Tuesday, April 28, 2015

PEMBEDAHAN CAESAREAN : APA YANG PERLU KITA KETAHUI?

Saya ditakdirkan melalui pembedahan caesarian secara kecemasan (emergency c-section) semasa melahirkan anak ketiga kerana masalah unstable lie dan anak keempat kerana prolonged labour. Redha sajalah kan dah itu takdirnya. Sepanjang menunggu tempoh dimasukkan ke dewan pembedahan, sempatlah melalui pengalaman diberikan beberapa kaedah bagi menahan sakit semasa contraction. Ada yang bertindakbalas dengan baik dan ada yang tidak memberi impak walau sikitpun kepada badan. Selalunya tu, taklah. Degil sungguh badan ni. Haha, bab penahan sakit semasa contraction ni nantilah ya kita cerita dalam entry akan datang.

Apapun, nak kongsilah pembacaan saya tentang pembedahan caesarian ni, yang saya perolehi di SINI. Moga bermanfaat.

kredit : http://birthwithoutfearblog.com/2012/10/07/amazing-footling-breech-cesarean-birth-photos/

Adakah pembedahan caesarean selamat, berbanding kelahiran biasa?

Secara amnya, kaedah bersalin secara normal adalah lebih selamat berbanding pembedahan caesarean. Ini bukan sahaja untuk kehamilan anda sekarang, tetapi juga untuk kehamilan anda yang seterusnya. Kaedah bersalin normal juga lebih baik untuk kesuburan anda pada masa hadapan. Walaupun pembedahan caesarean ialah prosedur biasa, kesemua pembedahan mempunyai risikonya sendiri. Pembedahan caesarean melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda. 


Kadang-kala, pembedahan caesarean diperlukan untuk menyelamatkan nyawa si ibu atau bayi. Dalam kes seperti ini, tidak dinafikan bahawa kelahiran melalui caesarean ialah pilihan yang paling selamat. 

Tetapi ada juga masanya di mana pilihan ini tidak begitu jelas, dan terpulang kepada anda dan doktor untuk menimbangkan risiko dan kebaikan pembedahan caesarean dalam membuat keputusan apa yang terbaik untuk anda. 

Keadaan kesihatan dan gaya hidup anda akan mempengaruhi keputusan ini. Anda berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi selepas caesarean jika anda:



Jika anda telahpun melalui proses cetusan (induce), dan masih tiada perkembangan, anda mungkin perlu memutuskan samada mahu menjalani caesarean ataupun tidak. Kaedah kelahiran cetusan boleh menjurus kepada lebih banyak intervensi oleh pasukan perubatan. 

Sesetengah intervensi, contohnya kelahiran dibantu dengan menggunakan ventous atau forceps, mempunyai risikonya sendiri. Oleh itu, anda dan doktor perlu menimbangkan risiko-risiko tersebut berbanding risiko caesarean.


Apakah risiko-risiko utama pembedahan caesarean?

Kesakitan

Keburukan utama pembedahan caesarean ialah kesakitan yang anda terpaksa alami selepas pembedahan. Anda akan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut selama beberapa minggu selepas pembedahan. 

Anda akan diberi ubat penahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian anda untuk beberapa ketika. Bacalah artikel kami mengenai penyembuhan selepas pembedahan caesarean

Jangkitan 
Sebelum dibedah, anda akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan. Walau bagaimanapun, kira-kira lapan peratus daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan. Terdapat tiga jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:

  • Jangkitan pada bahagian luka. Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.
  • Jangkitan pada lapisan uterus (rahim). Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya anda menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan berbau serta demam.
  • Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau catheter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.


Darah beku
Mana-mana pembedahan meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda masalah ini termasuk:

  • batuk;
  • sesak nafas;
  • kesakitan atau bengkak pada bahagian betis.


Hubungi doktor anda sekiranya anda mendapat tanda-tanda tersebut selepas pembedahan caesarean. 

Doktor mungkin akan memberi anda ubat untuk mencairkan darah dan stoking getah sokongan untuk memperbaiki peredaran darah pada kaki anda. Anda juga digalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean. Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku. 

Lekatan 
Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Lekatan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami lekatan, dan jumlah ini meningkat kepada 83 peratus selepas tiga pembedahan caesarean. 

Lekatan boleh jadi menyakitkan kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman. Dalam sesetengah kes, ini boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia menekan tiub falopia atau menyekatnya. 

Pembiusan 
Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan am (general anaesthetic), yang membuatkan anda tidur. Sebaliknya, anda akan diberi suntikan epidural yang akan mengebaskan perut anda. Epidural lebih selamat bagi anda dan bayi berbanding pembiusan am. Walau bagaimanapun, apa-apa jenis pembiusan melibatkan sedikit risiko. Selepas menerima suntikan epidural, sesetengah wanita mengalami:

  • sakit kepala yang teruk. Masalah ini melibatkan kira-kira satu peratus wanita.
  • kerosakan saraf. Ini jarang berlaku dan jika ia berlaku, ia hanya berlangsung selama beberapa hari atau minggu sahaja.


Apakah komplikasi lain yang perlu saya tahu?

Komplikasi yang serius sangat jarang, iaitu kurang daripada 1 peratus. Komplikasi serius termasuk:
  • Kecederaan kepada pundi kencing, tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kecing, atau kepada usus besar.
  • Kadang-kadang, dan perkara ini sangat jarang berlaku, doktor mungkin perlu menjalankan pembedahan membuang rahim (histerektomi) sebagai langkah menyelamatkan nyawa.
  • Perlu menjalani pembedahan pada masa akan datang.


Jika anda mengalami komplikasi yang serius sewaktu pembedahan caesarean, anda mungkin perlukan pemindahan darah. Sesetengah komplikasi yang sangat jarang akibat caesarean boleh membahayakan nyawa. Walau bagaimanapun, risiko caesarean membawa kematian adalah sangat kecil, iaitu hanya satu dalam 12,000.


Apakah risiko caesarean kepada bayi saya?

Kemungkinan besar, bayi anda berada dalam keadaan sihat, semasa dan selepas pembedahan. Sesetengah bayi mengalami masalah pernafasan selepas dilahirkan. Walaupun masalah pernafasan selepas caesarean biasanya tidak serius, kadang-kala bayi tersebut perlukan penjagaan khas untuk membantu mereka pulih. 


Kira-kira 35 dalam setiap 1,000 bayi mengalami masalah pernafasan selepas caesarean, berbanding lima dalam 1,000 bayi yang dilahirkan secara normal. Masalah pernafasan lebih banyak berlaku kepada:

  • bayi pramatang yang dilahirkan melalui caesarean;
  • bayi yang dilahirkan melalui caesarean yang dijalankan sebelum proses kelahiran bermula.


Ada juga bayi yang terluka sedikit akibat terkena pisau bedah. Kira-kira dua peratus bayi mengalami luka kecil semasa pembedahan caesarean.

Adakah caesarean akan memberi kesan terhadap kehamilan seterusnya?

Kemungkinannya memang ada. Sekali anda menjalani caesarean, anda lebih berkemungkinan melahirkan melalui caesarean dalam kehamilan akan datang. Bacalah artikel kami mengenai kelahiran secara normal selepas caesarean (vaginal birth after caesarean - VBAC) untuk maklumat lanjut. 


Pembedahan caesarean juga meningkatkan sedikit risiko mengalami plasenta previa (plasenta terletak rendah) dalam kehamilan yang akan datang. 

Terdapat juga risiko kecil parut pada uterus anda terbuka dalam kehamilan atau kelahiran selepas ini, tetapi ini jarang berlaku. Doktor memanggilnya koyakan uterin (uterine rupture). Koyakan uterin sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada 0.4 peratus wanita yang pernah menjalani pembedahan caesarean mengalaminya.


Apakah yang perlu saya ketahui selepas saya menjalani pembedahan caesarean?

Anda mungkin pernah mendengar cerita-cerita yang menakutkan mengenai kemurungan selepas bersalin dan masalah untuk menyusu badan selepas pembedahan caesarean. Jangan biarkan cerita-cerita ini mengganggu fikiran anda. Walaupun kemurungan awal selepas bersalin lebih banyak berlaku kepada wanita yang menjalani pembedahan caesarean berbanding wanita yang bersalin secara normal, menjelang bulan kedua, kadarnya agak sama. 


Jika anda mahu memberi bayi susu badan, penting bagi anda mendapat pertolongan dari awal lagi. Wanita yang menjalani pembedahan caesarean kurang berkemungkinan untuk mula menyusu badan berbanding wanita yang bersalin secara normal. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda bermula, peluang untuk anda berjaya sama sahaja dengan wanita yang bersalin normal. 

Mintalah jururawat perbidanan atau kaunselor penyusuan badan untuk membantu anda dan bayi memulakannya secepat mungkin.


Apakah pula kelebihan caesarean?

Kelebihan pembedahan caesarean yang dirancang ialah anda tahu bila bayi akan dilahirkan. Walaupun anda akan rasa sakit pada bahagian perut, anda tidak akan mengalami ketidakselesaan yang diakibatkan oleh kelahiran normal. Ini termasuk:


Bagi jangka panjang, kelahiran melalui caesarean mungkin dapat mengurangkan risiko kecil rahim anda jatuh (prolaps). Namun, terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah prolaps di masa akan datang. Faktor-faktor ini termasuk:
  • jenis kelahiran normal yang pernah anda alami;
  • jumlah bayi yang anda lahirkan;
  • samada ibu atau adik-beradik perempuan anda mengalami prolaps;
  • samada berat badan anda berlebihan;
  • samada anda sering sembelit.

Kehamilan itu sendiri boleh menyebabkan lantai pelvis anda menjadi lemah. Ini boleh mengakibatkan masalah-masalah seperti inkontinens (hilang kawalan kencing) pada masa akan datang. Oleh itu, anda masih perlu melakukan senaman lantai pelvis

********************************************************************************************************

Tu dia....banyaknya yang perlu diketahui oleh para ibu. Besarnya pengorbanan mereka.
Tahniah ya ibu-ibu semua yang kuat dan sabar ni.... :-)


Get Shaklee Today!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Sunday, April 26, 2015

ANAK DARA SAYA KENA CHICKEN POX!

Rabu lepas, Amirah ada tunjukkan satu bintik kecil di perut, katanya gatal. Nampak macam berair. Sebelah malam, badannya panas dan bintik-bintik dah mula banyak di badan. Sah chicken pox ni!. Tak pernah lagi ada pengalaman jaga anak-anak yang kena chicken pox ni. Google di Internet, bertanya pada mama dan mak untuk dapatkan tips-tips pengendalian mangsa chicken pox.

Nasib baiklah di rumah sentiasa standby senjata utama ni >> Basic H dan Herbal Blend Shaklee. Sentiasa mandikan dengan Basic H, kemudian sapu krim Herbal Blend ke seluruh badan. Alhamdulillah bintik-bintik chicken pox keluar sehingga ke kaki pada hari pertama lagi, badan tidak panas dan yang penting, kurang gatal. Kesian kakak!


Inilah dia senjata yang rasanya perlu ada di setiap rumah. Memang sangat membantu tambah-tambah kepada ibu moden yang sibuk bekerja. Ya la, dok di bandar ni mana nak cari daun semambu, kan. Paling cepat, guna remedi semulajadi yang bukan sahaja tidak ada bahan kimia, tetapi bantu menghilangkan rengsa dan gatal akibat dengan bintik-bintik chicken pox dengan berkesan, InsyaAllah.


Bila anak demam, semua orang cari Basic H. Mengapa? 
Basic H ni sebenarnya pencuci serbaguna tanpa bahan-bahan kimia yang boleh penetrate thru’ skin. It’s organic based. Takde kaler, takde bau, takde bahan kimia TAPI SANGAT efektif.  Sebab Basic H ni menyerap haba 3 kali ganda dari air biasa. Jadi, kalau anak demam, kita mandikan atau lap-lapkan badannya dengan Basic H, InshaALLAH boleh lega dan suhu akan turun. Basic H juga sesuai untuk yg ada masalah eczema, gatal2, alergi dan demam campak.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini pula diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. 

Krim ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit. Herbal blend juga telah diuji secara klinikal di mana krim ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Haa, sebab tu ramai yang suka & repeat order.

Dan banyak lagi kebaikan Herbal Blend Multipurpose Cream ini antaranya:

- Ruam,
- Luka kecil 
- Calar
- Demam (sapu keseluruh badan suhu akan turun)
- Eczema
- Masalah kulit gatal
- Menghilangkan parut
- Melembutkan kulit yang kasar
- Memperbaiki kesan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
- Meredakan gatal dan rengsa serta menghilangkan tanda akibat chicken pox
- Memecahkan lemak / pembuangan angin dengan cara urutan terutama pada bahagian perut
- Losyen kegunaan harian

Dah ramai yang mencuba kedua-dua remedi ini untuk chicken pox dan sangat berpuas hati. Antaranya;



Master Herny yang kembali cun setelah sembuh dari chicken pox!

Jomlah, apa lagi...

Get Shaklee Today!

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun
FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Saturday, April 25, 2015

INFORMASI REJAB : APA YANG PERLU KITA KETAHUI

Menelusuri beberapa web untuk mencari maklumat malam ini, tergerak hati untuk kongsi sedikit penjelasan mengenai Bulan Rejab  yang saya baca dalam web e-FATWA ini.


********************************************************************************************************


Oleh:

Dr.Arieff Salleh bin Rosman,

Felo Fatwa
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata'if al-ma'arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj yang menurut majoriti ulama' ia berlaku pada 27 Rejab.
Namun isu yang timbul ialah kemuliaan bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram telah dicemari dengan pengagungan yang bersumberkan kepada laporan/hadis palsu yang direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu hadis sebagai hadis maudhuk.
Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.

Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).
Isu mencemarkan bulan Rejab dengan janji-janji daripada sumber yang palsu ini sudahpun wujud sekian lama. Antara ulama terdahulu yang membongkar usaha golongan pemalsu hadis yang membuat pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw berkaitan kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya, antaranya ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab 'Umar bin Hasan ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku yang bertajuk 'Ada' ma wajab min bayan wad' al-wadda'in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)' dan Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab (Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)'.
'Ata; seorang ulama tabi'in menjelaskan, Nabi Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata'if al-ma'arif, hlm. 11). Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan, "Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.
Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan. Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).
Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan tujuan beliau mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab' : "Telah berulang-ulang soalan yang dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab, tentang berpuasa dan solat sunat padanya. Serta untuk menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang palsu." Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hajar ialah, "Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab...namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk."
Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis palsu ialah:

i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.
iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.
iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.
v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.
vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.
HARAM MENYEBAR HADIS PALSU
Al-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka." (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).
Syeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, "Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka". Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).
Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.
Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu.
Wallahu a'lam.

Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

SABAR DALAM MENJEMPUT REZEKI

Came across satu blog ini semasa menjalankan sesi blogwalking, saya tertarik dengan post beliau dan eloklah saya kongsikan di sini. Semoga pahala En. Zulkifli berpanjangan....amiiin.

*********************************************************************************************************


Jeles tengok kawan-kawan berjaya. Kerja stabil, bisnes part time dia pun dah maju. Harta banyak; ada rumah sewa beberapa buah, dah beli beberapa ekar kebun getah yang boleh ditoreh. Anak-anak dia pun belajar pandai-pandai. Umur muda lagi tapi dah berjaya. Memang jeles tengok dia. Nak ukurkan kejayaan dia berbanding kita, kita dah jauh ketinggalan.
Itulah mainan perasaan biasa bila tengok orang berjaya. Saya pun macam tu. Kekadang sampai rasa rendah diri. Tapi bila saya ingatkan jaminan Tuhan tentang rezeki, hati rasa lega… Memang dah ada rezeki untuk kita, tak perlu dirisau-risaukan. Kita cuma perlu usahakannya dengan betul dan sabar.

Rezeki Tuhan Berbeza Rupa

Tuhan bagi rezeki kepada setiap orang tu dalam pelbagai rupa. Bukan hanya pada duit dan harta. Ada orang yang Tuhan bagi banyak harta, tapi Dia tak bagi kesihatan. Ada orang Tuhan bagi pasangan yang ideal, tapi Dia tak bagi zuriat. Ada orang Tuhan bagi rupa yang cantik, tapi Dia tak bagi pasangan hidup yang baik. Ada orang yang Tuhan bagi anak-pinak yang ramai, tapi Dia tak bagi harta yang berjuta. Pendek kata, Tuhan tak bagi semua benda kepada semua orang. Setiap orang Tuhan bagi kelebihan dan kekurangan. Rezeki yang Tuhan berikan kepada setiap orang tu bentuknya berbeza-beza.
Jadi, tak perlu dirisaukan sangat tentang kekayaan dunia melebihi kerisauan kita tentang Akhirat sebab memang Allah tak bagi semua benda kepada semua orang. Apa yang penting, kita cek apa nikmat yang Tuhan dah bagi pada kita, dan belajar untuk bersyukur. Apa yang Allah belum bagi, kita doa, usaha dan tawakkal sebab Dia lebih tahu bila waktu terbaik untuk untuk kita. Ada benda yang kita rasa baik, tapi Tuhan lebih tahu apa yang terbaik. Ada benda yang kita tak suka, tapi Tuhan tahu itulah terbaik untuk kita.

Kekayaan Bermatlamatkan Tuhan

Bagi saya, memang kekayaan kena cari, tapi kekayaan yang kita cari tu mesti ada kena mengena dengan Tuhan, bukan sekadar untuk cari makan. Kalau nak banyak harta sebab nak bermewah, kena ingat, harta tu semua pasti kita akan tinggalkan kepada waris. Tak akan berbaki sikit pun untuk kita bila mati. Kalau nak kaya sebab nak bermewah jer, rugilah kalau umur tak panjang.
Kekayaan yang kita cari tu hanya akan bermakna kalau matlamatnya kerana Tuhan. Kalau tak sempat kaya sekalipun, kita tetap kaya di sisi Tuhan. Contohnya, nak jadi kaya sebab lebih mudah berbakti kepada ibubapa sebab memang itu suruhan Tuhan. Nak jadi kaya sebab nak bagi pendidikan terbaik untuk anak-anak supaya jadi ummat kebanggaan Rasulullah s.a.w. Nak jadi kaya sebab boleh fokus membangunkan masyarakat setempat supaya taat kepada Allah. Nak jadi kaya, sebab nak tolong orang miskin dan anak yatim. Nak jadi kaya dengan bisnes yang boleh sebarkan rahmat Tuhan dengan produk yang servis yang kita ada. Itu semua kekayaan yang bermatlamatkan Tuhan. Kalau mati belum sempat kaya sekalipun, kita memang dah kaya dah di sisi Tuhan.

Memaknakan Sebuah Kehidupan

Bila kaya yang kita cari matlamatnya Tuhan, baru kita tahu yang mana “alat”, yang mana “tujuan”. Kereta, rumah, pakaian, duit, dan harta tu semuanya “alat”. Tujuannya; senang beribadah, senang berbuat bakti dalam kehidupan, senang berbuat kebajikan, senang bersilaturrahim, senang berbuat ketaatan, senang berkasing-sayang, senang sempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan Tuhan.
Kereta mewah tak ada makna, melainkan digunakan untuk berziarah kukuhkan silaturrahim dengan keluarga. Kereta mewah tak ada makna, melainkan untuk keluar sebarkan rahmat Tuhan melalui pekerjaan, bisnes atau program kebajikan. Rumah besar tak ada makna, melainkan untuk wujudkan keluarga yang taat perintah Tuhan, untuk bersilaturrahim meraikan keluarga, tetamu dan sahabat handai. Duit banyak tak ada makna, melainkan untuk sempurnakan tanggungjawab yang Tuhan berikan dalam berkeluarga, berjiran, bersahabat dan bermasyarakat. Pakaian cantik tak ada makna, melainkan untuk tutup aurat suruhan Tuhan. Makanan sedap tak ada makna, melainkan untuk sihat tubuh badan, memudahkan ibadah kepada Tuhan dan berbakti dalam kehidupan.
Itulah makna sebenar dalam kehidupan. Bukan sekadar mencari “alat”, tapi memanfaatkan “alat” untuk mencapai “tujuan” sebenar kehidupan.

Hidup Ini Terlalu Singkat

Yang keduanya kena ingat, hidup ni bukannya lama pun. Pejam, celik, pejam, celik, dah 10 tahun masa berlalu. Dulu bujang, sekarang dah kahwin. Rasa baru jer kahwin, sekarang dah beranak pinak. Rasa macam baru jer dapat anak kecik, sekarang anak dah masuk sekolah. Rasa macam baru jer anak masuk sekolah, oh sekarang dah masuk universiti. Pejam, celik, pejam, celik, sedar-sedar anak dah kahwin dah. Tak lama lagi dapat pangkat “datuk” pulak dah.
Oh, sekejapnya masa berlalu. Dunia kata pergi, kubur kata mari.
Renungan ni bukan nak melemahkan motivasi dan mengekalkan status quo, tapi supaya kita rasa bersyukur dan bersabar. Syukur dengan apa yang dah ada. Bersabar dengan apa yang belum ada. Jangan letakkan makna hidup dihujung matlamat, tapi maknakanlah hidup disepanjang usaha mengejar matlamat. Supaya setiap apa yang kita buat, semuanya ada “point” mencapai matlamat.

Mencari Keuntungan Dalam Kerugian

Contohya, buat bisnes memang nak untung, tapi ada juga urusniaga yang tak untung, bahkan rugi pun ada. Kalau makna hidup kita hanya pada untung duit jer, memang rugilah kita sebab ‘untung sebenar’ kita boleh dapat walaupun urusniaganya rugi. Ada juga urusniaga yang tak untung, tapi kita untung sebab bersilaturrahim. Ada juga urusniaga yang rugi, tapi kita tetap untung sebab dapat berbakti. Ada juga bisnes rugi, tapi kita tetap untung sebab Allah ingatkan kita supaya jangan lupa diri. Itu semua ‘makna hidup’ yang kita boleh kutip sepanjang usaha kita kejar matlamat.
Kalau tak sempat kaya sekalipun kita tak risau sebab kita memang dah ‘kaya’ di sisi Tuhan. Samada kaya atau miskin, kita tetap akan kembali ke tempat asal kita iaitu Tuhan. Jadi, bersabarlah dalam mencari kekayaan.
Wallahu a’lam.


Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
SID 888128
0124430919/0124430929
COD Changlun

FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad

Tuesday, April 21, 2015

KENCING TIDAK LAWAS, KENCING MALAM?... OH TIDAK!

Adakah anda antara mereka yang mengalami penyakit ini?


ADA pelbagai punca menyebabkan masalah kencing tidak lawas dan kencing malam. Jika anda masih muda, masalah yang anda hadapi bukan berpunca daripada pembesaran kelenjar prostat. Kerap kencing pada waktu malam atau nokturia berpunca daripada pengambilan air yang banyak sebelum tidur terutama minuman berkafein. Ini kerana kafein mempunyai kesan diuretik iaitu suatu kesan yang menghasilkan air kencing yang banyak. Ketika ini, cuba kurangkan pengambilan minuman terutama yang mengandungi kafein seperti kopi sebelum tidur. 


Selain itu, masalah seperti penyakit kencing manis dan diabetes insipidus boleh menyebabkan seseorang kerap kencing waktu malam. Semua masalah ini boleh dihadapi oleh kita yang masih muda.Kencing yang tidak lawas boleh terjadi akibat jangkitan saluran kencing. Apabila ini berlaku, seseorang yang menghadapi masalah ini akan kerap ke tandas; merasa kencing tidak puas; tidak dapat menahan kencing; kencing terasa panas dan pedih; sakit pada bahagian ari-ari; kadang kala mengalami kencing berdarah serta demam. 

Penyakit yang dikenali sebagai overactive bladder juga boleh menyerang golongan muda.Seseorang yang mengalami masalah ini akan merasa kencing tidak puas; kencing yang tidak habis; kerap berkunjung ke tandas hingga pada kadar lebih 10 kali sehari; tidak dapat menahan kencing dan kadang kala berlaku kebocoran kencing jika ditahan lama. 

Tanda-tanda kencing tidak lawas akibat jangkitan saluran kencing: 



  • Kerap ke tandas.
  • Kencing tidak puas.
  • Tidak dapat menahan kencing.
  • Kencing terasa panas dan pedih.
  • Sakit pada bahagian ari-ari.
  • Kadang kala alami kencing berdarah.
  • Demam. 

    Tanda-tanda pundi kencing lebih aktif (overactive bladder): 
  • Kencing tidak puas.
  • Kencing tidak habis.
  • Kerap berkunjung ke tandas hingga pada kadar lebih 10 kali sehari.
  • Tidak dapat menahan kencing.
  • Kadang kala berlaku kebocoran kencing jika ditahan lama
  • Namun jika anda mempunyai masalah diatas,jangan risau anda boleh mencuba petua yang mudah dan ringkas ini. Sebelum perkara ini berlaku kepada keluarga anda pastikan anda ingat petua ini >>

    Ambil sebiji nenas yang kurang masak, buangkan kulitnya, bersihkan dan ambilkan 2 potong nenas kisar bersama 2 gelas air, setelah itu tapis. Amalkan meminumnya 2 kali sehari dan anda akan lihat penyakit anda berkurangan.

    Baca lagi di SINI


    Get Shaklee Today!

    Sr. Sup Asmaniza & Ziyauddin
    SID 888128
    0124430919/0124430929
    COD Changlun
    FB Dinas Zafran / Ziyauddin Mohamad