Wednesday, March 8, 2023

KORANG, JOM BUAT DUIT RAYA!



Lama x buat menara macam ni. Unboxing, sebelum susun di rak, kita snap gambar sekeping dulu! 

Semua order sebelum ni kita suruh staf Shaklee uruskan dan pos saja. 

Sapa kata jual Shaklee ni wajib ada ready stock bertimbun. Sapa kata jual Shaklee ni kena ada modal besar.

Taklah. Ni semua duit orang. Bukan duit kita pun 🤭

Nak dropship terus dengan Shaklee pun boleh, kumpul order, customer bayar then baru submit order kat web. Nanti Shaklee uruskan semuanya. 

Yang best nanti, bukan setakat dapat UNTUNG RUNCIT saja, tapi kalau kita ajak orang lain pun jadi ahli supaya dapat join sekaki dapat harga ahli yang jauhhhh lebih murah, Shaklee akan kasi lagi sumber bonus pertama, kedua, ketiga dan seterusnya unlimited. Siap buka laluan career development lagi kau!

Meh la Roger KakDinas kalau nak tau lebih lanjut JomKakDinasBantu

Saturday, March 4, 2023

DERITA GERD 20 TAHUN BERAKHIR DENGAN IZIN ALLAH!

Dok arrange gambar-gambar dalam handphone, came across gambar ni. Alhamdulillah dapat special coaching daripada pasangan suami isteri hebat, Master Dr Normi Mohd dan Ustaz Bakhtiar Effendy semasa kami bercuti di Cameron Highlands dua tahun lepas.

Tengok ustaz yang ceria, happy dan energetic, macam tak sangka dulunya dia merupakan penderita masalah Gerd, bukan setahun tapi 20 tahun!.

Cerita Ustaz, dia menderita simptom GERD sejak berusia 15-16 tahun. Bangun pagi asal ke tandas ja, perutnya akan keluarkan cecair macam air yg keluar perlahan dari pili.

Semakin meningkat usia semakin teruk sampailah usia 25-29 ( kahwin umur 29), bermulalah fasa kena muntah, baru rasa sedikit lega. 

Ketika ini jadual tak menentu. Lepas kahwin, keadaan dirinya makin teruk ditambah pula tabiat pemakanan yang tidak sihat 😪.

Sampai satu masa, tubuhnya dah mula reject makanan yang masuk, terutama waktu malam. Adakala sehari 2-3 kali muntah. Dan kesannya, esofagusnya mengalami luka (ulser).

Cerita Dr Normi pula, masa mereka bertunang dulu, adik bagitau, "Kakak, tadi abang muntah teruk kat masjid!!!"

Ni masa kahwin tau 😅

Baru sahaja dua tiga hari kahwin..ada kisah tragis di mana pengantin lelaki tiba-tiba bangun muntah habis katil dan sekitarnya!

Sampai abah kata, "Anak abah ni buat apa sampai muntah teruk macam ni?"🤣🤣

Abah tak tahu rupanya menantu dia ni ada masalah GERD (gastro esofagal reflux disease).

Keadaan ini berterusan sampai la dah ada anak 3 orang 😪.

Paling kritikal semasa bulan puasa. Bukan setakat muntah di tengah malam, tetapi juga muntah di siang hari.

Sampai terpaksa pujuk dia untuk menjalani endoskopi. Nak tengok la sakit apa ni laki aku. Tapi dia takut, dia tetap taknak buat 😁.

Bila saya mula amal Alfalfa Complex dan Lecithin Shaklee, dia pun tumpang sekaki.

Biiznillah, sejak daripada tu ada perkara PELIK berlaku!!

Jengg...dia dah tak muntah dah. Dan ustaz rasa pelik kenapa dia dah tak rasa refluks tu lagi. 

Bagusnya, dia dah tak bangun malam dan muntah.

Bila dikaji, rupanya Alfalfa Complex dan Lecithin sememangnya membantu dalam masalah penghadaman. Alhamdulillah 🤲🤲🤲

Bukan senang nak hadap GERD ni tau. Pedih dan menyakitkan. Mujur Alfalfa Complex dan Lecithin sangat membantu dan bertindak dengan lembut.

Alhamdulillah, kami sangat happy sekarang hidup tanpa dibayangi derita GERD!.

Ni kami korek lagi cerita Gerd daripada Ustaz Bakhtiar time kenduri Surijunior. 


Benda baik kena sebarkan, betul tak?
Jom Shaklee!

ADA MASALAH ANGIN, ECZEMA, GERD? CHECK MAKANAN KITA!

Lately KakDinas tengok ramai sahabat mula ada masalah angin, even gerd pun ada. Dan lead kepada pelbagai masalah kesihatan yang lain pula. 

Umur kita pun dah makin meningkat, mahu tak mahu, kena teliti juga apa yang kita makan setiap hari. 

Ramai antara kita yang tak sedar, makanan pedas, berasid, berlemak dan berangin memberi kesan yang tidak baik dalam tubuh (alamak, KakDinas memang peminat makanan pedas 😅)

Sukar nak tinggalkan sebab dah jadi amalan dan budaya dalam kehidupan. Lagipun, sapa boleh nafikan makanan selera Malaysia memang super duper sedap!

Tapi kan, rupanya, makanan-makanan sedap kita kebanyakannya boleh menyebabkan seseorang itu diserang simptom pedih hulu hati atau Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD).

GERD adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut).

Ia berpunca daripada struktur dalaman badan dan gaya hidup. Ia umpama luka yang boleh melarat dan membahayakan nyawa jika tidak diubati. 

Hakikatnya GERD menjejaskan kehidupan seperti keseronokan menikmati makanan, tidur yang cukup dan kepuasan bekerja.

Sebenarnya kan, ramai sangat orang alah gluten tanpa kita sedari. Gluten ni ada dalam makanan bergandum macam roti, roti canai, capati, biskut, kek, kuih, mee, spageti, serta biasa dalam makanan proses. Haa...ni lah makanan yang best kita dok makan selalu tu!


Kredit : Mayala Wordpress

Gluten ni merupakan protein dalam makanan gandum yang susah dicerna. Maka ia tidak beri zat kepada badan. Tiada isu kalau tak makan gluten, boleh jadi kebuluran ke malnutrisi ke. Means x makan terus pun boleh lah!

Protein gluten ni kesannya secara perlahan-lahan rosakkan perut. Sebabkan radang panas angin sakit-sakit badan..Bila perut usus rosak, badan kita akan jadi lebih sensitif. Masa ni baru kita tahu gluten ni boleh cetuskan alahan.

Bila perut dah problem.. makan je gluten, perut jadi kembung, badan sakit-sakit..mood jadi tak stabil dan tak keruan.

Masa ni baru kita tahu...protein dalam MAKANAN PALING "ANGIN" dan SEBABKAN SENSITIF sebenarnya ialah GLUTEN. Senyap-senyap terukkan kondisi kesihatan badan tanpa kita sedari. 

KakDinas pun dok follow Dr Hafiz Sulaiman pasal perkara ni. 

Kata Dr Hafiz, ekzema, GERD, penyakit autoimmune, penyakit berkait gluten dan histamin ni bukan develop satu dua minggu tau, tapi ia adalah hasil BEBANAN STRESS kepada organ badan kita selama bertahun-tahun. Sehinggakan mungkin mengubah epigenetik keturunan kita jadi sensitif dan mudah stres radang.

Jika kita dalam keluarga yang senang "naik angin" dan sensitif angin histamin ni, Dr pesan, pantanglah sementara untuk kesihatan diri dan keluarga. 

Insha Allah sangat-sangat banyak kesan positif bila pantang makanan bergluten ni.

Btw, produk Shaklee takde gluten tau!
Boleh rujuk SINI.

Sunday, January 8, 2023

JANUARI BULAN PROMOSI ESP

 Teringat pengasuh anak-anak kata;

"Alhamdulillahlah cikgu, sejak kakton minum ESP ni, memang rasa kuat lah. Memang beza dengan dulu "

Jangan taktau, pengasuh anak-anak kakdinas pun minum ESP. 

Nak mengasuh pun perlu energy booster, nak jaga anak kecik, budak besaq bagi tenang Dan happy semua bukan senang 😊

Dulu masa arwah tok KakDinas dah terlantar, x boleh nak mengunyah makanan, minum ikut tiub pun kami bagi ESP. Supaya ada tenaga. 

jarang jumpa minuman protein yang boleh share seisi keluarga

✅Ayah yang nak sado

✅Emak yang menyusu baby

✅Kakak yang nak kulit cantik

✅Abang yang berdiet

✅Adik yang nak energetik, xmau lena dalam kelas




ESP the best 👍👍👍

Sebab tu time-time promo macam ni, menara ESP nak diruntuhkan, sat saja! 

Jom grab promo! 

✅ Beli setong pada harga RM 173.75

✅ Beli 3 tong pada harga RM 250.00!

✅ Ahli baharu, beli 2 tong RM 150.00 Dan anda layak membeli Alfalfa Complex (harga RM 63.75) pada harga hanya RM 25.00 sahaja!

Jangan lepaskan peluang!

Klik SINI untuk grab promosi ni.

Tuesday, December 27, 2022

BONE CHECK DI SHAKLEE SHOP

Shaklee members boleh dapatkan free health check kat mana-mana branch / Shaklee Shop tau!.

Ni salah satu keistimewaan yang setiap ahli Shaklee dapat!




Percuma ja ni, lepas buat ada consultation daripada nutritionist atau Shaklee staf sapa yang available time tu, guide kita apa penambahbaikan boleh buat daripada detail result yang kita dapat.


Ni salah satu yang kami buat tadi iaitu bone mass check.

Memang BEZA sangat result orang yang konsisten ambik OsteNutrix dengan yang tak top up apa-apa.

Kalsium dalam badan, kita tak hasilkan. Kena dapatkan daripada makanan atau makanan tambahan secukupnya. Tambahan pulak dia cepat menyusut atas pelbagai sebab

Memang sangat penting sebenarnya kita amalkan tiap-tiap hari. 

Kalau nak tau perlu ke tidak ambik kalsium daripada makanan tambahan ni, pi hospital, buat bone check.

Nanti kita akan tahu condition tulang kita sebenaqnya macam mana. Mampat, berongga atau berisiko alami Ostepenia Dan Osteoporosis. Walaupun kita suka minum susu, makan aiskrim dll

Alert juga dengan tanda-tanda kekurangan kalsium. Paling ketara, lenguh lenguh,  sakit badan pinggang kaki. Kuku rapuh, rambut kering. Pastu asyik sembelit, susah nak membuang. 

Kalau ada simptom ni saja 👆👆👆👆

Maknanya, memang kena ambik OsteNutrix la tuuu 😆



Monday, December 19, 2022

NO MORE MABUK PERJALANAN


Best friend time travel tambah lagi dalam keadaan cuaca tak menentu dan masih berjaga-jaga daripada virus di mana-mana sahaja.

Selain bantu tingkatkan immune, Vita C chewable tablet dan gummy bear Hero Kiddo ni kami standby untuk sesiapa pun yang alami #mabukperjalanan.

Rasanya masam-masam manis memang best kome, dah lama x beli asam dan ubat tahan muntah bilamana ada pilihan yang lebih sedap dan sihat!

Kannnn! 🙋🙋🙋

Hero Kiddo (harga asal RM161.25) kini RM 60 saja pwp sempena promosi Disember.

Nak berjimat, roger KakDinas, okay!
https://jomkakdinasbantu.wasap.my

Saturday, December 10, 2022

GERAMNYA KAT AMAD!

Untungnya Ahmad, sejak dalam kandungan lagi dah dapat nutrisi yang baik daripada ibunya, Azwani!

Alhamdulillah, syukur Wani berjaya menyusu Ahmad sepenuhnya. Sekarang ni Ahmad dah umur 4 tahun lebih dah, makin hensem 😄. 

Macho tak Ahmad?


Sepanjang tempoh mengandung hingga kini, Wani tak pernah missed makan Vitamin C.


Apa pentingnya vit c ni❓❓❓

Vitamin C adalah vitamin larut dalam air. Ia tidak dapat dihasilkan oleh badan kita tau. Kena amik melalui pemakanan harian kita.

Vitamin C bertindak sebagai antioksidan. Penting untuk produksi kolagen, protein dasar dalam tulang, tulang rawan, tendon dan ligamen. 

Jadi, kita perlu dapatkan sumber Vitamin C dari makanan seperti sayur, buah mahu pun suplemen.

Ibu hamil dan menyusu macam Wani, memerlukan minimum 125mg Vitamin C sehari. 

Antara manfaatnya ialah:

🍊 meningkatkan sistem imun badan ibu yang hamil dari demam, selsema dan sebagainya

🍊 Membantu penyerapan zat besi pada tubuh ibu dan bayi dalam kandungan

🍊 Nutrisi bagi ibu hamil untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi

🍊 Meningkatkan fungsi paru-paru 

🍊 Kesihatan kulit kerana Vitamin C membentuk kolagen

Vitamin C pilihan Wani wajiblah dari Shaklee kan!


Uniknya SR Vita-C Plus dihasilkan dengan teknologi pelepasan berperingkat (sustained released). 1 tablet bersamaan 500mg, jadi setiap 1jam 100mg dilepaskan sehingga 5jam. 

Maka, badan kita dapat menyerap Vitamin C dengan lebih berkesan. 

Setiap tablet SR Vita-C Plus mengandungi 120mg bioflanovoid yang dikenali sebagai Vitamin C complex yang mampu meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh kita. 😍😍😍

SR Vita-C Plus diekstrak dari 🌽 tau! Maka, sesuai untuk orang yang mempunyai perut sensitif. Setiap tablet mengandungi khasiat 7.5 biji oren. 👍👍👍

Ujian klinikal Shaklee membuktikan vitamin C dalam 2 tablet SR Vita-C Plus (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah selama 24 jam.😱


Best, kan Shaklee!

Anda perlukan vit C Shaklee, boleh Roger KakDinas https://jomkakdinasbantu.wasap.my