Baca tajuk dengan nada berbeza kali ni.
Peranan petua-petua lama yang diwarisi daripada nenek moyang kita memang tidak dapat dinafikan keindahannya. Bermula dari 'mulut ke mulut', dicuba sendiri dan diakui keberkesanannya, membuatkan masyarakat moden hari ini tidak memandang enteng khasiat petua lama warisan Melayu.
Kali ni saya nak berkongsi petua orang lama tentang masalah harian bayi. Ibu-ibu muda bolehlah cuba kalau dah puas berikhtiar dengan cara moden ni.
MENANGGALKAN TALI PUSAT BAYI
Taburkan sedikit abu dapur di atas pusat bayi. Bungkuskan tali pusat bayi dengan kain kasa. Hasilnya, pusat bayi akan mudah ditanggal.
UBAT RUAM
Gunakan tepung ubi untuk merawat ruam pada badan anak anda. Caranya, lumurkan di bahagian tertentu seperti di leher, punggung dan dada.
Sapukan minyak kelapa pada ruam bayi. Lakukan dua kali sehari sehingga ruam tersebut hilang.
Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian, ambil sedikit dan letakkan dalam kain jarang. Ikat dan picit sehingga keluar kanjinya. Air kanji ini disapukan pada ruam panas.
KURAP SUSU
Parut beberapa biji ubi bemban. Kemudian, perah dan dapatkan airnya. Campurkan perahan tersebut bersama sedikit bedak sejuk dan sapukan di tempat berkenaan. Amalkan beberapa hari. Insya Allah kurap tersebut akan hilang.
KUDIS DI KEPALA BAYI
Ambil tiga helai daun pandan, tiga helai daun serai, asam gelugur dan sedikit air. Bahan-bahan ini direbus sehingga asam gelugur kembang. Setelah air rebusan suam, mandikan bayi dengan air rebusan ini di bahagian kepala. Lakukan setiap kali memandikan bayi.
MENGURANGKAN SELESEMA
Bersihkan dan lapkan hidung bayi dengan menggunakan tuala bersih. Sediakan air kunyit yang cukup tua. Bagi mendapatkan air kunyit, anda boleh menumbuk atau mengisarnya. Sapukan air kunyit ersebut di bahagian hidung hingga ke mulut. Amat berkesan sekali kerana bayi akan bernafas dengan selesa selepas itu.
Ambil batang daun sirih, tekankan hingga keluar lendirnya. Kemudian, sapukan pada batang hidung bayi.
Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya.
KULIT BAYI CANTIK
Bakal ibu disyorkan makan tiga biji epal merah setiap hari sejak awal mengandung.
INGINKAN BAYI BERAMBUT KERINTING
Makan lima hingga sepuluh isi kerang rebus setiap hari dari awal mengandung hingga cukup bulan. (Errrrkkk, toksin tinggi oooo dalam kerang :-))
INGINKAN BAYI KULIT CERAH
Makan banyak sayur-sayuran hijau terutama sayur bayam, selain itu, lebihkan juga makan telur ayam kampung. Amalkan sehingga melahirkan anak.
KULIT BAYI CANTIK
Bagi ibu-ibu yang mengandung enam atau tujuh bulan, amalkan minum air kelapa muda seminggu sekali. Tetapi jangan terlalu kerap kerana ini tidak elok untuk bayi dalam kandungan.
Ok. Nanti kita sambung lagi di PART 2.
Ok. Nanti kita sambung lagi di PART 2.
Get Shaklee Today!
Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?