Tuesday, April 11, 2017

SURPRISE APA LAGI KALI NI??

Hari tu, dalam group riuh rendah member-member update tentang panggilan international trip ke Jepun. Wah, surprise dari Shaklee lagi. Sebab rasanya sebelum ni program ni tak ada dalam atur cara pun!. Ni yang akak jeles ni :-)


Diikuti dengan email dari Shaklee, memang confirm!. Dalam trip nanti, mereka akan berpeluang bertemu dengan saintis Jepun pemilik harta intelek penemuan rumusan NutriFeron!.


Tentu anda semua ingat dengan susuk tubuh kecil ini, yang sangat berjasa dalam dunia imunologi. Beliau merupakan ahli immunologi yang terkenal di dunia, iaitu Dr. Yasuhiko Kojima yang merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. 

Menariknya, beliau menghabiskan masa selama 40 tahun daripada umurnya dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, dan akhirnya beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. Hebat, tak?

Menariknya, NutriFeron tidak dijual di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee sahaja!

Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.


Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

Untung, kan!. Feeling yang sama semasa berpeluang bertemu dengan saintis Shaklee; Dr Bruce Daggy Februari lalu!

Oh ya, jom kita intai-intai sikit mana lagi destinasi mereka dalam trip 5 bintang ni?












Oh, tidak. Bikin jeles!
Doakan saya juga ya, menyertai mereka satu hari nanti!

Anda suka trip 5 bintang secara percuma juga?

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

SEBENARNYA, PENGHALANG KEJAYAAN TU IALAH KITA SENDIRI!

Jom baca kisah motivasi ni :-)

5 bulan lepas saya jatuh, duit dalam bank hanya tinggal RM970.00. Sebab jatuh? Berlaku miss management (kesilapan diri sendiri) dan juga ketirisan yang tak sepatutnya serta finishing dalam jualan yang tak tajam..

Dengan overhead sebulan sebanyak RM 30,000, saya fikir bagaimanakah saya boleh survive dalam keadaan ini. Ujian Allah, semua pekerja berhenti, kecuali seorang pekerja restoran. Duit tak ada. Pokai, hutang sana sini. 

Saya dah buat yang terbaik dan tidak pernah menganiyai sesiapa tetapi Allah ingin menyedarkan saya. Sebelum ni sedikit tidak berhati-hati dalam perbelanjaan dan pengambilan pekerja. Pekerja terlalu ramai. Overhead tinggi. Bidang tugas pekerja tidak jelas. 

Bila overhead tinggi, cash setiap bulan makin susut sampailah tinggal RM 970. Walaupun begitu, gaji tidak pernah saya tangguhkan. berapa yang dijanji, sejumlah itulah yang dibayar. 

Allah sayangkan saya, lalu digoncangkannya sedikit keadaan yang sedikit selesa sebelum waktu itu untuk kesedaran. Bayangkan dalam keadaan gawat, semua pekerja berhenti. Berhenti sebab tahu syarikat sudah tidak punya wang. Bagaimana production mesti berjalan? Bagaimana restoran hendak beroperasi..?

Bermulalah episod kerja siang malam. Pagi petang siang malam, saya kerja. itu yang paling tepat. Pagi proses chicken chop, malam memasak direstoran. 

Pada masa tu saya sedang menunggu kelulusan pinjaman SME Bank. Jumlahnya menghampiri RM1 juta. Saya sangat mengharapkan pinjaman tersebut tapi saya sedar, prosesnya ambik masa yang agak lama. Sampai bila saya harus mengharapkan sesuatu yang saya tak tahu tempohnya. Saya fikir, saya tak boleh tunggu lagi dan saya terpaksa gunakan modal yang mana ada saja untuk buat 'bounce back'.

Saya bertekad untuk perbaiki semula kesilapan saya sebelum ini dan saya juga bertekad bahawa saya akan BANGKIT SEMULA!! 

Bagaimanan saya bangkit semula? 

Saya gunakan RM900 yang masih ada untuk buat sebanyak 180 kotak chicken chop. Jual cash.. Satu hari saya dapat jual kesemua 180 kotak tersebut. Saya gunakan kesemua hasil jualan hari pertama tu untuk dijadikan modal proses chicken chop untuk proses hari kedua. 

Saya mampu proses 250 kotak daripada kesemua hasil jualan pada hari pertama. Pada sebelah malamnya pula saya buka restoran dan keuntungan disitu saya sumbangkan kepada modal untuk proses frozen chicken chop.

Cukup putaran proses selama 3 minggu, saya sudah punya modal untuk proses hampir 500-700 kotak Frozen Chicken Chop sehari. Bila stok buffer sudah mencukupi, maka bermulalah penghantaran semula stok ke stokis-stokis negeri seperti mana yang saya sudah buat sebelum ini. Saya baiki balik kelemahan dan perkuatkan. Negeri yang tiada wakil, saya wujudkan. 

Oleh kerana kos penghantaran adalah tinggi, saya ambik keputusan untuk pergi hantar sendiri stok ke stokis-stokis. Kalau sebelum ini, saya mampu dan punya dana untuk menggunakan iklan akhbar, radio, berpuluh ribu flyers, beratus poster, banting dan banner, tapi kali ini tidak. Bajet tidak sesegar dulu. Dengan itu saya hanya gunakan facebook sebagai medium pemasaran dan pengiklanan saya sebab ianya percuma.

Dengan usaha pagi petang siang malam, saya mampu stabilkan kedudukan kewangan syarikat. Setelah 4 bulan berjuang antara hidup dan mati untuk menyelamatkan syarikat, saya dapat berita yang mengembirakan bahawa pinjaman SME Bank saya diluluskan. Alhamdulillah, selain dari dapat menyelamatkan dan menstabilkan kembali syarikat, saya dapat hadiah kedua iaitu pinjaman perniagaan diluluskan walau agak panjang tempoh penantian. Syukur Alhamdulillah, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. 

Pada saya, ini adalah pengalaman perniagaan saya yang sebenar dan paling mencabar sepanjang tempoh 7 tahun saya melibatkan diri dalam perniagaan ini. Saya tak sangka dengan hanya RM900 pun kita boleh bangkit semula dan berjaya selesaikan overhead berpuluh-ribu RM sebulan. Bukan satu bulan, tapi 4-5 bulan.

Modal terbesar kita bukan WANG tetapi DIRI SENDIRI!

Daripada cerita apa yang saya dapat simpulkan....dan apa yang saya belajar dari sini;

Kalau duit banyak, modal banyak
Tapi diri sendiri MALAS
Banyak sangat beralasan
Semuanya tak boleh jadi.
Memang tidak akan ke mana

Modal paling besar ialah SEMANGAT dan KEINGINAN kita sendiri

NAK SERIBU DAYA TAKNAK SERIBU DALIH

Contoh yang terdekat dalam bisnes Shaklee ni, kita dok cakap nak rank up..nak rank up

Tapi usaha sikit pun xdak

Customer lari..kita pun nak lari
Down..
No no no!!!

Sepatutnya bila customer lari, kita kena fikir apa kekurangan kita, apa silap kita.
Adakah aku tackle dia habis-habisan?

Kenapa customer ni tak nak beli dengan aku?
Aku tak dhuha ke pagi tadi?
Aku tak serius ke minta dengan Allah?

Jangan harapkan customer 100%
Allah sepatutnya nombor 1!
Modal diri dengan pertolongan dan keizinan Allah, sebabnya...
we're nothing without Him!


Ayuh bangkit dan bersemangat di pertengahan April ni.
Moga kita terus bersemangat bila renung kembali wajah-wajah kesayangan....
para BIG WHY kita!

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Monday, April 10, 2017

BERAPA LAMAKAH JANGKA HAYAT VITAMIN ANDA?

Korang perasan tak, selalunya bila dapat saja vitamin yang diorder, perkara pertama yang kita akan perhatikan ialah tarikh luput!

Even, nak beli apa-apa produk sekalipun, inilah perkara yang akan kita titik beratkan.


Kepada SID, pernah tak dapat aduan macam ni?



Biasalah kan, kalau kita alert dengan label-label di botol produk, produk apa punlah, bila kita noticed tarikh luput dah hampir dekat, tentulah kita pun akan ajukan soalan yang sama.

Dalam website Shaklee, perkara ini ada dinyatakan dalam panduan kepada para penggunanya: 

"EXP" indicates the expiration date; that is, the date by which the supplements in the bottle will have degraded to the point that the percent of DV listed on the label is no longer accurate. Consuming supplements that are past their expiration date is usually not harmful, but since the full nutritional value is not received by the consumer, it is recommended that supplements that have passed their expiration date be replaced with fresher ones.

Saya berterima kasih kepada Cikgu Hifzan yang sudi menerangkan dengan lebih lanjut tentang perkara ni, yang mungkin sedikit sebanyak akan menjawab semua persoalan anda tentang jangka hayat vitamin ni:

Vitamin dah sampai tarikh luput. Macam mana tu?

Bila sesuatu vitamin tu dah sampai ke tarikh luput yang tertera di botol, kita akan cepat cemas, kan. Tetapi tahukah anda, secara tepatnya, sesuatu vitamin yang tamat tempoh adalah vitamin yang telah kehilangan potensi dan keberkesanannya selepas suatu tempoh atau jangka masa yang panjang.

Banyak faktor yang mempengaruhi jangka hayat sesuatu vitamin itu, antaranya seperti faktor haba, kelembapan dan juga pembungkusan.

Apabila banyak vitamin disimpan di tempat yang sama, vitamin yang berbentuk tablet akan kehilangan keberkesanannya lebih cepat berbanding vitamin yang didatangkan dalam bentuk kapsul.

Expired date yang tertera di botol ialah cuma jangkaan tarikh maksimum dan keadaan sebenarnya ialah bergantung kepada cara penyimpanan vitamin tersebut.

Menurut www.livestrong.com, tempat yang paling sesuai untuk menyimpan vitamin ialah ruangan yang gelap seperti dalam tuala, linen atau baju-baju. Mungkin maksudnya simpan dalam almari yang tertutup dan gelap la kan. Menurut laporan dari Purdue University News Service, kaedah ini adalah lebih baik berbanding menyimpan vitamin di ruang dapur yang mungkin agak panas, dan juga dalam peti sejuk, di mana membuka dan menutup penutup botol vitamin itu membolehkan pemeluwapan atau proses kondensasi terbentuk dalam botol tersebut.

Selamat ke kalau makan juga vitamin yang dah sampai tarikh luput?

InsyaAllah selamat. Harvard Medical School melaporkan, tidak berbahaya untuk mengambil vitamin yang dah sampai tarikh luputnya. Cuma keberkesanannya mungkin berbeza dan berkurangan berbanding vitamin yang kita baru beli. 

FDA (USA Food and Drug Administration) pun sebenarnya tidak meletakkan syarat wajib untuk memaparkan tarikh luput bagi sesuatu suplemen, tapi syarikat-syarikat besar seperti Shaklee meletakkan tarikh luput supaya pengguna aware dengan tahap kesegaran dan keberkesanan produk.

Boleh tak still consume vitamin yang dah sampai tarikh luput?

Boleh. Vitamin tu tetap selamat dimakan kerana ia tidak akan menjadi racun atau toksin dalam badan. Tak la macam kita makan makanan lain yang dah expired. Tentulah bahaya, kan.

Setakat ni, belum ada laporan masalah kesihatan akibat pengambilan vitamin yang dah tamat tempoh. Selagi fizikal vitamin masih kekal seperti sedia kala, tidak berubah bau dan warna, habiskanlah vitamin anda tu ya. 

Pada pertengahan Januari 2015, Shaklee juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai jangka hayat semua produk Shaklee (Shaklee Product Shelf Life).


Shaklee telah memastikan semua aspek berkaitan produk adalah selamat digunakan oleh pengguna. Antara faktor yang dipertimbangkan dalam pengeluaran produk Shaklee ialah:
  • cara pembungkusan produk
  • perbezaan iklim
  • cara penghantaran
Shaklee sangat komited dalam memastikan produk sampai kepada anda dengan selamat dan manfaat yang kekal sama seperti yang dinyatakan.

Hmm...Terima kasih sebab gigih membaca penerangan yang panjang lebar ni.
Apa pun, paling baik, jangan culas makan vitamin ya. Ikut baik-baik jadual pemakanan yang dinasihatkan kepada anda dengan baik. OK!


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Friday, April 7, 2017

GUSI BERDARAH, OUCH!

Gusi berdarah. Pernah alami tak?

Kebanyakan daripada kita pasti akan mengalami gusi berdarah dan gigi sensitif (gingivitis) pada satu ketika dalam hidup, tetapi perkara ini lebih kerap berlaku jika seseorang itu hamil. Hormon-hormon kehamilan boleh membuatkan gusi bengkak. Ini bermakna ia lebih mudah dan lebih kerap berdarah, terutamanya apabila memberus gigi atau memflos.





Selain hamil, pendarahan gusi boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor risiko dan penyebab:
  • Pendarahan gusi sebagai tanda umum penyakit Periodontal (penyakit gusi) serta pembentukan plak 
  • Pendarahan gusi berkaitan dengan faktor sistemik dan masalah perubatan seperti jangkitan virus, perubahan hormon, penyakit hematologi, ubat-ubatan serta kekurangan nutrisi seperti vitamin k dan asid askorbik
  • Pendarahan gusi disebabkan oleh kecederaan fizikal pada tisu gusi kerana teknik pembersihan mulut yang tidak betul, alat pembersihan mulut yang tidak tepat, kecederaan oleh benda asing seperti terlekat tulang ikan
Sebaik sahaja menyedari bahawa gusi kita mudah berdarah, maka sangat perlu untuk kita berjumpa doktor gigi dengan segera untuk mengetahui punca-puncanya. Pengesanan awal adalah sangat penting kerana bergantung kepada faktor penyebabnya.

Ia adalah sangat penting untuk kita meneruskan rutin yang baik di rumah bagi penjagaan gigi dan gusi yang sihat. Antara langkah-langkah pencegahan termasuklah:
  • Memberus gigi secara kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari, untuk menanggalkan sisa makanan dan plak antara gigi. 
  • Pembersihan celah-celah gigi menggunakan flos dengan teknik yang betul diperlukan terutamanya di kawasan celahan gigi yang rapat sekurang-kurangnya sekali sehari. 
  • Penggunaan ubat kumur antiseptik sebagai tambahan kepada pembersihan gigi yang dapat membantu untuk menyingkirkan kuman-kuman 
  • Makan makanan yang seimbang dan pengurangan kekerapan dan jumlah pengambilan gula juga dapat membantu dalam mengurangkan pembentukan plak.
  • Berhenti merokok dapat meningkatkan sistem pertahanan badan anda dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit berkaitan merokok termasuklah penyakit gusi.
  • Sentiasa berwaspada mengenai sebarang tanda-tanda amaran dan simptom-simptom masalah gusi seperti gusi kemerahan, berdarah, tidak selesa, perubahan bentuk gusi, penyusutan gusi, kehadiran nanah, gigi longgar, gigi yang telah berubah kedudukan dan nafas berbau.
  • Sentiasa berjumpa doktor gigi (sekurang-kurangnya dua kali setahun) 
Langkah pencegahan adalah cara yang terbaik untuk membantu mengekalkan kesihatan mulut yang baik. Lebih awal kita mencegah dan menangani masalah-masalah gusi, lebih tinggi peluang bagi kita mengekalkan gigi untuk seumur hidup. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, kannn!

Oh ya, sumber dari SINI.

Ni ialah suplemen untuk membantu mereka yang menghidapi penyakit gusi berdarah ini.


Selalunya, doktor gigi akan suruh kumur dengan Listerine,

jadi kita support dengan Sustained Released Vita C Plus untuk kurangkan bengkak, merangsang pembentukan kolagen, memperbaiki simptom pendarahan di gusi dan boost immune;

OsteMatrix pulak supply kalsium untuk menguatkan gusi dan gigi, merawat gusi berdarah

Then add on B Complex untuk beri tenaga, redakan sakit, bantu tingkatkan kesihatan oral dan rawat radang gusi

Moga-moga cepatla lega dan kembali jalani hidup dengan lebih baik, x gitu?

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Thursday, April 6, 2017

ADA UBAT KUAT TAK?

Kuatkan daya tahan badan, maksud akak...

Ya, lah. Cuaca tak menentu sekarang ni, kan!

Sat panas sat hujan
Sorang demi sorang anak-anak demam, batuk, selesema, cirit-birit, jangkitan sana-sini

Mak ayah yang jaga anak pun mula rasa nak demam, tapi kuatkan semangat demi anak
Especially mak lah

Kalau mak 'tumbang', habis.. Ya lah, mak ni sumber kekuatan keluarga

Takpa mak.
Mak-mak dah usaha macam-macam cara, buat yang terbaik, betul x

Satu lagi ikhtiar untuk boost immune seluruh keluarga adalah dengan NutriFeron

Bagaimana NutriFeron membantu?



NutriFeron ni patented to Shaklee saja. Takde jual di kedai 😉

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Wednesday, April 5, 2017

JANGAN INGAT IBU-IBU TAK POWER!

"Power Pumping lagi?"

Saya tahu ada yang malu-malu nak tanya pasal ni. Nak tahu, tapi malu. Macam mana tu?

Mai nak cerita...

Teknik Power Pumping adalah satu aktiviti yang diselitkan beberapa sesi dalam jadual pengepaman harian, bertujuan nak boost pengeluaran susu ibu. Bagi ibu yang susunya meriah, mungkin tak perlukan top up teknik ni dalam rutin penyusuan anak mereka, tetapi sangat membantu kepada golongan yang susunya drop atau mengalami masalah pengeluaran susu yang sedikit.



Untuk pengetahuan anda, teknik power pumping ni mimic baby menyusu seperti waktu 'growth spurt'. Waktu growth spurt biasanya bayi mahu mengempeng sahaja. Waktu itu, lebih banyak tercetus penghasilan hormon prolaktin yang memberitahu tubuh si ibu,

"BUAT SUSU BANYAK LAGI, BANYAK LAGI, LAGI, LAGI!!!
LAGI BANYAK PERMINTAAN, LAGI BANYAK SUSU DIHASILKAN!"

Teknik Power Pumping ni membantu siapa?

  • Ibu yang kekurangan susu, masalah susu merudum dan ingin berusaha untuk meningkatkan semula pengeluaran susu. Susu ibu kurang mungkin disebabkan faktor perubahan hormon, ibu didatangi haid, kurang mengepam dan lain-lain.
  • Ibu ingin melakukan relaktasi, atau menyusukan kembali si anak setelah anak telah berhenti menyusu susu ibu pada jangka masa tertentu.
  • Ibu yang mengambil anak angkat yang masih kecil dan berhasrat menjadikan anak tersebut anak susuannya.
Bila masa terbaik untuk melakukan teknik ni?

Mengikut pengalaman saya sendiri, untuk merangsang pengeluaran susu yang konsisten, teknik ini hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya satu atau dua sesi setiap hari.

Saya suka buat pada waktu tengah malam dan pagi, kerana pada waktu ini, penghasilan susu lebih banyak dan masa yang diperlukan adalah 1 jam yang tenang tanpa gangguan dan stress.

Kena sabar ya sebab kesan terbaik hasil pengamalan teknik ini terhadap produktiviti susu ibu boleh dilihat seawal satu hingga dua minggu. Jadi, jangan berhenti dan teruskan usaha anda ini ok!.

Macam mana pula nak lakukan power pumping ni?

Jika anda mempunyai double pump,


:heart_eyes: Mulakan sesi mengepam 20 minit,

:sunglasses: Rehat 10 minit

:heart_eyes: Sambung mengepam 10 minit

:sunglasses: Rehat 10 minit

:heart_eyes: Final mengepam 10 minit

SIAP!

Jika anda mempunyai single pump,


(sorry ya saya peminat dan pengumpul pam-pam keluaran Medela yang comel ni ☺)

:heart_eyes: Pam kanan - 10 minit

:kissing_heart: Selepas itu pam kiri - 10 minit

Sehingga cukup 1 jam, diselang-selikan.

Mudah sungguh!

Sambil mengepam, kita berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah perbanyakkan susu supaya cukup buat anak tercinta kita, okay!. Insya Allah. Moga Allah izinkan kita dapat sempurnakan penyusuan susu ibu dua tahun seperti mana yang agama sarankan!


Jadi dah tahukan tentang power pumping?.

Senang saja, kan. Tapi menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi.

Oh, ya. Dah tahu, share lah kepada kawan-kawan, moga-moga ilmu yang sedikit ni akan dapat memberi manfaat kepada orang lain ya!


Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Tuesday, April 4, 2017

PANDANG KESAKITAN DENGAN MATA HATI, KAU MAMPU?

Mampu ke tak?

Kita manusia tidak sempurna. Kadang-kadang tak mampu mengawal diri, merungut dengan ujian yang Allah turunkan.

Apa kata, kita belajar didik hati, mudah-mudahan Allah tidak akan meninggalkan kita dalam apa jua urusan dunia, apatah lagi urusan akhirat kita.



Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:

1) Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

8) Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

10) Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk sujud kita lebih khusyuk, Tasbih Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan Mati,
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.. Ayuh Zikir, fikir, syukur & sabar

Copy Paste

Jom Shaklee!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad