Thursday, December 3, 2015

PEPPERMINT GINGER PLUS BEST RUPANYA!

Dulu kan, sebenarnya saya pandang sepi je botol Peppermint Ginger Plus ni. Mana taknya, Peppermint ni tak la glamour sangat jika dibandingkan suplemen lain di rumah. Dan bukanlah antara suplemen paling hot diorder dalam kalangan customer kami. Pernah sekali suami guna time rasa perut berangin hari tu. Lepas tu botol Peppermint ni terus setia duduk di ruangan suplemen keluarga di dapur. Oh lupa, ada juga sekali Peppermint Ginger Plus ni dibeli oleh customer kami, seorang pensyarah. Semasa text beliau kebaikan Peppermint Ginger Plus ni, saya seolah membaca sekali lagi dan kali ni baru melekat kukuh dalam kepala tentang Peppermint Ginger yang best ni!
Ni dia bahan-bahan utama Peppermint-Ginger Plus ni:


Daripada kombinasi 4 herba dari timur dan barat ni, Peppermint-Ginger Plus dihasilkan di bawah prosedur standard dengan menggunakan teknologi sains terkini. Ia secara klinikal, sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk perjalanan, sendawa dan penghadaman.

Antara manfaat utama suplemen ini ialah:

  • Pudina : Melegakan otot perut. Ia mempunyai kesan penenang. Juga membantu dalam penghadaman, mabuk perjalanan, membantu melegakan kesakitan akibat gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Selain itu, pudina dapat melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kimoterapi. Pudina juga merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema. Paling best, perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.
  • Halia : Merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin semasa mengandung (morning sickness) dan selepas melahirkan anak (dalam pantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita dan halia berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk perjalanan (laut dan darat).
  • Pokok Adas (fennal) : Orang-orang Eropah mengambil sebiji selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut dan melegakan gejala flu. Ia juga membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.
  • Cekur Manis (anise) : Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembab serta memberi peredaran tenaga dalam badan dan lembut pada perut.
Peppermint-Ginger Plus ni boleh diambil sama ada ditelan bersama air, dihisap macam gula-gula atau dilarutkan dalam air panas sebagai teh herba. Best tau sebab wap pudina yang keluar bertindak sebagai aromaterapi yang menenangkan.

Suatu hari, anak Shaklee saya datang ke rumah, transit sebentar sebelum naik bas balik ke Bangi malam tu selesai majlis konvokesyen beliau. Kesian juga bila tengok dia asyik batuk. Terfikir nanti naik bas duduk sebelah orang lain mesti rasa tak best, kan. So, cepat-cepat rendam 4 biji Peppermint Ginger dengan air panas, buat macam teh herba. Moga batuknya reda dan dapat hilangkan mabuk perjalanan bila travel jauh ni kan. Ikhtiar saja. Tapi Alhamdulillah memang sangat membantu beliau melalui perjalanan yang panjang dengan selesa. 




Tak lama lepas tu Along pula batuk-batuk. Sekali lagi try rendamkan 4 biji Peppermint Ginger dalam air panas, bagi dia minum. Pesan dengan dia, mesti minum habis sampai ke serdak. Dan Alhamdulillah esok lepas bangun tidur, dah tak dengar bunyi batuk lagi. Juga try kepada ayah mentua yang batuk tak berhenti pada waktu malam. Alhamdulillah dengan izin Allah, siang esoknya boleh bergelak ketawa seperti biasa. Cuma malam kedua, bila nampak macam nak batuk, mak terus top up dengan Garlic Complex!. Dapatlah Abah lena dengan nyenyak sepanjang malam.



Sejak itu, sebotol Peppermint Ginger memang standby dalam beg. Selalu travel, memang perlu bende alah ni sebab dapat bantu hilangkan mabuk perjalanan kan. Dan dah dua kali di kem, buat teh Peppermint Ginger untuk students yang batuk dan sakit tekak. Alhamdulillah, alhamdulillah, memang saya dah jumpa caranya!


Jomlah tengok testimoni Peppermint Ginger ni, apa lagi dia boleh bantu!







Bestkan Peppermint Ginger Plus ni. Sebuah rumah, sebotol Peppermint Ginger >> WAJIB!


Jangan lepaskan peluang mendaftar keahlian secara PERCUMA!!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?