Thursday, April 9, 2015

MASTITIS : PENGETAHUAN YANG PERLU ADA KEPADA SETIAP IBU YANG MENYUSUKAN BAYI

Saya ibu menyusu. Alhamdulillah diizinkan Allah menyusukan dua orang anak selama lebih dua tahun. Sebagai pengamal penyusuan eksklusif (tanpa campur tangan susu formula), tentu tak lari daripada mengalami pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang tempoh penyusuan berlangsung. Antaranya ialah MASTITIS.

“Saya rasa saya mengalami mastitis” 

Jarang kita dengar tentang istilah ni, kan. Kalau bengkak susu, ya lah memang sinonim dengan ibu yang menyusu. Sebenarnya, Mastitis atau bengkak susu ni berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptom-simptom seperti selsema. Segeralah berjumpa doktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya, teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.


“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit pada payudara. Ada yang tidak kena?”

Ini bermakna salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.

Soal jawab sebegini memang selalu ada. Memang seronok membantu rakan-rakan seperjuangan dalam dunia penyusuan ini. Apa pun, jomlah kita belajar sikit tentang MASTITIS, semoga info yang ada ni dapat memberi manfaat kepada lebih ramai ibu di luar sana!




Apakah Mastitis?


Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan "duktus tersumbat" sebab anda akan terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada. 



Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius temasuklah seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah celcius dan keletihan. Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan. 


Jika anda mempunyai mastitis, anda bukanlah keseorangan: kira-kira seorang dalam 10 orang ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. Walapun anda mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada satu kali, jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa. (Harap ini menyenangkan hati anda!).

Apakah punca Mastitis?


Apa yang diketahui ialah mastitis selalunya disebabkan oleh "stasis susu" yang mana pengaliran susu terberhenti. Ini berlaku apabila susu "mengundur kebelakang" sebab susu itu dihasilkan lebih cepat daripada ia mengalir keluar. Selalunya ini ialah sebab bayi anda tidak mampu mengosongkan buah dada anda sepenuhnya semasa dia menghisap. Lazimnya punca masalah terletak pada cara bayi anda melekap ke dada semasa menyusu. Jika anda dan bayi anda kurang tahu bagaimana untuk melekap dengan baik, susu tidak akan disedut keluar dengan efisien. Sebab-sebab lain mastitis termasuklah pembengkakan buah dada yang tidak menurun dan kembali normal atau anda tidak menyusukan mengikut rutin terjadual atau trauma kepada buah dada, yang mana akan menyebabkan stasis susu melarat sehingga menjadi mastitis. 



Mastitis yang berasalkan infeksi mungkin berlaku disebabkan stasis susu atau serangan kuman; tetapi, bagaimana infeksi boleh melarat ke buah dada adalah kurang difahami. Sesetengah wanita yang pernah menghidapi mastitis juga mempunyai puting yang merekah dan infeksi mungkin menembusi masuk melalui rekahan atau fisur puting dan terus ke sistem limfa buah dada. Ada pula pakar yang berpendapat bahawa mastitis dan puting merekah adalah simptom yang disebabkan teknik melekap yang kurang baik, jadi kedua-dua perkara ini boleh dikatakan berkait juga. 

Anda mungkin akan dijangkiti mastitis jika anda menjadi ibu buat pertama kali tetapi ibu-ibu yang lebih berpengalaman menyusu juga boleh menghidapinya. Mastitis boleh berlaku pada bila-bila masa semasa anda menyusukan anak tetapi biasanya ia berlaku dalam bulan pertama selepas bersalin semasa anda baru mula belajar tentang penyusuan.




Bagaimanakah saya boleh merawat Mastitis?


Jangan berhenti menyusu – ini akan memburukkan lagi mastitis. Hubungi doktor anda dengan segera. Doktor anda akan menasihatkan anda supaya berjumpa dengan kaunselor penyusuan atau dia akan memberikan anda antibiotik atau kedua-duanya, bergantung kepada tempoh jangkitan dan berapa serius keadaan anda. (Tanya doktor anda sama ada ubat yang dipreskripsikan kepada anda boleh menjejaskan bayi anda, tapi maklumlah bahawa antibiotik yang biasa diberikan untuk mastitis adalah selamat untuk bayi). Dia juga akan menasihatkan anda supaya berbaring dan rehat, mengambil ubat menahan sakit dan bertuam dengan jaram panas. Dalam masa 24 jam berikutnya, apabila antibiotik mula menunjukkan kesan, anda akan berasa lebih sihat, dan kesan yang sama juga diperolehi jika tiada berlakunya infeksi. 



Jika anda menghadapi masalah yang mana bayi anda kurang cekap melekap dan menyusu dengan baik, antibiotik tidak akan berkesan untuk jangka masa yang panjang. Untuk mengelakkan daripada mastitis, anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat terlebih dahulu. Baca dengan lebih lanjut panduan terperinci untuk penyusuan bagi menentukan sama ada bayi anda sudah boleh melekap pada buah dada anda dengan betul. 

Anda boleh meminta doktor anda merujukkan anda kepada kaunselor penyusuan atau anda boleh meneliti senarai organisasi penyusuan sebagai sumber tambahan untuk mendapat nasihat. Bacalah artikel kami mengenai duktus tersumbat untuk tip-tip bagaimana boleh mencegah mastitis daripada berlaku berkali-kali dari awal lagi. 

Ada juga ibu yang enggan menggunakan antibiotik sehingga mereka telah pasti tiada rawatan lain yang ada. Mungkin anda mahu mencuba penyelesaian sendiri, tapi dalam pada itu, pastikan juga antibiotik ada dalam kabinet bilik mandi sekiranya diperlukan nanti. Apa yang penting ialah pengawasan diri sebab jika mastitis itu tidak beransur sembuh, ia boleh membawa kepada abses buah dada yang merbahaya dan perlu dirawat segera (atau dibedah) untuk mengeringkannya. 

Sama ada anda bertindak untuk mengambil antibiotik dengan segera atau menunggu sehingga 24 jam dahulu, anda boleh melegakan keadaan dengan mencuba yang berikut:

  • Pastikan bayi anda melekap dengan baik pada buah dada anda dan dia menyusu dengan betul.
  • Cuba gunakan beberapa posisi menyusu untuk mendapatkan posisi yang paling membantu bayi melekap dengan baik.
  • Untuk memastikan buah dada yang dijangkiti dikosongkan sepenuhnya, susukanlah bayi anda sekerap yang dia mahu.
  • Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika anda merasakan bayi anda tidak menyusu dengan baik.
  • Ada ibu mendapati pam buah dada dapat mengeluarkan susu dengan lebih baik daripada hisapan bayi, terutamanya ketika mereka mengalami puting perit.
  • Jika anda berasa tidak sihat, rehatlah sebanyak mungkin.
  • Anda akan dapati bahawa anda merasa lega jika dikenakan haba kepada kawasan yang terjejas dengan menggunakan kain panas atau jaram atau mandian panas. Sesetengah ibu mendapati bahawa jaram sejuk lebih berkesan.
  • Jika urutan buah dada melegakan, urutlah perlahan-lahan semasa bayi anda sedang menyusu untuk melancarkan aliran susu. Urutan yang kuat boleh menjejaskan mastitis sebab susu yang telah "terbocor" akan tertolak masuk kembali ke dalam tisu buah dada.
  • Anda juga boleh mengambil ubat penahan sakit untuk membantu melegakan sakit. Parasetamol boleh diambil sepanjang tempoh penyusuan dan boleh membantu mengurangkan keradangan dan juga kesakitan.


Penggunaan kobis pun boleh membantu meredakan kesakitan akibat Mastitis

Berapa lamakah Mastitis akan berterusan?

Jika didiagnosis di peringkat awal, mastitis adalah mudah dan cepat untuk dirawat, dan anda akan akan berasa 100 peratus lebih sihat dalam sedikit masa. Jika anda mula mengambil antibiotik (juga bagi kes bukan infeksi), pastikan anda menghabiskan semua ubat itu. Jika buah dada anda masih bengkak dan suhu badan masih tinggi, hubungilah doktor anda. 

Perlukan saya berhenti menyusu jika saya menghidapi Mastitis?


Tidak. Malah, adalah penting bagi anda meneruskan penyusuan semasa mengalami mastitis. Walaupun kadang-kala anda merasa sakit yang terlampau, anda perlu menyusukan bayi anda sekerap mungkin untuk melancarkan pengaliran susu. Cuba letakkan flanel yang hangat pada buah dada untuk beberapa minit sebelum setiap penyusuan – ini akan membantu anda merasa lebih selesa dan memudahkan penyusuan. 



Jika bayi anda tidak mengosongkan buah dada yang radang bengkak apabila menyusu, gunakan pam buah dada untuk mengosongkannya. Dan jika anda terasa amat sakit apabila menyusu, cuba perah susu anda dan berikan susu ini kepada bayi anda dengan menggunakan cawan atau botol. 


Adakah Mastitis menjejaskan bayi saya?


Betapa sakit dirasakan semasa menghidapi mastitis, ia tidak menjejaskan bayi anda dan adalah selamat untuk bayi anda menyusu pada buah dada yang radang bengkak. Bagi mastitis jenis infeksi pun di mana bayi anda akan menelan bakteria yang terkandung dalam susu buah dada yang terjejas, apa yang berlaku ialah bakteria akan dibunuh oleh asid dalam perut bayi anda. 



Sumber : 

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah ini, Lecithin Shaklee pun boleh diambil untuk membantu mengurangkan bengkak susu. Lecithin membantu memecahkan lemak-lemak susu dalam payudara dan dapat melancarkan pengaliran susu ibu selain bagus untuk saraf dan perkembangan otak bayi. Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600 - 4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.

Cara pengambilan Lecithin yang detail boleh dibaca dalam artikel Lecithin Treatment for Recurrent Plugged Duct ya!



Jom kita lihat ShakleeEffect yang dirasai oleh ibu-ibu menyusu yang berpuas hati dengan Lecithin!








Get Shaklee Today!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?