Saturday, April 11, 2015

BACK TO BASIC : DOA + DOA + SABAR = KUNCI KEJAYAAN!

MINTA TOLONG KEPADA ALLAH 
Al:Fatihah [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan

SABAR & SOLAT
Baqarah [45] Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang

Baqarah [153] Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

BILA? 
Baqarah [214] : …….Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

SIAPA?
Ar-Rum [47]…..dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.

Al-Hajj [40]……dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. [41] Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Muhammad [[7] Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

ALLAH SAHAJA YANG BOLEH MENOLONG
 Al-Mulk [20] Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah?

Kahfi [43] Dan dia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah dan dia pula tidak dapat membela dirinya sendiri. [44] Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dialah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

Nasr [1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah); [2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai; [3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Ali-Imran [123] Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

Ali-Imran [160] Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengecewakan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. 

Renung2kan ye.. jawapan dan penyesaian masalah kita semua TIADA pada tangan saya mahupun tangan sesiapapun.. tetapi MOHONlah daripadaNYA..BERDOA DOA DOA DOA..
  • doa diberi kekuatan membuat bisnes
  • doa agar diri sentiasa ISTIQAMAH sepanjang 12 bulan pertama..
  • doa diberi semangat yang positif
  • doa diberi kesabaran menghandle customer menghandle famili
  • doa diberi kesabaran menunggu impian tercapai
  • doa diberi ilham cara untuk marketing
  • doa mohon agar disenangi dan disukai orang
  • doa diberi kesabran mendidik anak-anak buah / rakan kongsi
  • doa DITEMUKAN dgn org yg nak beli daripada kita
  • doa ditemukan dgn orang yg nak buat bisnes
  • doa doa doa doa
  • doa doa doa doa doa
AKAN TETAPI,

usaha dan doa perlu seiring..bukan sekadar DOA.... tapi jgn lupa ..genggam dengan KEMAS kunci SABAR.. kerana itulah kunci pintu kekayaan dan kejayaan... renung2kan..

TQ Nanny Cery Mama Faiz

Get Shaklee Today!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?