakin berjaya di dalam bisnes dengan izin Allah.. Menggenggam gelaran Master Coordinator di dalam Shaklee yang menjadi impian setiap SID..
Dan selepas beberapa lama naik Master, Nana masih belum hamil :')
Tapi takpe, waktu ni nana memang dah banyak positif dan redha.. Kesyukuran yang tertinggi buat Nana kerana Nana berada di dalam bisnes yang mendidik Nana untuk sentiasa berfikiran positif.. Nana sentiasa memandang yang positif daripada setiap yang Allah aturkan pada Nana..
Walaupun kelihatan seperti nak pujuk diri sendiri, tapi takpe.. Sebab hanya dengan berbaik sangka dengan Allah yang bantu Nana jadi kuat daripada sebelumnya..
Nana selalu yakin dan percaya, satu hari nanti pasti Allah akan izinkan Nana bergelar seorang Ibu akhirnya.. InshaAllah..
Walaupun kadang-kadang perasaan ada jugak goyah, tapi cepat-cepat Nana ingatkan diri untuk sentiasa baik sangka dengan Allah.. Banyakkan zikir dan mengadu pada Allah.. Hanya dengan cara itu hati Nana rasa tenang.. Alhamdulillah..
Melepasi tahun kedua perkahwinan.. Ketika ini perasaan lebih kepada redha..
Pernah Nana cakap dekat suami, "Abang, kalau ditakdirkan kita memang takde anak, abang nak kawin lain tak?" hahah benda tu je terlintas dalam kepala otak.. Sebab Nana kesian jugak dekat suami.. Nana tahu dia suka budak-budak.. Sebab kalau ada perjumpaan dengan kawan-kawan atau adik beradik, memang dia yang suka volunteer nak jagakan anak kawan-kawan Nana.. Budak2 pun selalunya suka pada dia..
Tapi sudahnya jawapan beliau mesti macam ni "Isy merepek je ayang ni. Tak semestinya kawen untuk dapat anak je. Takpela, kita boleh spend time jalan-jalan satu dunia"
Memang ku takkan bagi pun kalau dia cakap nak kawin lain pun.. Hahhaa never T___T
Selalunya suami memang rileks sikit.. Dia sebolehnya nak tunjuk yang dia tak kisah.. Ada anak okey, takde anak pun okey.. Tapi deep inside, Nana tahu dia pun berharap jugak dapat zuriat sendiri.. Tapi maybe dia taknak tunjuk sebab taknak Nana stress..
Masuk tahun kedua perkahwinan, lepas anniversary kami yang kedua.. Nana lebih kepada redha, tetapi Nana tingkatkan lagi usaha..
Terima kasih kepada beberapa orang kawan yang keep bagi semangat untuk Nana sentiasa usaha dan terus usaha, tetapi tanpa pressure..
Kalau tahun pertama Nana banyak stress tapi usaha kurang..
Tahun kedua kurang stress tapi usaha pun kurang..
Menjelang tahun ketiga, Nana mula tingkatkan usaha dan kali ini dengan perasaan yang lebih tenang dan redha..
Nana ambil supplement Shaklee sungguh-sungguh..
Nana usaha dan ikhtiar pelbagai cara..
Nana buat appointment dengan beberapa orang doktor pakar, just nak pendapat dari beberapa doktor berlainan..
Nana ingat lagi, waktu tu bulan September 2014.. Nana call Klinik Pakar Medina untuk buat appoinment.. Bayangkan, call bulan September, sekali dapat appoinmt bulan Februari tahun 2015..
Same goes dengan Klinik Dr Hamid Arshat.. Call appoinment bulan September 2014, tapi appoinment dapat bulan March 2015..
Tapi takpe, Nana sanggup tunggu..
Kenapa dah tak pergi KPJ? Sebab Nana nak cuba dengar pendapat doktor lain pulak.. Sebab kakak Nana sendiri pernah ada rawatan dengan Dr Hamid Arshat dan Alhamdulillah hamil beberapa bulan lepas tu.. Dan banyak dengar cerita ramai berjaya hamil lepas dapatkan rawatan dengan Dr Marshita di Klinik Pakar Medina tu..
Tapi biasalah, maybe sebab dua-dua ni doktor yang dikenali dan sangat terkenal so appoinment dia memang kemain lama lah kena tunggu hehe
Namun, ditakdirkan oleh Allah, kedua-dua appointment Nana tak dapat pun pergi akhirnya..
First appointment dengan Dr Marshita Nana terlepas sebab ada program masa tu.. Then set next appointment..Appointment dengan Dr Hamid Arshat pun terlepas tarikh.. Ingatkan diorang akan call ingatkan, rupanya memang takde.. Kena pandai-pandai ingat sendiri rupanya..
Sampai lah penghujung bulan March, Nana ada appointment dengan Klinik Pakar Medina.. Waktu tu family in law ajak pergi lepak hotel dekat Kuantan tapi kami tak dapat ikut sebab ada appointment dengan doktor..
Pagi-pagi lagi kami dah tercongok dekat Klinik Pakar Medina sebab nak ambil giliran.. And then pembantu klinik tu cakap suruh balik dulu.. Nanti diorang call bila dah sampai giliran..
Kami pun balik lah.. Naseb baik laaa rumah dekat je hah.. But then, sampai ke malam tak call2 pun.. T__T...Appointment yang kami tunggu2 selama ni terlepas macam tu je.. Kecewa, memang kecewa.. Tapi kami langsung tak give up..
Kami akan terus ikhtiar dan ikhtiar..
27 April 2015
Tarikh sepatutnya Nana datang period untuk bulan April..
Entah lah kenapa.. Terasa macam nak test UPT malam tu.. Saje-saje je.. Sebab Nana rasa badan agak lain macam sikit kali ni.. Macam nak period tapi entahlah.. Sakit pinggang semua cukup..
Then Nana pun buat test UPT tanpa ada perasaan apa2.. Berbeza sangat dengan sebelum-sebelum ni.. Sebelum ni kalau nak buat test UPT tu sure berdebar macam nak pecah dada.. Tapi this time berbeza.. Entah kenapa.. Rasa tenang je..
Selesai celup UP tester dalam urin, nana biar kejap..
Then tengok balik satu line je naik.. Hurmmmmmm.. Okey takpe, dah biasa kan :)
Tapi this time Nana tak terus buang.. Nana tunggu je lagi.. Selalunya lepas test kalau naik 1 line je memang Nana terus buang but not this time.. Kali ni Nana biar lama sikit..
Dan lama kelamaan, macam ada naik lagi satu line yang saaaaangattttt pudar sebelah line merah tadi tu.. Dada dah start berdebar.. Terus panggil suami tunjuk kat dia.. And jawapan suami..
"Betul ke? Abang tak nampak pun.. Bukan kot"
Hahhaha hampeh. Maybe husband taknak Nana berharap..
Then Nana snap gambar tu, hantar dekat kawan baik Nana, Mizah.. Tanya dia, dia nampak tak double line..
Mula-mula dia tak nampak.. Tapi finally dia cakap dia pun nampak ada satu line yang sangat pudar tepi line merah tu..
Feeling masa tu? Erm tak tahu nak kata apa sebab sebenarnya still tak percaya.. huhu
Yelahhhh.. Nak dekat 3 tahun kawen tak pernah dapat double line macam ni.. So memang rasa macam tak percaya pun ada.. Takut berharap pun ada..
Then esoknya Mizah pesan suruh test guna urin yang pertama sekali bangun tidur.. So Nana pun buat dan kali ni double line naik lebih cerah dari semalam :')
Tapi this time pun still macam tak percaya.. So Nana test pulak pakai tester mahal sikit.. Mula-mula beli jenama Watson je.. Then Nana guna Clearblue..
Actually, waktu ni pun still dok tak percaya.. Asyik tanya Mizah and husband..
"Betul ke ni?"
Bukan tak happy, tapi memang seriously Nana rasa macam tak percaya.. Maybe sebab lama sangat menanti.. Plus selama ni tak pernah dapat double line macam ni kan :')
Then sudahnya kami terus pergi klinik untuk pastikan betul-betul..
Alhamdulillah finally doktor kata, "Awak pregnant 4 minggu"
Allahuakbar.. Rasa nak gugur air mata waktu ni..
Lama kami menanti Ya Allah..
Berapa banyak dah air mata ini gugur Ya Allah..
Lepas solat zuhur, pulangnya dari klinik hari tu, lama Nana sujud..
Takde kata yang nak digambarkan kesyukuran waktu tu.. Syukur yang teramat sangat..
Allah sahaja yang tahu.. Menangis Nana di dalam sujud waktu tu..
Perasaan yang susah nak digambarkan.. Terharu, happy, macam tak percaya, macam mimpi..
Syukur Alhamdulillah.. Finally, berakhir sudah penantian kami selama 2 tahun 8 bulan :')
Terima kasih Allah atas kurniaan ini..
Allah beri di saat kami mulai redha.. Tapi tetap kami usaha dan terus usaha..
Dan saat ini, Alhamdulillah sudah 7 minggu anak ini ada dalam rahim mummy dia.. :') Tolong doakan nana dan baby sihat dan selamat sepanjang kehamilan ini..
Semalam masa scan, doktor cakap "Besar dah anak awak ni.. Nampak tak heartbeat dia kelip2 kat situ?"
Mengalir air mata Nana.. Ya Allah.. Ni yang aku tunggu selama ni.. Terima kasih Ya Allah.. Kau beri juga aku peluang ini akhirnya..
Nana doakan semua sahabat yang sedang ber TTC akan turut merasai nikmat ini satu hari nanti..
Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah.. Allah tak kejam.. Allah tak tidur.. Allah nampak setiap usaha kita..
Next entry Nana akan kongsikan antara ikhtiar Nana selama hari ini.. Mungkin boleh jadi panduan buat semua sahabat yang sedang ber TTC..
Sebab dari dulu Nana pernah janji pada diri, Andai Allah takdirkan satu hari nanti Nana berjaya hamil, Nana nak bantu orang ramai pulak utk hamil.. Sebab Nana sendiri pernah rasa bagaimana rasanya menanti dan menunggu kehadiran zuriat sendiri.. Nana faham sangat perasaan itu..
Mungkin masih terlalu awal untuk berkongsi.. Tapi InshaAllah, Allah tahu niat nana..
Sampai sini dulu ya.. jumpa lagi di next entry.. :)
Mohon doa daripada semua untuk Nana dan baby ya.. Moga Allah lindungi kami dan jauhi daripada segala bahaya.. Aminn
TQ Master Nana Macarona atas perkongsian yang sungguh memberikan inspirasi. Mesej yang beliau cuba nak sampaikan >>
- Jangan putus asa dengan rahmat Allah
- Redha dan sabar terutama dengan kata-kata negatif orang lain
- Konsisten amalkan suplemen Shaklee sebab natural based suplemen hebat ni biasanya akan bertindak macam ni >> detox dulu, lepas tu perbaiki apa yang tidak kena >> selesai, baru dia fokus secara intensif kepada masalah yang nak kita atasi. Sebab tu kena sabar dengan healing, kena sabar, kena sabar, kena sabar. Dan tingkatkan amalan serta pergantungan kepada Allah.
Nana, si cantik manis yang kini kaya dan berjaya dengan Shaklee, insyaAllah juga sedang menanti saat-saat melahirkan anak sulungnya. Sama-sama kita doakan beliau ok!
Jangan lepaskan peluang mendaftar keahlian secara PERCUMA!!
Jom Shaklee!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?